Penyakit Gila Meroyan Jangan Ambil Mudah Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk


Penyakit ‘gila meroyan’ jangan ambil mudah, wanita berisiko alami depresi teruk. Gila meroyan atau postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu selepas bersalin.
Tubuh wanita mengalami banyak perubahan selepas bersalin, dan memerlukan masa untuk pulih. Semua wanita yang baru bersalin memerlukan penjagaan. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan tubuh badan melalui proses ‘pemulihan’ bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Dr Afiq Rahim berkongsi fakta tentang penyakit gila meroyan. Beliau menjelaskan bahawa penyakit gila meroyan berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stres dan gangguan emosi kepada wanita yang baru lepas bersalin.
Dr Rozanizam Zakaria Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada dalam keadaan mental dan fizikal yang lemah. Keadaan ini boleh menyebabkan kemurungan sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain. Pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Antara tanda-tanda penyakit gila meroyan:
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas selain berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Sokongan suami dan juga orang yang terdekat amat penting. Segera rujuk kepada pihak kesihatan jika berlaku perubahan tingkahlaku yang ketara pada si ibu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Kredit foto: Pexels RAWATAN PENYAKIT GILA MEROYAN
-Sokongan moral, emosi dan fizikal amat diperlukan ibu selepas bersalin.
-Si ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
-Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai mengingati ALLAH, kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
-Cara lain adalah melalui kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Bagi pihak suami pula, berikanlah sokongan kerana isteri memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Menurut pakar psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria, ada tiga ‘fenomena’ psikiatri yang boleh berlaku terhadap wanita yang baru melahirkan anak (post-partum period).
Post-partum blues
Simptom: mudah menangis, emosi berubah-ubah
Biasa terjadi pada hari ke tiga hingga ke lima 3-5 selepas bersalin, bersifat sementara. Di alami oleh 50 hingga 80 peratus wanita. Dikaitkan dengan perubahan hormon secara mendadak selepas kelahiran bayi. Tidak berbahaya, Cuma ibu memerlukan sokongan yang baik pada fasa ini. Sekiranya tidak mendapat sokongan yang baik, berkemungkinan berlarutan menjadi kemurungan.
Post-partum depression (kemurungan)
Simptom: Sedih berpanjangan, mudah terasa, mudah marah, gangguan tidur, hilang selera, hilang focus, rasa tidak sempurna dan bukan ibu yang baik, lintasan fikiran mahu membahayakan bayi.
Biasa berlaku dalam empat minggu pertama kelahiran, kemuncak pada bulan ke tiga hingga bulan ke enam kelahiran. Ada kajian yang menunjukkan 10 peratus ibu mengalaminya. Berkait rapat dengan sejarah gangguan mental dan kecelaruan persekitaran (penceraian, masalah kewangan dan sebagainya).
Perlu rawatan segera, kerana kesan penyakit ini boleh mengakibatkan gangguan ‘bonding’ antara ibu dan anak, risiko penyakit mental terhadap bayi, gangguan hubungan suami isteri, risiko bunuh diri dan kecederaan pada bayi.
Post-partum psychosis
Simptom: kecelaruan fikiran, gelisah, emosi tidak menentu, mengalami halusinasi (mendengar suara yang tidak wujud) dan boleh bersikap agresif.
1 dalam 1000 wanita mengalaminya. Penghidap berisiko menghadapi masalah psikiatri pada masa akan datang, contohnya bipolar disorder. Memerlukan rawatan segera.
SEBAB-SEBAB LAIN:
Ada juga gangguan fikiran dan emosi berlaku akibat penyakit fizikal. Fenomena ini dipanggil ‘delirium’. Antara penyakit yang biasa terjadi ialah seperti jangkitan kuman dalam darah, kekurangan darah, darah beku dan komplikasi bersalin yang lain.
Kredit foto: Pexels APA BOLEH ANDA LAKUKAN?
1. Sebarang perubahan terhadap ibu yang bersalin perlu diberi perhatian serius, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.
2. Fasa selepas bersalin adalah kritikal kepada seorang ibu dan bayi. Pastikan keduanya mendapat perlindungan dari segi fizikal dan emosi.
3. Sokongan, bantuan dan perhatian benar-benar bermakna bagi mereka. Bantu dalam apa jua bentuk.
4. Ibu yang berisiko perlu diberi perhatian lebih.
5. Pastikan ibu ada rehat yang mencukupi, ada ruang sendiri, ada masa memanjakan diri dan ruang untuk pulih.
6. Walaupun tidak boleh menjalankan ibadah tertentu sewaktu berpantang, ibadah umum lain seperti berzikir, berdoa, beristighfar dan mendengar ayat al Quran masih boleh dilakukan dan digalakkan.
7. Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, tahu batas anda. Minta bantuan jika rasa tidak berupaya lagi melaluinya seorang diri.
Banyak kekeliruan dan masalah akan selesai bila kita meninggalkan kejahilan dengan belajar, bertanya dan berkongsi. Moga bermanfaat.
Sumber: Dr Rozanizam Zakari Dr Afiq Rahim
Kredit foto (top image): Pexels
The post Penyakit ‘Gila Meroyan’ Jangan Ambil Mudah, Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penyakit-gila-meroyan-jangan-ambil-mudah-wanita-berisiko-alami-depresi-teruk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Jutawan Beri Peringatan Kepada Wanita Jangan Kahwin Dengan Lelaki Miskin Ini Sebabnya

Isteri Jutawan Beri Peringatan Kepada Wanita Jangan Kahwin Dengan Lelaki Miskin Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 385 hits
Seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada jutawan di Dubai teruk dikecam selepas dia gemar memuat naik kenyataan yang menjengkelkan Menerusi media sosial Sofia Kralow sering mengingatkan wanita lain agar tidak menjalinkan hubungan de...
Bn Memang Gila Kuasa Pas Lagi Teruk

Bn Memang Gila Kuasa Pas Lagi Teruk

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 352 hits
JOHOR BAHRU Barisan Nasional memang gila kuasa tapi Pas jauh lebih teruk daripada itu Demikian tegas Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada program Penerangan Isu Semasa Anda Tanya Saya Jawab malam tadi Ahli Majl...
Jangan Mudah Menerima Seseorang Dalam Media Sosial

Jangan Mudah Menerima Seseorang Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 249 hits
7 September 2023 KhamisAku Kadang terfikir perlukan aku menerima mereka yang mengenali diri aku di dalam socmed dari kalangan kawan sekolah mahu pun tempat kerja Perkara yang telah terjadi pada lima tahun lepaslah menyebabkan aku menolak se...
Bomba Gagalkan Cubaan Wanita Terjun Bangunan

Bomba Gagalkan Cubaan Wanita Terjun Bangunan

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 158 hits
IVAN AMIRULCubaan seorang wanita untuk terjun dari sebuah kondominium di Batu 5 Sandakan gagal apabila dia berjaya dipujuk anggota bomba dalam kejadian pagi semalam IHSAN BOMBASANDAKAN Cubaan seorang wanita untuk terjun dari sebuah kondomin...
Teo Is New Wanita Dap Chief

Teo Is New Wanita Dap Chief

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 236 hits
DAP national publicity secretary Teo Nie Ching was elected as the new Wanita DAP chief succeeding Chong Eng today Chong who held the position for 22 years was named the adviser of the Wanita DAP national executive committee for the 2023 202...
Hiburan Tengok Wajah Tengku Terus Kenyang Berada Di Sarawak Tengku Hasanal Amp Tengku Ahmad Buat Hati Wanita Cair

Hiburan Tengok Wajah Tengku Terus Kenyang Berada Di Sarawak Tengku Hasanal Amp Tengku Ahmad Buat Hati Wanita Cair

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 428 hits
Sedia maklum Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan adindanya Tengku Ahmad Ismail Mu adzam Shah menghadirkan diri ke Kembara Kenali Borneo Susulan itu dengan kehadiran mereka di sana hati rakyat Sarawak ti...
Rocky Gerung Diamuk Wanita Berkacamata

Rocky Gerung Diamuk Wanita Berkacamata

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 232 hits
Akademisi sekaligus pengamata politik Rocky Gerung kembali menjadi sorotan usai diamuk seorang wanita di Mabes Polri
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Judiciary Is Not A Playground Of Partisan Preferences

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko