Jangan Bagi Anak Makan Kicap Nanti Parut Hitam Eh Betul Ke


Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar, makan kicap akan buatkan parut luka anda menjadi gelap. Kata-kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian. Sikap semula jadi penulis yang gemar mencari jawapan sebenar di sebalik cakap-cakap ini telah membawa kepada satu jawapan yang kukuh. Jika anda juga ingin mengetahui jawapan sebenar bagi dakwaan ini, baca apa yang telah kami sediakan di bawah ini.
Kicap buat parut luka jadi gelap?
Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.
Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa?
Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu.
Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh
Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.
Parut chicken pox bukan sebab kicap?
Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.
Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare. Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.
Sumber: Hello Health Group
The post Jangan Bagi Anak Makan Kicap, Nanti Parut Hitam. Eh, Betul Ke? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-bagi-anak-makan-kicap-nanti-parut-hitam-eh-betul-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Kicap Boleh Buat Parut Luka Jadi Makin Hitam Benarkah Mitos Ini

Makan Kicap Boleh Buat Parut Luka Jadi Makin Hitam Benarkah Mitos Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 782 hits
Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan...
Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

Jangan Marah Anak Makan Bersepah Itu Bukti Dia Semakin Bijak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 319 hits
Semakin anak membesar dia semakin suka untuk belajar dan buat semuanya sendiri Ada masanya ibu ayah akan haling kerana tak mahu susah tapi sebenarnya tak ada masalah Yang bersepah boleh dikemas Yang berterabur boleh dikutip Janji anak anak ...
Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 335 hits
Anak ni ko nak dia bijak cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat Iaitu elakkan TENGKING anak Ada beza ye garang tengking marah tegas Baca niGarangSejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personalit...
Ramai Ibu Bapa Melakukan Kesilapan Ini Ketika Waktu Makan Anak Anak

Ramai Ibu Bapa Melakukan Kesilapan Ini Ketika Waktu Makan Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 354 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka untuk membesar dengan sihat dan sempurna Antara aspek yang paling penting untuk merealisasikan hasrat ini adalah pemakanan anak anak Namun begitu ia juga merupakan aspek yang agak sukar untuk dil...
Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Biar Betul Sedap Dihirup Ni

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Biar Betul Sedap Dihirup Ni

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 619 hits
Sup tulang jangan pandang belakang biar betul namanya Menurut Feez Sulaiman yang berkongsi resipi dalam FB Resipi Sedap Mudah Buat maksudnya bila makan tu usah pandang belakang depan kiri dan kanan fokus makan aje Punyalah sedap sampai tak ...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 317 hits
Gambar sekadar hiasan Sumber kabarmakkah comPerasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv AllahuSemasa saya di taman petang t...
Gagal Akademik Tak Bermakna Anak Corot Akhlak Mak Jangan Putus Doa Untuk Anak

Gagal Akademik Tak Bermakna Anak Corot Akhlak Mak Jangan Putus Doa Untuk Anak

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 421 hits
Gambar HiasanMana mana ibu pun berdoa agar setiap anaknya cemerlang akademik dari sekolah rendah Namun tak semua anak dapat penuhi harapan ibu Sebab kemampuan mereka berbeza beza Dan ibu usah terlalu memberi tekanan kepada anak Lagi lagi an...
Cucur Kentang Lembut Gebu Tarik Minat Anak Tak Makan Sayur

Cucur Kentang Lembut Gebu Tarik Minat Anak Tak Makan Sayur

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 345 hits
Rasa sayur yang pahit dan kurang rasa menjadi penyebab utama anak anak kita tidak makan sayur Pun begitu sebagai ibu kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan Mama perlu memikirkan idea yang kreatif agar anak makan sayur tanpa mere...
Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

Suami Isteri Bergaduh Depan Anak Lepas Geram Sana Sini Besar Nanti Dia Jadi Kaki Buli

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 544 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah