Kuala Lumpur Jadi Hub Syarikat Pemula Industri Digital Serantau



Malaysia memerlukan enjin penggerakan baharu pertumbuhan ekonomi untuk kembali menjadi Harimau Asia.
Sehubungan itu Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berazam untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub syarikat pemula atau startup berasaskan teknologi digital.
Katanya, Kerajaan Perpaduan tidak boleh meneruskan apa yang sedia ada untuk melonjakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi digital di rantau Asia.
“Sementara industri sedia ada perlu terus diberikan nilai tambah, saya juga sebelum ini banyak kali menyentuh dan menyatakan rancangan untuk tiga sektor strategik seterusnya yang perlu diberikan tumpuan, iaitu peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan ekonomi digital.
“Fokus seterusnya adalah ekonomi digital. Saya dan pasukan Kementerian Ekonomi pada waktu ini sedang bekerjasama untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara,” kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.
Untuk mencapai tujuan itu, beliau berkata kerajaan perlu menumpukan kepada dua perkara, iaitu menyelaraskan sistem sokongan awam ke arah pendekatan bersepadu (single window approach) bagi menambahbaik ekosistem digital yang lebih berkesan. Juga memulakan pembangunan konsep dan penyelarasan fungsi ke arah pelaksanaan kerajaan digital (govtech) yang menghasilkan produk-produk perkhidmatan awam berasaskan data serta digital secara bersepadu (single window’s govtech).
“Bagi menjayakan hasrat ini, Kuala Lumpur mesti dijadikan dan ditingkatkan daya tarikan sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital rantau ini.
“Dengan Kuala Lumpur sebagai hub startup dan digital serantau, kita sudah pasti mampu menarik lebih banyak pelaburan dan seterusnya menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada rakyat,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga membawakan sedikit pengalamannya berdialog dengan pembangun hub syarikat pemula di Amerika Syarikat ketika menyertai Qatar Economic Forum pada minggu lalu.
“Saya berpeluang berkongsi pandangan dengan Jack Selby, veteran dalam pembangunan hub syarikat pemula. Jack Selby adalah Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit dan merupakan kakitangan terawal PayPal bersama-sama kumpulan pengasas syarikat seperti Elon Musk, Peter Thiel dan Reid Hoffman.
“Kumpulan pengasas PayPal ini menjadi tenaga utama yang menggerakkan industri digital dari Silicon Valley melalui penglibatan mereka di dalam syarikat-syarikat digital terkenal, antaranya seperti Tesla, SpaceX, Youtube, Facebook, LinkedIn dan OpenAI.
“Beliau melahirkan minat untuk membantu Malaysia merealisasikan sasaran yang telah saya gariskan untuk Kuala Lumpur sebagai hub startup dan industri digital serantau. Kepakaran Jack Selby adalah unik kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baru di luar Silicon Valley yang kini semakin berjaya menarik syarikat-syarikat pemula untuk datang ke Arizona.
“Sudah tentu, pengalaman beliau di Arizona kita boleh gunakan untuk merangka dasar dan program bagi melonjakkan status Kuala Lumpur sebagai destinasi utama digital di rantau ini,” kata Rafizi lagi.
Beliau amat yakin sekiranya rakyat dan pemimpin Malaysia tidak bersikap meneruskan apa yang ada atau business as usual, terus berfikir dan melaksana, maka hasil ekonomi yang lebih baik dan bernilai tinggi akan mampu diperoleh rakyat dalam tahun tahun mendatang.
The post Kuala Lumpur jadi hub syarikat pemula, industri digital serantau first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36415?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kuala-lumpur-jadi-hub-syarikat-pemula-industri-digital-serantau

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Sprm Datuk Roy Di Heret Ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

Pegawai Sprm Datuk Roy Di Heret Ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Seorang individu dikenali sebagai Datuk Roy dan seorang pegawai SPRM akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok Peguam lelaki itu Fahmi Abd Moin ketika hubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pertuduhan dibuat ba...
Kl To Become Regional Hub For Digital Industry Startups Rafizi

Kl To Become Regional Hub For Digital Industry Startups Rafizi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 159 hits
The government plans to make Kuala Lumpur a regional hub for startup companies and the digital industry to boost the country s digital economic activities Economy Minister Rafizi Ramli said the digital economy is one of the three high value...
Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 236 hits
Restoran Nasi Lemak Royale KedahRestoran Nasi Lemak Royale KedahNi bukan dekat Kedah ye ni Di Jalan Ampang Kuala Lumpur Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul betul bersebelahan dengan KLC...
Gaya Presiden Jokowi Blusukan Ke Pasar Kuala Lumpur

Gaya Presiden Jokowi Blusukan Ke Pasar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 200 hits
Selesai lawatan kerja dari Singapura Jokowi melanjutkan kunjungan ke Negeri Jiran Malaysia Disela sela kunjungannya Presiden Jokowi didampingi Perdana Menteri Malaysia Anwar menyempatkan mengunjungi pasar basah Chow Kit yang populer di Kual...
Makan Nasi Kukus Tonggek Di Bukit Bintang Kuala Lumpur

Makan Nasi Kukus Tonggek Di Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 275 hits
nasi kukus tonggek Bukit Bintangnasi kukus tonggek Bukit BintangDekat Bukit Bintang KL ni memang tempat yang sering jadi tumpuan orang ramai termasuk para pelancong Jadi banyak tempat tempat makan yang menarik yang ada di sini Kalau nak ela...
Peruntukan Rm10 54 Bilion Bina 65 Hotel Mewah Tingkatkan Industri Pelancongan

Peruntukan Rm10 54 Bilion Bina 65 Hotel Mewah Tingkatkan Industri Pelancongan

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 180 hits
SEBANYAK RM10 54 bilion diperuntukkan untuk membina 65 buah hotel kategori mewah bagi menampung peningkatan pelancong di negara ini Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu daripada jumlah itu 22 buah hotel akan dibuka tah...
Syarikat Air Kelantan Didesak Jelaskan Kesahihan Sagu Hati Rm10 000

Syarikat Air Kelantan Didesak Jelaskan Kesahihan Sagu Hati Rm10 000

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 261 hits
N Faizal GhazaliAir Kelantan Sdn Bhd dan kerajaan negeri digesa tampil memberi penjelasan berhubung pemberian sagu hati hari raya yang dikeluarkan buat ahli lembaga pengarah syarikat terbabit Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan Dr Rosli Allan...
Langkah Baru Bantu Anak Seni Pada Platform Industri Seni Yang Lebih Tepat

Langkah Baru Bantu Anak Seni Pada Platform Industri Seni Yang Lebih Tepat

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 166 hits
Salam uolls Saban hari industri seni tak kisahlah dari segi nyanyi atau lakonan sekalipun menjadi seperti berkembang dengan adanya sosial media seperti Youtube Instagram dan TikTok Dari suka suka mereka yang berbakat telah menempa nama Ada ...
Hiburan Ada La Nangis Sikit Qistina Raisha Tak Tengok Media Sosial 4 Hari Sedih Disindir Rakan Industri

Hiburan Ada La Nangis Sikit Qistina Raisha Tak Tengok Media Sosial 4 Hari Sedih Disindir Rakan Industri

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 196 hits
Pelakon remaja yang menjadi mangsa sindiran rakan industri tampil memberi respon mengenai isu dan kontroversi yang melanda dirinya itu Maklum Qistina dia sememangnya tidak mempunyai masalah dengan pelakon Puteri Balqis yang didakwa telah me...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Resepi Ikan Singgang

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Saturday Jokes 231


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Gejala Kekurangan Vitamin D

Selalulah Istighfar Walau Apa Keadaanmu

Hariz Danial Materialistik Chord

Murshid Nazri Angan Chord

Makanan Sedap Di Penang Dari Nasi Kandar Ke Cendol Semua Ada

Rasmi Hizbulloh Umum Hassan Nasrullah Pergi Menghadap Ilahi Al Fatihah