Jamu Tun Teja Meraikan Kejayaan Brand Ambassadors Di Malam Hikayat Nusantara The Rise Of A Natural Wellness Empire
hai assalammualaikum
Jamu Tun Teja Meraikan Kejayaan Brand Ambassador Di Malam Hikayat Nusantara The Rise Of Natural Wellness Empire - Cakap pasal jamu mesti terfikir jamu pahit, tak sedap, sebab tu orang sekarang susah nak ambil jamu. Padahal, jamu ni elok untuk tubuh badan terutama bagi wanita. Kalau kita tengok, orang dulu-dulu sihat, kuat, cantik sebab amalkan jamu. Dulu nak buat jamu ni susah, perlu rebus, ambil masa, sekarang dah moden, orang makin kreatif. Maka wujudla Jamu Tun Teja, jamu moden merangkumi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan dalaman wanita. Kiranya All in One gitu. Hihi
Kisah bagaimana Jamu Tun Teja terhasil diceritakan sendiri oleh pengasasnya iaitu Hazira Azihan Abd Wahab, dimana pada masa itu beliau caesar untuk kali kedua di Australia dan tak boleh bangun disebabkan kesakitan yang di alami semasa tempoh berpantang dan memerlukan sokongan 24 jam. Pada masa itu juga, di sana, tiada kelengkapan yang cukup. Beliau telah mencuba pelbagai produk untuk pulihkn sakitnya tapi semua tidak berhasil.
Dipendekkan cerita, beliau banyak meluangkan masa di perpustakaan membaca berkenaan pantang dan postnatal care pelbagai negara seperti African, Indian, Indonesian dan banyak lagi. Dengan ilmu yang baru ditemui ini, beliau membentangkannya dalam architectural structure thesisnya untuk menulis tentang jamu. Melalui thesis yang dibuat, beliau pun membuat jamu sendirinya iaitu Jamu Tun Teja
Pada mulanya, beliau mencuba sendiri untuk melihat keberkesanan jamu ini, dan alhamdulillah, nampak kesan yang baik kepada dirinya, dimana semua sakit-sakitnya hilang. Kemudian, beliau beri kepada kawan-kawannya untuk mencuba dan dapat maklumbalas yang baik. Dalam masa 6 bulan, Jamu Tun Teja telah terjual sebanyak 1,000,000 kotak
Puan Hazira memang dibesarkan dengan herba dan ulaman sejak kecil lagi, sebab tu beliau memang suka dengan herba ni semua. Beliau akan pastikan jamu yang dibuat ni daripada bahan premium. Beliau ingin menukar persepsi jamu, supaya orang ramai percaya jamu ni diambil lebih dari beri tenaga dan bukan untuk sexual. Itu yang membuatkan Jamu Tun Teja dikenali sehingga ke hari ini. Selain itu, produk yang dibuat dibawa untuk membuat test, bagi memastikan produk yang dijual selamat kepada semua orang
Jamu Tun Teja Meraikan Kejayaan Brand Ambassador Di Malam Hikayat Nusantara The Rise Of Natural Wellness Empire
Dari Architecture bertukar ke business, pergi ke kelas untuk belajar business, Hazira Azihan Abd Wahab yang lebih dikenali sebagai Ketua Ambassador (KA) di kalangan para Ambassador-nya dan Syukri Hassan selaku CEO, menubuhkan Jamu Empire Enterprise pada Jun 2016 di Pulau Pinang, Malaysia dan didaftarkan sebagai Jamu Empire Sdn Bhd pada 30 Oktober 2017
Awards & Recognitions- Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2018 - Anugerah Kepemimpinan Industri (Pembuat & Pengedar Jamu)- CSR Malaysia Awards - CSR Malaysia Awards 2018 (SME Category)- Promising Brand Award - Promising Brand Award 2019 (by Annems Leadership)- ESQ Leadership Centre Award- Feminine Leadership- 21st Century Women Award - 100 Successful Women Award- SIFUBAD ALL STAR Grand Event Award - The Best Founder - Health- RICO RINALDI Event Partner - Collaborated with Rico Rinaldi for Fashion Show Raya 2018- Fashion Valet as Event Partner - Collaborated in Fashion Show Raya Koleksi Raya 2017- Tourism Malaysia as Event Partner - Exhibition at 60th Anniversary of Diplomatic Ties Between France by Tourism Malaysia- Air Asia as Collaboration Partner - Advertised and being sold in Go Shop and Our Shop- QATAR AIRWAY as Collaboration Partner - Bosnia VVIP representative Tourism Malaysia- MOM as Collaboration Partner - Speaker for Mompreneur Asia
Cabaran dalam perniagaan semestinya ada, dan cabaran inila yang mendorong Puan Hazira untuk lebih berusaha. Bermula berniaga dari rumah, kini telah berkembang dan mempunyai gudang di Pulau Pinang, Sabah dan Brunei. Salah satu gudang yang bakal dibuka adalah di Singapura. Dalam masa 2 tahun, kini Jamu Empire telah mempunyai 14 produk
Jamu Tun Teja, dalam bentuk sachet, mudah untuk diminum dan diamalkan telah mendapat sambutan dan mendapat permintaan daripada orang ramai sehingga ramai ingin menjadi agen dan sehingga sekarang ramai Brand Ambassador yang terlahir dari menjual Jamu Tun Teja. Dari mengubati diri sendiri, akhirnya Jamu Tun teja telah membantu ramai wanita di luar sana.
Bagi meraikan kejayaan “Brand Ambassadors” jenamanya, empayar produk kesihatan semulajadi, Jamu Tun Teja telah menganjurkan satu temasya terhebat bertemakan unsur-unsur Klasik Nusantara dan Kerabat Diraja pada malam Hikayat Nusantara The Rise Of A Natural Wellness Empire pada Ahad malam, 13hb Mac yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Acara terulung ini juga bersempena dengan pelancaran segmentasi terbaru bagi jenama JTT iaitu JTT Aromatherapy
Tambahan lagi, Jamu Empire Sdn Bhd sudah berada di bawah naungan JTT Empire Holdings Sdn Bhd yang akan mengembangkan bisnes yang lebih besar dan pelbagai seperti rancangan mempunyai Spa yang berkonsepkan Klasik Tradisional, yang bakal memberi manfaat kepada wanita termasuk rawatan penjagaan wanita selepas bersalin.
Meriah dengan kedatangan Brand Ambassador dari pelbagai negeri, sehingga ada dari Sarawak juga. Semua pakai pakaian konsep dulu-dulu macam tu. Dengan persembahan tarian dan nyanyian, memang menghiburkan
Jamu Tun Teja berkonsepkan “Reseller” yang diberi nama Ambassador dan sehingga kini, jenama JTT telah mempunyai seramai 30,000 brand Ambassadors seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Jerman, USA, dan Arab Saudi
Pada malam itu, Brand Ambassador yang mecapai target sales mendapat reward pergi Umrah dan Turki. Seronok sangat rewardnya tu, bukan baisa-biasa. Dalam berniaga ni kalau usaha dapatla capai apa kita nak. Founder pun bagi semangat dengan memberi reward seperti ini. Tahniah kepada Brand Ambassador yang terpilih
Bagi Puan Hazira, beliau ingin semua agennya bukan setakat menjual, tapi faham berkenaan produk, baru la boleh menjual. Sebab itu, bagi membantu agennya, dalam JTT, mereka mempunyai JTT Business School, dimana, mereka akan merekod semua berkenaan produk, sistem, business bagi memudahkan Ambassador belajar. Yela, kadang ada agen yang tak sempat nak follow, jadi dengan video ni semua dapat membantu agennya
Produk dari JTT adalah dalam kategori “Health & Beauty Products” dan produk-produk utamanya seperti Jamu Tun Teja, Jebat, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, Mekar, Ratu, Sutera, Laut Spa Series, dan JTT Fitness berteraskan herba tradisional. Produk JTT amat menitikberatkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran
Produk Baharu JTT Aromatheraphy
Pada malam ni, bukan sahaja meraikan Brand Ambassador, malah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu JTT Aromatherapy yang merupakan kaedah rawatan semulajadi menggunakan minyak aromaterapi tumbuhan untuk meningkatkan kesihatan secara fizikal dan emosional
Sekarang minyak essential oil memang mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Dengan JTT Aromatherapy, ia bukan sahaja satu alternatif kesihatan untuk diri sendiri malah untuk kanak-kanak. Aromaterapi ini juga mempunya elemen-lemen herba nusantara dan harga sangat berpatutan
JTT Aromatherapy mempunyai 5 jenis eo kids iaitu JTT Little Traveler, JTT Little Stronger untuk imunisasi badan, JTT Little Sleeper, supaya mudah tenang, JTT Little Fighter, untuk selsema dan Little Thinker untuk fokus.
Produk JTT iala Jamu Tun Teja (2016), Ginseng Herbal Soap (2019), Feminine Herbal Wash (2019) 4. Mekar (2019), Sutera (2019), Laut Spa Series (2020) , Mekar Gold (2021), Jebat (2021), JTT Fitness (2021), JTT Shapewear (2021) dan JTT Aromatherapy (2022)
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Jamu Tun Teja dan produk lain boleh layariWebsite : https://www.jamutunteja.my/Facebook : https://www.facebook.com/jamutunteja/Instagram : https://www.instagram.com/jamutunteja_hq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/03/jamu-tun-teja-meraikan-kejayaan-brand.html