Jamal Guna Wany Hasrita Untuk Tarik Orang Muda


Nadia Azam 
   
Selepas lebih 10 tahun tidak merakam sebarang lagu, Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, mengakui dia perlu berbuat sesuatu bagi mengembalikan kegemilangannya.

Justeru, kata Jamal, antara langkah diambil bagi memudahkan proses itu ialah berkolaborasi dengan artis muda agar dia tidak ketinggalan daripada perkembangan semasa.

Menurutnya, atas alasan itu, dia kembali mempertaruhkan single baru bergenre tradisional kontemporari, Belenggu Rindu, secara duet dengan Wany Hasrita.

“Selain penyanyi, pencipta dan penggubah lagu Belenggu Rindu pun muda.

"Bagi seorang artis veteran dalam industri, ini salah satu langkah untuk terus kekal relevan dan mencuri sedikit perhatian.

“Kita tengok hasilnya nanti macam mana,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Penyanyi Mati Hidup Semula itu juga tidak kisah seandainya keputusan merakamkan lagu dengan Wany Hasrita, 26, akan dilabel kemudian hari sebagai menumpang popularitinya yang ada.

Memetik nama penyanyi baru, Hael Hussaini - yang juga pencipta lagu Belenggu Rindu, dan komposer Ezra Kong - yang menghasilkan lagu seperti Anta Permana nyanyian Siti Nurhaliza dan Assalamualaikum (Faizal Tahir) - Jamal berkata tidak ada salahnya untuk artis veteran menumpang pada bakat mereka.

Masuk kelas vokal Bagitu juga halnya, kata Jamal, mengenai Wani Hasrita, yang sedang meningkat ketika ini.

Namun, sebelum menyiapkan lagu berkenaan, Jamal, 60, menetapkan syarat untuk seseorang penyanyi sekiranya mereka ingin berduet dengannya.

Katanya, kaedah itu perkara lazim dipraktikkan sejak dia menghasilkan lagu duet dengan penyanyi terdahulu seperti Fauziah Ahmad Daud, Siti Sarah, Francissca Peter, dan M Nasir.

“Untuk Belenggu Rindu pun begitu, saya tak nak Wani Hasrita bersama, cuma ada jurutera bunyi saja kerana perlu memberi fokus selain tidak mahu gugup,” katanya.

Sementara itu, Wani Hasrita - atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah - diminta mengulas pengalaman menjalin kerjasama dengan seorang penyanyi yang lebih berpengalaman seperti Jamal.

Katanya, sebagai langkah persediaan, dia masuk ke kelas vokal supaya dapat memberikan hasil kerja yang memuaskan.

“Sebelum tu memang teruja nak berduet sama, tapi apabila dah dapat persetujuan saya mula risau sebab nak menyanyi dengan bertaraf yang legenda seperti abang Jamal.

“Tapi saya ambil tu sebagai penguat semangat dan belajar vokal agar bila menyanyi tak nampak seperti orang yang sangat baru dalam industri,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/jamal-guna-wany-hasrita-untuk-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wany Hasrita Dato Jamal Abdillah Belenggu Rindu

Wany Hasrita Dato Jamal Abdillah Belenggu Rindu

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Wany Hasrita Dato Jamal AbdillahLagu Lirik Hael Husaini Ezra Kong 2019 FMC Music Sdn BhdKalau benar bagai dikataAku rela serahkan semuaIngin ku dimanja hidup serba mewahBukan benar bagai dikataGoda...
Lirik Lagu Belenggu Rindu Wany Hasrita Dan Dato Jamal Abdillah

Lirik Lagu Belenggu Rindu Wany Hasrita Dan Dato Jamal Abdillah

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1704 hits
Belenggu Rindu Lagu Baru Wany Hasrita dan Dato Jamal AbdillahLagu Belenggu Rindu paduan suara Wany Hasrita dan Dato Jamal Abdillah berjaya menawan hati pendengar Mai sendiri yang pertama kali dengar terus suka Gabungan suara dari dua genera...
Jamal Abdillah Wany Hasrita Sertai Genre Hael Husaini

Jamal Abdillah Wany Hasrita Sertai Genre Hael Husaini

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 476 hits
Bukan mudah untuk seseorang legenda keluar dari ruang dunianya kemudian mencuba perkara baharu yang mungkin di luar kotak fikirnya selama ini Bagaimanapun situasi berbeza dilalui pemilik gelaran Raja Pop Datuk Jamal Abdillah yang tidak kebe...
Wany Hasrita Feat Dato Jamal Abdillah Belenggu Rindu Chord

Wany Hasrita Feat Dato Jamal Abdillah Belenggu Rindu Chord

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1418 hits
Em Em B Em EmEm DKalau benar bagai dikataAm AmAku rela serahkan semuaEm BmIngin ku dimanjaEmHidup serba mewahEm DBukan benar bagai dikataAmGodaan manis sang pujanggaEmDah kita diciptaEmBukan untuk bermegahC Em BmBSaat dihanyut asmaraB Asmar...
Ain Edruce Minat Safawi Wany Hasrita Cabar Harimau Malaya Ke Piala Dunia

Ain Edruce Minat Safawi Wany Hasrita Cabar Harimau Malaya Ke Piala Dunia

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 658 hits
Siapa sangka bintang Anugerah Paling Popular Berita Harian Ke 31 Wany Hasrita juga meminati sukan bola sepak Penyanyi berusia 27 tahun ini bekata demikian dalam satu temu ramah yang diadakan bersama wartawan Harian Metro baru baru ini Dan s...
Pengangguran Dan Anak Muda

Pengangguran Dan Anak Muda

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 268 hits
Mat Saman Kati Kisah anak muda pemandu Grab dan komen orang tua tentang sikap pemandu Grab mencerminkan jurang kesefahaman yang semakin melebar tentang harapan dan realiti Kadar pengangguran dikalangan anak muda pada tahun lepas ialah 10 9 ...
Lihat Bagaimana Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini

Lihat Bagaimana Semangat Pasangan Muda Viral Raih Kejayaan Dengan Produk Viral Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 955 hits
Bermula dengan satu produk tular jenama produk kecantikan AINAA Beauty milik Syafiqah Aina dan Hafiz Mahammad semakin berkembang pengaruhnya Peluang bertemu dengan seorang usahawanita tempatan Norazura Md Posdzi yang bertindak selaku rakan ...
Anak Muda Wajib Mengembangkan Diri Agar Dapat Berperan Di Era Milenial

Anak Muda Wajib Mengembangkan Diri Agar Dapat Berperan Di Era Milenial

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 348 hits
Era keterbukaan informasi membuka peluang bagi generasi muda Indonesia untuk belajar banyak hal untuk mengembangkan kreativitas Apalagi Indonesia memiliki banyak potensi untuk diolah secara kreatif
Tumbuk Dada Tarik Baju Dan Maki Hamun Mangsa Penyanyi Ditahan Pukul Warga Asing

Tumbuk Dada Tarik Baju Dan Maki Hamun Mangsa Penyanyi Ditahan Pukul Warga Asing

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 518 hits
Kuala Lumpur Seorang penyanyi ditahan selepas disyaki memukul seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak di Ampang di sini semalam Dalam kejadian pada kira kira pukul 3 petang semalam penyanyi berusia 21 tahun itu dipercayai m...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh