Janda Rembak Kawan Anak Jadi Suami


Janda Rembak Kawan Anak Jadi Suami... | Tidak pernah terfikir di benak fikiran janda beranak empat, Junaidah Jamaludin, 47 untuk bersuami lagi, apatah pula dengan teruna yang jauh lebih muda, iaitu jarak berbeza usia 20 tahun


Tetapi itulah namanya jodoh dan takdir Allah tidak dapat ditolak oleh apabila Junaidah menamatkan zaman solonya dengan Ibrohim Kadir, 27, masing-masing berasal dari Kuala Lumpur, selepas lapan tahun beliau bergelar ibu tunggal
Perkahwinan yang sudah berusia dua tahun ini dilalui dengan penuh kebahagiaan dan kini membuang jauh-jauh apa yang orang sekeliling fikir dan katakan
Lebih menarik, Ibrohim yang bekerja di sebuah syarikat swasta adalah kawan anak kedua Junaidah, manakala umur suaminya pula seusia dengan anak sulung beliau
Junaidah berkata, keikhlasan, sikap dan kesungguhan Ibrohim membuatkan hati beliau terbuka untuk berkahwin lagi dengan jejaka muda
“Walaupun saya sedar ‘jalan cerita’ perhubungan ini tidak sama seperti pasangan lain, tetapi suami sangat positif dan sanggup menerima saya seadanya,” katanyaPernah diejek anak kawan
Junaidah yang bekerja sendiri berkata, kisah pertemuan pasangan ini agak unik.
Anak perempuannya kasihan melihat beliau sering berseorangan di rumah dan mengajak keluar ketika berjumpa dengan rakannya termasuk Ibrohim
“Rakan dia ramai dan saya menganggap mereka seperti sahabat memandangkan sikapnya terbuka. Di situ selalu saya berjumpa Ibrohim. Pada awalnya tidak timbul sebarang perasaan, malah mereka semua memanggil saya dengan panggilan ‘Cik Jun’
“Perasaan dan cinta berputik apabila anak sering meminta bantuan Ibrohim dalam banyak perkara termasuk mengajar saya membawa kereta dan sebagainya
“Berbanding rakan-rakannya, Ibrohim tidak pernah sesekali menolak permintaan anak saya untuk membantu saya. Dia memang sangat baik hati. Ketika itulah cinta mula terbit dan kami berterus terang antara satu sama lain,” katanya
Tiada bantahan dari sesiapa
Beliau bersyukur apabila kesemua keempat-empat anaknya yang berusia antara 16, 18, 25 dan 27 tahun sangat memahami dan yakin Ibrohim mampu menjaga ibu mereka
“Anak lelaki sulung saya sebaya dengan suami juga memberi kebenaran berkahwin dengannya. Memang pada mulanya ada kawannya mengejek, tetapi dia tak pernah kecil hati, sebaliknya yakin dan gembira Ibrohim mampu menjaga saya
“Bukan itu saja, apabila kami berterus terang, keluarga saya, keluarga Ibrohim dan bekas suami menerima tanpa sebarang tentangan mengenai perhubungan ini, malah mereka memberi sokongan menyatakan itu sudah jodoh,” katanya
Beliau berkata, ternyata jodoh kuat dengan kesungguhan dan kematangan Ibrohim serta bijak menawan hati, akhirnya mereka mengambil keputusan berkahwin tiga bulan lalu, selepas berkenalan sejak 2012
Suami lebih matang
Junaidah sedar usia mereka terlalu jauh, namun kematangan suaminya menutup segala kekurangan termasuk bijak melayan beliau seolah-olah sama seperti usianya
“Saya sedar dengan usia sekarang. Saya ingin memastikan pelbagai kekurangan dapat diperbaiki. Emak saya selalu bagi nasihat jangan tunjukkan kekurangan, sebolehnya berikan layanan terbaik pada suami
Mengenai cahaya mata tidak pernah terlepas untuk dibicarakan, bagi Junaidah tetap positif terhadap perkara ini dan masing-masing reda dengan ketentuan Allah
“Biarlah masa yang menentukan sejauh mana perhubungan kami. Saya faham dia muda dan banyak godaan di luar. Saya kuatkan hati dan semangat untuk pastikan memberi layanan yang baik agar perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya,” katanya
Jangan pandang dari sudut seksualiti saja
Sementara itu, Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Thamby, berkata lelaki muda berkahwin dengan wanita terlalu berusia dilihat janggal dalam masyarakat berbanding lelaki berusia dengan wanita muda
Katanya, kebanyakan orang akan memandang dari sudut seksualiti, tetapi sebenarnya lelaki muda tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana masih muda dan kuat
Wanita berusia perlu memainkan peranan kerana banyak aspek yang perlu dijaga supaya hubungan itu tidak menjadi hambar
“Wanita berusia mempunyai pengalaman luas, tetapi dalam jangka masa panjang wanita pasti akan mengalami perubahan seperti putus haid dan menyebabkan mereka mudah letih, penat dan lesu.
“Lelaki harus faham dan sedar perkara ini akan berlaku dan mungkin mendatangkan tekanan kepada mereka. Mereka perlu bersiap sedia dengan segala bentuk perubahan itu,” katanya
Seksualiti bukan faktor utama
Dr Ismail berkata, dari aspek sosial, kekurangan yang mungkin dihadapi seperti kesukaran berkomunikasi dengan pasangan
“Kebiasaannya lelaki muda ini pasti rasa janggal berbicara mengenai hubungan intim kerana tidak pernah mengalaminya, tetapi pasangannya boleh membantu dengan menerangkan setiap perkara,” katanya
Bagi lelaki berusia, kebiasaannya mereka mencari pasangan disebabkan oleh faktor kesunyian dan memerlukan teman hidup untuk menjalani kehidupan harian
“Kebanyakan kes yang saya kendalikan, faktor keinginan seksualiti mereka jatuh nombor dua. Selepas mendapat pasangan, barulah mereka mempunyai berhajat untuk bersama-sama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://putrajem.blogspot.com/2017/08/janda-rembak-kawan-anak-jadi-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Terlalu Manjakan Anak Punca Anak Tantrum 7 Lagi Kesan Buruk Jika Suami Abaikan Ilmu Keibubapaan

Suami Terlalu Manjakan Anak Punca Anak Tantrum 7 Lagi Kesan Buruk Jika Suami Abaikan Ilmu Keibubapaan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 388 hits
Kesibukkan suami bekerja kadang kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia ...
Kalau Hendak Bakal Suami Jaga Solat Anak Dara Kenalah Mira Filzah Kongsi Sesuatu Di Instagram

Kalau Hendak Bakal Suami Jaga Solat Anak Dara Kenalah Mira Filzah Kongsi Sesuatu Di Instagram

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 598 hits
Pelakon Mira Filzah mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat hati dan usaha Menurut Mira 25 sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat individu itu juga perlu mela...
Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 482 hits
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersa lin jagalah dia Kena faham lepas bersalin isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya Sebaik isteri anda melahirkan ba yinya t...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 509 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda A...
Doa Yang Sangat Mustajab Untuk Suami Dan Anak Anak Yang Panas B4ran Ibu Ibu Kena Amalkan In Syaa Allah Rileks Media

Doa Yang Sangat Mustajab Untuk Suami Dan Anak Anak Yang Panas B4ran Ibu Ibu Kena Amalkan In Syaa Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 573 hits
Masalah sikap panas b4ran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak anak memang tidak dapat dielakkan pada mana mana rumahtangga yang aman Sudah menjadi lumrah hidup Bak kata perpatah melayu Sedang lidah lagi tergigit Tetapi sikap...
Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

Penat Uruskan Anak Dan Rumahtangga Suami Kena Belajar Fahami Isteri Baru Isteri Makin Kuat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 400 hits
Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri sekali sekali bagi ...
Ustaz Ebit Lew Pesan Suami Belajarlah Lihat Kebaikan Isteri Barulah Anak Pun Rasa Bahagia

Ustaz Ebit Lew Pesan Suami Belajarlah Lihat Kebaikan Isteri Barulah Anak Pun Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 400 hits
Berkasih sayang dalam rumah tangga bukan semata mata bagi nafkah yang cukup tapi sikap tolenrasi dan memahami antara pasangan kunci kebahagiaannya Kehadiran anak juga pembawa rezeki untuk keluarga Sebab itu pentingnya persefahaman yang baik...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp