Ini Punca Kegagalan Harimau Malaya



KETIDAKHARMONIAN dalam pasukan kebangsaan antara punca yang menyebabkan skuad Harimau Malaya gagal menyerlah pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu.
Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan yang berkata, terdapat tiga kumpulan yang memberi kesan kepada terhadap semangat berpasukan skuad kebangsaan.
“Faktor keharmonian di antara pemain-pemain tidak diberi perhatian serius. Kehadiran pemain naturalisasi yang gagal beraksi baik mencipta tekanan tambahan kepada kumpulan pemain-pemain lain.
“Selain itu timbul juga isu yang mengatakan kewujudan tiga kelompok pemain iaitu lokal, naturalisasi dan kacukan. Perkara itu diberitahu ketika sesi wawancara tempoh hari.
“Apabila wujud tiga kumpulan ini, ia tidak bagus untuk team spirit dalam satu pasukan kerana ada kelompok sendiri,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal pertama 2021-2025 pada Jumaat.
Selain itu, tambah Dell Akbar lagi, ketiadaan beberapa pemain utama dan penularan Covid-19 serta kurang persiapan termasuk pemilihan pemain naturalisasi turut menyumbang kepada punca kegagalan pasukan kebangsaan dalam kejohanan dwi tahunan tersebut.
“Penetapan sasaran yang dilakukan secara sendirian atau ‘silo’ oleh pengurus pasukan menjadi satu bentuk tekanan kepada pasukan kejurulatihan dan pemain-pemain sehingga menyebabkan Harimau Malaya gagal beraksi dengan baik pada kejuaraan Piala Suzuki AFF 2020.
Kim Pan Gon jurulatih baharu Harimau Malaya

“Pemilihan pemain-pemain yang tidak bersedia untuk menangani tuntutan permainan di peringkat lebih tinggi dan juga aspek fizikal (physical conditioning) yang terhad mengakibatkan pemain-pemain kelihatan tenggelam ketika pertemuan menentang Vietnam dan Indonesia.
“Percaturan taktikal dengan memaksa pemain menyesuaikan diri dalam keadaan formasi berbeza menyumbang kepada kegagalan pasukan kebangsaan selain ketiadaan persediaan awal dari segi rancangan pemakanan dan nutrisi yang terancang untuk pemain-pemain ketika di Singapura,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dell Akbar berkata, pihaknya kecewa dengan laporan yang diterima daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Malah, beliau juga mendedahkan, pihaknya tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada individu tertentu terutama membabitkan bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk melengkapkan siasatan badan tersebut.
Justeru katanya, pihaknya tidak dapat menyediakan laporan lengkap terutama membabitkan aspek teknikal untuk memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci disebabkan kekangan tersebut.
“Apa maklumat yang saya dapat tidak banyak membantu daripada segi temu duga dengan individu tertentu. Malah, daripada apa yang saya boleh dirumuskan adalah amat mengecewakan.
“Ia bukan laporan yang saya jangkakan kerana tidak menyeluruh iaitu tidak banyak mengenai aksi Piala Suzuki AFF 2020 dan isu teknikal hingga menyebabkan kegagalan itu,” katanya.
Ini punca kegagalan Harimau Malaya
Baca Artikel Menarik:
Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video) Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit Malaysia mungkin tenggelam? Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video) Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan masa TMJ ambil alih Harimau Malaya

The post Ini punca kegagalan Harimau Malaya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/21/ini-punca-kegagalan-harimau-malaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 176 hits
Kejadian harimau masuk kampung bukan pertama kali berlaku KOTA BHARU Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan Timbalan Ment...
Walaupun Harimau Malaya Gagal Hamidin Tidak Mahu Lepas Jawatan

Walaupun Harimau Malaya Gagal Hamidin Tidak Mahu Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 161 hits
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin tidak berniat untuk meletakkan jawatan susulan kegagalan Harimau Malaya menepati sasaran beraksi di pentas final Piala Suzuki AFF 2020 Menurut Hamidin beliau masih mempunyai per...
Kim Pan Gon Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Kim Pan Gon Jurulatih Baharu Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 165 hits
January 21 2022 Kim Pan Gon sebelum ini adalah bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea PETALING JAYA Jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan Gon dilantik sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya menggantikan Tan Cheng ...
Jurulatih Korea Selatan Hampir Pasti Kendali Harimau Malaya

Jurulatih Korea Selatan Hampir Pasti Kendali Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 242 hits
PAN Gon bakal mencipta sejarah sebagai jurulatih dari Korea Selatan yang pertama dilantik ke jawatan itu sejak 1963 FOTO Agensi Jurulatih Korea Selatan hampir 95 kendali Harimau Malaya Kuala Lumpur Pengendali dari Korea Selatan Kim Pan Gon ...
Sejak Bila Pembalakan Bagus Untuk Populasi Harimau

Sejak Bila Pembalakan Bagus Untuk Populasi Harimau

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 200 hits
PETALING JAYA Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah disifatkan sebagai jahil susulan kenyataannya hari ini bahawa aktiviti pembalakan bagus untuk populasi dan habitat harimau Aktivis alam sekitar Shariffa Sabrina Syed ...
Bila Pula Pembalakan Bagus Untuk Harimau Ngo Bidas Jabatan Perhutanan Kelantan

Bila Pula Pembalakan Bagus Untuk Harimau Ngo Bidas Jabatan Perhutanan Kelantan

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 182 hits
Bila pula pembalakan bagus untuk harimau NGO bidas Jabatan Perhutanan Kelantan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah disifatkan sebagai jahil susulan kenyataannya hari ini bahawa aktiviti pembalakan bagus untuk populas...
Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

Pas Play Safe Isu Azam Baki Kerana Pernah Berurusan Dengan Sprm Dan Kegagalan Menyaman Husam Musa Isu 90 Juta

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 244 hits
Punca sebenar Pas memuji Azam Baki akhirnya terbongkarJanuary 7 2022Dunia maya dikecohkan dengan kenyataan rasmi parti Pas yang menyambut baik penjelasan terbuka Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mengenai dakwaan pemili...
Dakwa Segera Jemaah Umrah Yang Tak Divaksin Atau Ianya Hanya Mahu Tutup Kegagalan Program Vaksinasi

Dakwa Segera Jemaah Umrah Yang Tak Divaksin Atau Ianya Hanya Mahu Tutup Kegagalan Program Vaksinasi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 215 hits
January 8 2022 Secara tiba tiba KJ mengatakan ada 14 dari 177 Jemaah Umrah yang dijangkiti Omicron adalah mereka yang belum divaksinasi Jumlah yang positif saja belum terkait Omicron jumlahnya lebih 1300 kes Persoalannya bagaimana begitu mu...
Nik Amar Patut Bersahabat Dngan Harimau

Nik Amar Patut Bersahabat Dngan Harimau

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 121 hits
Sebelas tahun lelaki ini bersahabat baik dengan singa yang dibelanya sejak kecilJanuary 25 2022Inilah pengalaman mencuit hati selama 11 tahun persahabatan antara penjaga dan seekor singa kesayangannya Frikkie Von Solms telah menghabiskan se...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord