Jamal Nasir Pelik Bagaimana Tmj Boleh Tahu Semua Hal Dalaman Skuad Harimau Malaya


 

KUALA LUMPUR - "Saya pelik bagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh tahu setiap apa yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya, seperti ada pengintip yang memberikan maklumat kepadanya."
Itu penjelasan bekas pemain bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail yang cukup hairan kejadian dalam 'kelambu' Harimau Malaya diketahui dengan begitu terperinci oleh Tunku Ismail.
Beliau berkata, setiap perkara berlaku dalam kem Harimau Malaya tidak sepatutnya didedahkan kepada umum kerana boleh memberi tanggapan negatif sekali gus melihat ada kepincangan berlaku antara pemain dan barisan kejurulatihan.
Beliau berkata, ketika ini sepatutnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk menyelesaikan masalah membabitkan skuad Harimau Malaya termasuk merangka strategi berkesan dalam usaha meraih keputusan positif.
"Bagaimana TMJ boleh tahu semua. Mungkin ada spy (pengintip) yang memberikan maklumat. Saya tak tahu apa nak jadi dengan bola sepak Malaysia kerana apa yang berlaku dalaman membabitkan strategi atau taktikal pasukan tidak boleh diketahui orang luar.
"Sepatutnya tidak semua perkara boleh dibongkarkan kepada umum. Beri ruang dan peluang kepada FAM untuk buat kerja mereka kerana yang melantik barisan kepimpinan dalam kalangan bola sepak negeri juga.
"Semua ada hak untuk komen atau kritik namun terus sampaikan kepada FAM, bukannya buka satu persatu kepada umum kerana masalah tidak akan selesai," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Baru-baru ini, Tunku Ismail mendedahkan beberapa punca skuad Harimau Malaya gagal di Piala AFF termasuklah kegagalan badan induk bola sepak negara itu yang tidak menepati perancangan asal untuk menghantar skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) apabila sebaliknya pada saat akhir mengubah kepada skuad senior.
Faktor itu menyebabkan kebanyakan pemain senior keliru dan terpaksa mengubah jadual cuti hujung tahun untuk menyertai skuad negara selain beberapa tonggak seperti Mohamadou Sumareh yang terpaksa menolak panggilan atas alasan untuk berjumpa keluarganya di Gambia selepas hampir tiga tahun tidak pulang ke sana.
Malah, kegagalan komunikasi daripada Jabatan Media FAM yang tidak telus dalam menyampaikan maklumat berhubung status pemain tidak dipanggil turut menambahkan lagi masalah hingga menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan penyokong.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai Tan Cheng Hoe yang gagal mengawal bilik persalinan ketika saingan Piala AFF termasuk membiarkan pemain menulis taktikal di papan putih ketika perlawanan, Jamal Nasir berkata situasi berkenaan perkara biasa dan tidak dilihat sebagai teruk hingga perlu menyalahkan jurulatih.
Katanya, situasi berkenaan kemungkinan berlaku kerana pemain ingin berkongsi pengalaman atau idea dalam usaha memastikan pasukan kebangsaan meraih keputusan positif.
"Ketika saya mewakili skuad kebangsaan dahulu, Datuk Soh Chin Aun turut berdiri di sebelah jurulatih untuk berkongsi idea dan perkara perlu dilakukan rakan sepasukan lain.
"Bagi saya tidak ada yang salah pun pemain beri keterangan dan bukanlah jika buat demikian jurulatih dilihat gagal mengawal bilik persalinan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/jamal-nasir-pelik-bagaimana-tmj-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Punca Kegagalan Harimau Malaya

Ini Punca Kegagalan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 144 hits
KETIDAKHARMONIAN dalam pasukan kebangsaan antara punca yang menyebabkan skuad Harimau Malaya gagal menyerlah pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harim...
Walaupun Harimau Malaya Gagal Hamidin Tidak Mahu Lepas Jawatan

Walaupun Harimau Malaya Gagal Hamidin Tidak Mahu Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 131 hits
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin tidak berniat untuk meletakkan jawatan susulan kegagalan Harimau Malaya menepati sasaran beraksi di pentas final Piala Suzuki AFF 2020 Menurut Hamidin beliau masih mempunyai per...
Kim Pan Gon Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Kim Pan Gon Jurulatih Baharu Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 139 hits
January 21 2022 Kim Pan Gon sebelum ini adalah bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea PETALING JAYA Jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan Gon dilantik sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya menggantikan Tan Cheng ...
Jangan Jadi Berudu Nak Main Semua Kolam Umno Boleh Bagi Duit Tapi Bukan Kuasa

Jangan Jadi Berudu Nak Main Semua Kolam Umno Boleh Bagi Duit Tapi Bukan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 202 hits
UMNO BOLEH BAGI DUIT TETAPI BUKAN KUASA PAS HARUS KENANG PESAN TG NIK AZIZ Antara ungkapan yang aku ingat dari kata Almarhum Tg Nik Aziz sehingga hari ini tentang kerjasama dengan UMNO Kata Tok Guru Nik Aziz KAMI sudah masuk BN rapat dengan...
Nafuzi Zain Jawab Isu Calon Pembantu Jurulatih Harimau Malaya

Nafuzi Zain Jawab Isu Calon Pembantu Jurulatih Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 170 hits
Foto Google Kuala Lumpur Sejak perlantikkan ketua jurulatih baharu Harimau Malaya banyak cadangan disuarakan agar pembantu jurulatih itu dibantu oleh jurulatih tempatan dan ada juga meletakkan syarat supaya jurulatih muda dipilih Desas desu...
Ko Ingat Boleh Lepas Nama Alamat Apa Semua Ada Dalam Sistem Suspek Samun Tikam Pemandu E Hailing Berjaya Ditahan Polis

Ko Ingat Boleh Lepas Nama Alamat Apa Semua Ada Dalam Sistem Suspek Samun Tikam Pemandu E Hailing Berjaya Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 158 hits
Ko ingat boleh lepas Nama alamat apa semua ada dalam sistem Suspek samun tikam pemandu e hailing berjaya ditahan polisLelaki yang terbabit dalam kes samun dan melarikan kenderaan pemandu e hailing di Jalan Sentul Pasar kelmarin telah berjay...
Bagaimana Tmj Boleh Tahu Cerita Dalam Kelambu

Bagaimana Tmj Boleh Tahu Cerita Dalam Kelambu

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 100 hits
Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu Saya pelik bagaimana Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh tahu setiap apa yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya seperti ada pengintip yang memberikan maklumat kepadanya Itu pe...
Video Pak Azad Buat Hal Lagi Sakat Ibu Hingga Tak Boleh Nyanyi

Video Pak Azad Buat Hal Lagi Sakat Ibu Hingga Tak Boleh Nyanyi

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 151 hits
Sebut sahaja nama Azad Jasmin pasti ramai yang sudah mengetahui perangai lucunya Azad Jasmin atau turut popular dengan panggilan Pak Azad tidak hanya mempunyai bakat berlakon malah melawak juga ada Pak Azad merupakan antara selebriti kegema...
Tmj Boleh Dikenakan Tindakan Kritik Fam

Tmj Boleh Dikenakan Tindakan Kritik Fam

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 161 hits
TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM Pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu bola sepak negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia menerusi satu temuramah minggu lalu boleh ditakrifkan sebagai mengkritik badan...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11