Jamu Selera Kuala Juru


Catatan kisah bulan Mei lalu…
Selepas mendaki Bukit Juru, kami menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tak jauh dari trailhead ‘1800 Steps Bukit Juru’. Kedai ni kami perasan semasa kali pertama kami pergi mendaki Bukit Juru beberapa bulan lepas, tetapi masa tu belum mula operasi sebab masih waktu pagi

Rezeki kali ni kami mula mendaki lewat, jadinya bila turun dah hampir waktu tengah hari dan kedai ni baru memulakan perniagaan. Bolehlah kami cuba makan di sini. Walaupun pada awalnya saya ragu-ragu nak makan di kedai dalam keadaan pakaian basah dengan peluh. Bimbang bau masam mengganggu pelanggan lain pulak. Tapi perut memang kelaparan, jadinya makan sajalah di sini sambil berdoa kami tak berbau masam 😄
Ruang makan yang sederhana luas. Cukup kemas dan bersih. Juga segar mata dengan deretan tanaman di sekitar kedai. Terasa macam makan di nurseri pokok pulak

Macam mana nak perhati lokasi kedai ni? Kalau dari jalan raya, kita akan nampak papan tanda biru (lihat foto)  tertera ‘Jamu Selera’. Jalan di sini agak sempit ya, jadinya kena parkir di ruangan terhad yang ada di tepi kedai. Kiranya, depan kedai adalah Bukit Juru dan belakangnya aliran Sungai Juru

Sana sini ada pasu tanaman. Sedap mata memandang. Bagusnya kedai makan ni, sinkinya bersih dan setiap meja ada disediakan tisu. Lengkap semuanya

Jomlah kita pilih apa nak dimakan

Tak lama menunggu, hidangan tengah hari kami pun tiba 😋
Bihun udang biasa / RM9. Ni untuk encik suami. Saya kurang gemar makan udang, jadinya cuma merasa beberapa sudu kuah. Memang sedap

Bihun goreng biasa / RM4 untuk saya. Dihidang bersama semangkuk kecil kuah udang/ketam. Saya pun tak pasti nak panggil kuah apa. Tapi ia kuah yang sama seperti kuah bihun udang encik suami. Rasanya hampir sama dengan kuah mi bandung yang kami biasa makan di Batu Pahat, Johor. Memang sangat menepati selera kami. 
Sepiring sotong goreng tepung / RM8 (tertakluk kepada harga pasaran semasa). Saya suka makan sotong dimasak begini, kurang gemar sotong dalam masakan. Puas hati makan sotong goreng tepung di sini - banyak, saiz sotong memuaskan, isi sotong lembut dikunyah dan rangup salutan tepungnya. Cuma agak terlebih rasa kunyit

Alhamdulillah…dapat makan sedap selepas penat mendaki. Siap minum air tiga gelas, kongsi berdua. Macam dapat ganjaran pulak. Gitulah kan…baru bakar ~1,000 kcal, ni dah menambah entah berapa kalori 😆
Nampaknya kena datang lagi, sebab kami suka dengan rasa kuah mi udang/ketam di sini. Dan teringin nak mencuba pilihan menu yang lain juga. InsyaAllah ada rezeki boleh mengulang datang. Lokasinya pun tak jauh sangat dari rumah

Bagi yang nak cuba makan di sini, boleh buat carian di aplikasi Google Maps - Mee Ketam Terbaik Kuala Juru Murah. 
————————————————————————
JAMU SELERAJalan Kuala Juru,Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu operasi :12 tengah hari - 10 malamTutup | Rabu








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/06/jamu-selera-kuala-juru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fire At Kuala Langat Selatan Forest Reserve Extinguished

Fire At Kuala Langat Selatan Forest Reserve Extinguished

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 141 hits
The fire that broke out in the Kuala Langat Selatan Forest Reserve covering 1 6 hectares since last Monday has been extinguished yesterday said Selangor Fire and Rescue Department assistant director Hafisham Mohd Noor said He said the depar...
Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 251 hits
Restoran Nasi Lemak Royale KedahRestoran Nasi Lemak Royale KedahNi bukan dekat Kedah ye ni Di Jalan Ampang Kuala Lumpur Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul betul bersebelahan dengan KLC...
Kuala Lumpur Jadi Hub Syarikat Pemula Industri Digital Serantau

Kuala Lumpur Jadi Hub Syarikat Pemula Industri Digital Serantau

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 388 hits
Malaysia memerlukan enjin penggerakan baharu pertumbuhan ekonomi untuk kembali menjadi Harimau Asia Sehubungan itu Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berazam untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub syarikat pemula atau startup berasaskan t...
Balik Kuala Ketil

Balik Kuala Ketil

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum WBTADA urusan di Penang balik Kuala Ketil sat sebelum tu singgah Pekan Sabtu kemudian baru balik rumah kak tapi dah sampai kak tak dak telefon tak angkat pulak adan uke Balik tak cakap Kami check in di De Garden Hotel Butter...
Illegal Mining Of Rare Earth Elements Detected In Kuala Pilah

Illegal Mining Of Rare Earth Elements Detected In Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 173 hits
A suspected illegal mining activity of rare earth elements has been detected in two lots in Kampung Sikai Seri Menanti Kuala Pilah near here said Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun Pic courtesy of Menteri Besar OfficeSEREMBAN A suspec...
Pegawai Sprm Datuk Roy Di Heret Ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

Pegawai Sprm Datuk Roy Di Heret Ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Seorang individu dikenali sebagai Datuk Roy dan seorang pegawai SPRM akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok Peguam lelaki itu Fahmi Abd Moin ketika hubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pertuduhan dibuat ba...
Pendakian Bukit Juru Puncak Ioi

Pendakian Bukit Juru Puncak Ioi

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 214 hits
Pada hari Sabtu 20 Mei 2023 saya dan encik suami sekali lagi melakukan pendakian di Bukit Juru Kali pertama kami mendaki Bukit Juru sekitar bulan Februari lalu Tetapi pada masa tersebut kami tak menjelajah sehingga ke puncak IOI Kiranya di ...
Flora Fauna Dan Fungus Di Bukit Juru

Flora Fauna Dan Fungus Di Bukit Juru

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 372 hits
Memotret flora fauna dan fungus di hutan menjadi terapi jiwa buat saya Encik suami pun dah faham dan terpaksa bersabar sebab banyak kali kami berhenti di trek Tapi kadang tu kalau dia dah terlampau letih berubah jugaklah air mukanya bila sa...
Kejadian Pelik Selepas Banjir Di Masjid Kampung Pahi Kuala Krai

Kejadian Pelik Selepas Banjir Di Masjid Kampung Pahi Kuala Krai

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 217 hits
Gempar dan menjadi perhatian pengguna laman sosial apabila beberapa keping gambar di dalam Masjid Kampung Pahi Kuala Krai Kelantan di muatnaik di media media sosial Ia menjadi viral sekelip mata Jika dilihat pada gambar ini sepintas lalu ti...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin