Jangan Abaikan Pendidikan Seni Kebudayaan Waktu Pandemik



Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan alternatif meneruskan sesi persekolahan biasa sewaktu pandemik Covid 19 mengganas di Malaysia.
Bagaimanapun, sesi persekolahan maya tersebut didapati hanya mengutamakan pembelajaran subjek utama dan mengabaikan aspek pendidikan seni serta kebudayaan.
Bagi mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, aspek pendidikan kesenian seharusnya tidak boleh dipisahkan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam masa sama mempunyai jiwa yang mulus.
“Pendidikan perlu dilihat dalam kerangka yang holistik dan bukan hanya berpaksikan peperiksaan dan silibus semata-mata. Pendidikan adalah usaha bersepadu untuk perkembangan dan kemenjadian murid yang menyeluruh.
“Kami mengambil maklum bahawa di kala wabak Covid-19, anak-anak tidak dapat ke sekolah dan mereka terpaksa mengikuti sesi pembelajaran menerusi PdPR di samping bahan-bahan lain yang disalurkan melalui siaran TV Pendidikan (DidikTV).
“Malangnya, kami dapati kandungan PdPR berdasarkan manual yang telah dikeluarkan oleh KPM, dan juga kandungan DidikTV seperti yang dapat diikuti oleh umum mengabaikan konsep kebudayaan, kesenian dan warisan. Hal ini amat tidak sihat bagi perkembangan murid dalam usaha kita membina kemenjadian murid yang komprehensif walaupun di kala wabak melanda.
“Hakikat yang menyedihkan ialah para pelajar kita kurang pendedahan kepada seni budaya dan tradisi kepelbagaian kaum dan suku di Malaysia. Pendidikan kita juga agak kurang menitik beratkan isu ini, di mana pembelajaran masih dilihat dalam kerangka norma biasa, tanpa mengambil peduli perihal keperluan jiwa dan minda anak-anak kepada unsur seni budaya dan warisan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Bagi mereka, pelajar yang tidak menghargai seni budaya masing-masing adalah seumpama individu yang tidak mempunyai jiwa, ibarat kata artis seni ukir dari Inggeris yang terkenal, Henry Moore: “The soul cannot thrive in the absence of art.”
Kata mereka, pendidikan mestilah bersifat konstruktif dalam membina generasi yang mempunyai kewarasan fikiran, pendedahan kepada seni dan budaya serta warisan negara yang boleh membentuk perpaduan bangsa, kerohanian jiwa, kesopanan dan kesusilaan demi kesejahteraan sosial.
Sehubungan itu, mereka mencadnagkan agar jalinan kolaborasi beberapa kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Kementerian Sains dan Inovasi, dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bekerjasama bagi mewujudkan bahan pembelajaran yang lebih menarik, dengan menggunakan pembangunan video interaktif berteraskan teknologi digital seperti animasi, teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).
“Kerajaan juga perlu menggunakan bakat artis-artis dalam bidang teknologi kreatif yang mampu mengadakan bahan berkualiti berkaitan kesenian, kebudayaan dan warisan yang menarik berdasarkan subjek yang diajar disekolah untuk dipaparkan di Didik TV, ataupun dikongsikan lewat pelantar DELIMA milik Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Jabatan Muzium Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kerap mengadakan Facebook Live bagi megenalkan beberapa artifak yang dipamirkan di muzium-muzium negara kita, dan juga JKKN pula mengenai seni budaya beberapa tempat dalam negara.
“Bahan-bahan yang telah dihasilkan ini jika digabung dengan subjek sejarah akan dapat menghasilkan kaedah pembelajaran yang lebih menarik untuk dikongsikan di saluran-saluran televisyen ataupun pelantar pembelajaran milik KPM sebagai bahan pelajaran bukan hanya sekadar sewaktu PKP, malah untuk kegunaan pembelajaran selamanya,” kata mereka lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32776

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajah Tiga Dimensi Pendidikan Seni Tahun 1

Wajah Tiga Dimensi Pendidikan Seni Tahun 1

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 603 hits
Simpan kat sini buat kenangan PDPR Kali ni tugasan pendidikan seni visual kena buat wajah 3 dimensi Belasah la wahai anak Janji kerja ko siap Mamanya dah penat nak melayan Kerja sendiri yang tak bergerak kesudahannya Mama Yan beli banyak bu...
Jangan Abaikan Denggi Kerana Covid 19 Luangkan Masa 10 Minit Di Hujung Minggu

Jangan Abaikan Denggi Kerana Covid 19 Luangkan Masa 10 Minit Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 248 hits
Jangan pandang remeh pada kisah demam denggi ini Walaupun kini kita sedang dilanda wabak yang lebih dahsyat dari denggi harus diingat demam denggi juga boleh membawa maut jika tidak dikawal Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi I...
Sektor Kesihatan Pendidikan Perlu Diutamakan Waktu Covid 19

Sektor Kesihatan Pendidikan Perlu Diutamakan Waktu Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 338 hits
Sektor kesihatan dan pendidikan harus diberi keutamaan dalam menghadapi pandemik Covid 19 Hal itu ditegaskan dalam pidato Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pada Sidang Pra Kemuncak Forum Persahabatan Malaysia Indonesia secara d...
Senarai Top Grocery Stores Untuk Penghantaran Dalam Talian Waktu Pandemik Ini

Senarai Top Grocery Stores Untuk Penghantaran Dalam Talian Waktu Pandemik Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 272 hits
Senarai Top Grocery Stores Untuk Penghantaran Dalam Talian Waktu Pandemik Ini Kawalan pergerakan Malaysia sangat penting bagi semua orang untuk tinggal di rumah selama yang diarahkan Walaupun keluar untuk membeli barang runcit dibenarkan ki...
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang Waktu Pandemik

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang Waktu Pandemik

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum Kronologi bersalin 9 Julai 2021 38 Week 5 day zaman pandemik Pengalaman bersalin anak kedua di Hospital Selayang waktu pandemik Pagi tu qaseh rasa sakit perut dalam pukul 8 a m lebih sakit perut tu datang sekali dengan perut...
Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

Kerja Gila Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 168 hits
malaysiakini comBerhentilah buat keputusan ancam keselamatan guru pelajar Mat HasanTimbalan presiden Umno minta KPM kaji semula tarikh pembukaan sekolah yang sebelum ini ditetapkan awal Sept BOB KELANANG Mari kita ambil kira senario ini sen...
Peduli Pendidikan Sido Muncul Salurkan Rp500 Juta Melalui Polda Jawa Tengah

Peduli Pendidikan Sido Muncul Salurkan Rp500 Juta Melalui Polda Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 198 hits
Jawa Tengah dipilih oleh Sido Muncul karena padatnya populasi dan tingginya angka kenaikan COVID Selain itu Direktur Sido Muncul Irwan Hidayat juga mengatakan bahwa hal ini disebabkan karena Jawa tengah adalah titik mula Sido Muncul
Jadilah Jiran Yang Prihatin Jangan Takut Untuk Menghulurkan Bantuan

Jadilah Jiran Yang Prihatin Jangan Takut Untuk Menghulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum Hi korang SA terpanggil untuk share tentang perkongsian yang bermanfaat ini dengan korang kerana ini adalah penting Penting untuk kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan Tak kisah lah situasi macam mana pun Betul wa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa