Jangan Ambil Kesempatan Jadi Hero



(Utusan) – SEMUA pihak harus berlaku adil dengan memberikan ruang dan masa kepada pihak berwajib untuk melaksanakan tugas mereka.
Kini Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan, siasatan akan dijalankan bagi membuktikan kesahihan isu pembelian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Tindakan Azam mengeluarkan surat tuntutan (LOD) menerusi peguamnya harus dilihat sebagai hak untuk mempertahankan imej dan reputasi beliau.
Pihak yang menerima LOD juga mempunyai hak sama untuk menjawab surat berkenaan atau berani berhadapan dengan tindakan undang-undang selanjutnya.
Masing-masing mempunyai hak menuntut atau mempertahankan diri mengikut undang-undang dan perkara ini tidak wajar dipertikaikan.
Banyak pihak mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh dengan menghentam semua bentuk tindakan dibuat oleh Azam dan mengetepikan hak beliau mempertahankan diri.
Terbaru, tindakan Azam mengeluarkan LOD terhadap penulis yang memfitnahnya dikatakan sesuatu yang tidak wajar. Sedangkan undang-undang memberikan ruang kepada beliau mengenakan apa-apa tindakan sivil terhadap penulis.
Penulis mendakwa dirinya tidak wajar diambil apa-apa tindakan kerana dikatakan sebagai pemberi maklumat yang dilindungi undang-undang. Benarkah?
Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak bahawa seseorang pemberi maklumat hanya akan mendapatkan perlindungan sekiranya maklumat atau aduan dibuat kepada pihak berkuasa.
Perlindungan akan terbatal sekiranya pemberi maklumat tersebut sendiri melakukan tindakan tidak wajar termasuk mendedahkan identiti diri dan maklumat kepada pihak ketiga (apatah lagi media massa).
SC dan PDRM telah dan sedang mengambil tindakan siasatan. Kedua-duanya mempunyai kuasa yang termaktub dalam undang-undang. Biarlah kedua-dua agensi melaksanakan tugas. Kita harus memberi ruang dan masa untuk mereka menjalankan siasatan.
Apa jua hasil siasatan wajar diterima dengan hati terbuka. Jangan ada yang mengambil kesempatan menjadi hero dalam isu ini.
DR. KASSIM NOOR MOHAMMED
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/11/jangan-ambil-kesempatan-jadi-hero/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 204 hits
Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan pengalaman anak bersunat memang satu pengalaman yang besar Lebih lebih lagi mungkin ada yang kurang pengalaman Ada juga ibu yang tak tahu bagaimana proses penyembuhan luka sunat terjadi tamp...
Pesan Menko Luhut Ke Ojk Jangan Bekerja Sendiri Sendiri

Pesan Menko Luhut Ke Ojk Jangan Bekerja Sendiri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 319 hits
Luhut menekankan agar OJK dapat lebih memperkuat soliditas teamwork dan mampu menyelesaikan secara holistik berbagai permasalahan karena peran lembaga tersebut sangat besar dalam mengawasi sektor keuangan
Jangan Perdagangkan Ayat Suci Al Quran Kata Ustaz Ridzwan Kepada Kak Lah

Jangan Perdagangkan Ayat Suci Al Quran Kata Ustaz Ridzwan Kepada Kak Lah

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 275 hits
FAZLI RADZITimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Kak Lah dinasihatkan untuk tidak lagi mempermainkan ayat al Quran Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Ustaz Ri...
Jangan Diamkan Isu Saham Pemilikan Saham Ketua Pesuruhjaya Sprm Fahmi

Jangan Diamkan Isu Saham Pemilikan Saham Ketua Pesuruhjaya Sprm Fahmi

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 308 hits
Isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki tidak wajar didiamkan begitu sahaja oleh suruhanjaya berkenaan Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil sekiranya hal itu tidak disiasat...
Jangan Bergaul Dengan Orang Yang Suka Menipu Mencuri Dan Makan Rasuah

Jangan Bergaul Dengan Orang Yang Suka Menipu Mencuri Dan Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 245 hits
DARI GROUP RAFIZI RAMLI KESAYANGAN RAMAIAl Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia Petunjuk petunjuk Ilahi ini disampaikan dengan pelbagai cara Sebahagiannya secara langsung berbentuk perintah dan larangan Dan ada pula yang berbentuk tida...
Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 250 hits
Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan Sering tampil dengan fesyen luar biasa Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru baru ini Selepas menampilkan imej sepe...
Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 185 hits
Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut me...
Beli Set Pinggan Jangan Simpan Rai Suami Anak Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna

Beli Set Pinggan Jangan Simpan Rai Suami Anak Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 287 hits
Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna Bila suami tanya kenapa tak guna barang yang dibeli tu Jawapannya yang lama elok lagi sayanglah nak guna yang baru Bukan saja pinggan mangkuk kasut beg tangan baju atau apa saja m...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna