Jalan Terbaik Untuk Politik Melayu


DATUK Seri Nazri Aziz telah mengeluarkan satu cadangan yang bernas, atau sekurang-kurangnya yang saya amat bersetuju apabila beliau mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali kepada UMNO dan diangkat menjadi Presiden UMNO.
Beliau memberi empat alasan.
Pertama, Muhyiddin tidak mengkhianati UMNO kerana beliau tidak meninggalkan parti, sebaliknya dipecat. Kedua, ia akan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu. Ketiga, beliau tidak akan kembali dengan tangan kosong tetapi dengan jawatan Perdana Menteri. Keempat, ia akan dapat menyelesaikan masalah pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas.
Beliau juga mencadangkan sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan Presiden parti juga patut diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Hujah beliau ialah secara tradisinya, Perdana Menteri merupakan Presiden UMNO manakala pemimpin dan ahli parti perlu menerima dengan tangan terbuka.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan alasan-alasan pertama, kedua dan ketiga Nazri. Mengenai alasan keempat, sambil saya bersetuju ia akan mengurangkan masalah pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas, ia juga akan mengurangkan masalah pembahagian kerusi UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mengenai alasan-alasan pertama, kedua dan ketiga, perlu ditekankan bahawa beliau dipecat, bukan keluar daripada parti dan hendak masuk semula seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, beberapa kali.
Kedua, beliau kembali dengan membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri yang UMNO sendiri tidak berjaya memenangi, yang diperoleh dengan sokongan ahli-ahli Parlimen parti-parti lain. Sekembalinya kepada UMNO, ahli UMNOlah yang menjadi Perdana Menteri.
Kita bincangkan mengenai pembahagian kerusi terlebih dahulu. Dalam perkara ini, saya merujuk pembaca kepada rencana saya bertajuk Pembahagian Kawasan Pilihan Raya Antara Parti-parti Komponen PN Dalam PRU15 yang disiarkan pada 22 Jun lalu. Ringkasnya, UMNO dan Pas adalah dua buah parti Melayu-Islam yang tertua, terbesar dan mempunyai jentera pilihan raya yang teruji.
Walaupun Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU14, UMNO tetap menjadi parti yang memenangi bilangan kerusi Parlimen terbanyak iaitu 54 kerusi. Dalam PRU14, sebahagian pengundi Melayu mengundi PH kerana terpengaruh dengan kempen membenci Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa memikirkan akibatnya.
Dalam PRU14, Bersatu menang kerana sokongan padu orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina, di samping orang Melayu yang marah itu dan kesilapan UMNO dan Pas bertanding melawan sesama sendiri di kawasan yang ditandingi Bersatu. Namun demikian, Bersatu hanya mampu memenangi 13 kerusi.
Jika Bersatu bertanding sendiri dalam PRU15, ia akan terkubur. Ia tidak boleh mengharapkan undi orang bukan Melayu lagi. Di kawasan Melayu, ia tidak boleh mengatasi kombinasi UMNO dan Pas. Maka, ia akan terpaksa menumpang ihsan UMNO dan Pas. Kehadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak membantu. Kumpulan beliau sendiri berada dalam keadaan yang sama.
Maka, kehadiran Bersatu dalam muafakat UMNO-Pas menambahkan lagi kesulitan pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas dalam PRU15. Bagaimana masalah itu mungkin berkurangan jika Muhyiddin dan ahli-ahli Bersatu kembali kepada UMNO?
Pembahagian kerusi Dalam rencana saya itu, berdasarkan Bersatu kekal sebagai sebuah parti dalam PN, saya mencadangkan supaya UMNO+Pas sebagai satu kumpulan, menyelesaikan isu pembahagian kerusi itu dengan Bersatu terlebih dahulu sebelum membahagikan yang lainnya, di antara mereka.
Jika Muhyiddin dan ahli-ahli Bersatu menyertai UMNO, maka perlulah diselesaikan terlebih dahulu pembahagian antara UMNO dan Pas sebab hanya dua kumpulan yang tinggal iaitu UMNO (termasuk bekas Bersatu) dan Pas.
Selepas itu terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan bekas Bersatu itu menentukan siapa akan bertanding di mana. Saya fikir, kembalinya Muhyiddin dan ahli-ahli Bersatu kepada UMNO bukan lagi satu pilihan, tetapi satu-satunya jalan bagi Bersatu mengelak daripada terkubur. Hari ini, modal Bersatu hanya ada satu: jawatan Perdana Menteri. Tanpa jawatan itu ia akan berkecai.
Saya fikir, seperti yang dicadangkan oleh Nazri, UMNO hendaklah menerimanya dengan tangan terbuka dan memberikan jawatan Presiden UMNO kepada beliau sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak dipecat, saya fikir selepas Najib, besar kemungkinan beliaulah yang akan menjadi Presiden UMNO dan, jika BN menang pilihan raya umum, beliaulah yang akan menjadi Perdana Menteri.
Sekarang beliau membawa balik jawatan Perdana Menteri, maka eloklah jawatan Presiden UMNO diberi kepada beliau. Itu pun saya cadangkan untuk satu penggal sahaja. Selepas itu, biarlah ada pertandingan bebas untuk jawatan itu.
Dengan cara itu, UMNO boleh disifatkan sebagai memberi pampasan kepada Muhyiddin akibat pemecatannya itu.
Najib sepatutnya menerima cadangan ini. Beliau eloklah meneruskan apa yang dilakukannya sekarang. Tumpukan kepada kes-kes yang dihadapinya dan tolong memperkuatkan semula UMNO tanpa memegang jawatan eksekutif di dalamnya.
Beliau tidak boleh lari daripada tanggungjawab menjadi sebab utama kekalahan UMNO/BN dalam PRU14. Eloklah beliau menghabiskan umurnya membina semula UMNO setelah beliau mendapat faedah daripada UMNO semenjak muda.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga eloklah mengikut teladan Najib. Pada masa ini, eloklah beliau menumpukan perhatian kepada kes-kes yang dihadapinya.
Saya percaya ada pemimpin-pemimpin UMNO dan Bersatu yang kurang senang dengan cadangan ini. Tetapi, alasan mereka adalah sama dan hanya satu: kepentingan diri.
Mereka khuatir mereka akan kehilangan kedudukan mereka dalam parti dan kemungkinan dilantik ke jawatan-jawatan dalam kerajaan tempatan, malah kemungkinan menjadi calon DUN dan Parlimen. Itu bukanlah alasan yang sepatutnya menjadi penentu dalam membuat keputusan sebesar itu.
Parti-parti lain yang menjadi anggota PN juga mungkin berasa kurang senang dengan cadangan ini. Saya hanya dapat fikir satu sebab mengapa mereka berpendapat demikian: mereka takut UMNO menjadi terlalu kuat. Tetapi, kita telah lihat, UMNO kuat selama 60 tahun. Parti-parti kecil tidak takut mendekatinya untuk menjadi ahli BN.
Mereka, termasuk parti-parti besar seperti MCA dan Gerakan, tidak lari kerana UMNO besar dan kuat. Malah, semua hendak bernaung di bawahnya. Mereka cuma lari apabila UMNO berkecai dan lemah.
Maka itu bukanlah hujah yang sah (valid). Yang lain saya tidak tahu. Mungkin mereka mengharapkan Presiden parti mereka juga akan menjadi Perdana Menteri. Mengenai hujah itu, kedua-dua Pakatan Harapan dan PN telah memberi jawapan: Perdana Menteri kerajaan PH dan PN bukan datang daripada parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Maka, hujah itu juga tidak sah (valid).
Perpaduan Bagi orang Melayu/Islam, dalam membuat keputusan mengenai isu ini, fokus hendaklah diberi kepada perpaduan Melayu/Islam. Kita tidak patut malu atau berasa bersalah memikirkan demikian. Setiap kaum di dunia berfikir demikian. Cuma, jika mereka sendiri melakukannya, mereka tidak menyebutnya, sebaliknya mereka akan menuduh kaum lain yang melakukan perkara yang sama, rasis. Jika itu rasis, maka semuanya rasis.
Saya menghujahkan bahawa perasaan perkauman adalah lumrah alam. Ia juga tidak salah selagi digunakan untuk mempertahankan hak kaum mereka sendiri dan tidak digunakan untuk menindas kaum lain atau merampas hak mereka.
Di Malaysia, hak setiap kaum telah dipersetujui dan dinyatakan dalam Perlembagaan. Maka setiap kaum yang mempertahankan hak mereka yang dinyatakan dalam Perlembagaan bukanlah rasis. Yang rasis adalah kaum yang melanggar apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan mahukan hak kaum lain yang dijamin oleh Perlembagaan sebagai hak mereka. Itu perlu difahami.
Kita telah melihat, penubuhan Bersatu dan Amanah telah memecahkan orang Melayu/Islam di Semenanjung Malaysia kepada lima buah parti. Kita telah melihat bagaimana ia merugikan orang Melayu, terutama sekali di bawah pemerintahan PH. Maka, dengan kembalinya TS Muhyiddin dan ahli-ahli Bersatu kepada UMNO diikuti dengan pembubaran Bersatu, kita dapat mengurangkan bilangan parti Melayu/Islam dan perpecahan orang Melayu/Islam.
Dalam tahun 2014, apabila saya mencadangkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk mengelakkan tumbangnya kerajaan BN di peringkat Persekutuan, seorang bekas Menteri Kanan BN (orang UMNO) berkata bahawa ia adalah terlalu idealistik. Selepas PRU14 beliau meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu dan masih berada dalam Bersatu sekarang.
Yang pentingnya, apa yang dikatakannya sebagai terlalu idealistik itu telah berlaku, malah lebih daripada apa yang saya cadangkan. Kali ini ia lebih mudah kerana, tidak seperti Pas yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, Bersatu tidak. Maka, inilah jalan yang terbaik bagi Bersatu, UMNO, perpaduan Melayu/Islam dan negara. Ia juga adalah jalan yang terbaik bagi pemimpin-pemimpin yang terlibat.
**Tun Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara
The post Jalan terbaik untuk politik Melayu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/jalan-terbaik-untuk-politik-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melayu Makin Suci Bersih Belum Pernah Ada Dalam Sejarah Politik Melayu Sekarang Sangat Tinggi Darjatnya

Politik Melayu Makin Suci Bersih Belum Pernah Ada Dalam Sejarah Politik Melayu Sekarang Sangat Tinggi Darjatnya

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 503 hits
Hatta nak cari buruk dan keji kurang dan lemah langsung tiada Sebut nama seperti Najib Muhyiddin Zahid sangatlah kita turut teruja dan bangga dengan watak dan keterampilan mereka Kalau sebut Melayu itulah mereka contoh yang paling unggul se...
Populariti Dr M Di Kalangan Melayu Merudum Dakwa Penganalisis Politik

Populariti Dr M Di Kalangan Melayu Merudum Dakwa Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 245 hits
Sokongan merudum terhadap Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja berlaku dalam Bersatu tetapi juga dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum PRU14 menyokong beliau kata penganalisis politik Menurut Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi ...
Gerakan Main Persepsi Buruk Jauhkan Jawi Dari Bukan Melayu

Gerakan Main Persepsi Buruk Jauhkan Jawi Dari Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 287 hits
Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinTak perlu politikkan isu harmonikan hubungan kaum dengan tulisan BANGIt Parti GERAKAN tidak sepatutnya mempolitikkan isu pelaksanaan kempen Hari Jumaat Hari Jawi hingga melabelkannya sebagai satu agenda Islami...
Melayu Tipu Melayu Yang Jadi Mangsa Adalah Melayu

Melayu Tipu Melayu Yang Jadi Mangsa Adalah Melayu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 289 hits
Mohammad Hashim MohammadApa yang peliknya rakyat Malaysia masih taat setia menyokong UMNO Membela sebilangan pemimpin pemimpin UMNO yang terlibat rasuah Seboleh bolehnya menidakkan tuduhan kepada pemimpin pemimpin UMNO yang berjuang menipu ...
Kerajaan Warisan Sabah Hampir Tumbang Shafie Tidak Perlu Sibuk Dengan Percaturan Politik Pusat

Kerajaan Warisan Sabah Hampir Tumbang Shafie Tidak Perlu Sibuk Dengan Percaturan Politik Pusat

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 418 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal kini sedang menjalani hari hari terakhir sebagai Ketua Menteri Sabah akibat dari kemelut politik di Sabah yang semakin memuncak Bermula dari 2 ADUN UPKO ADUN Kuala Penyu Limus Jury dan ADUN Sugut James Ratib...
Mesyuarat Pertama Semua Parti Politik Perikatan Nasional Selasa Ini

Mesyuarat Pertama Semua Parti Politik Perikatan Nasional Selasa Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 345 hits
KOTA BHARU Sebuah sekretariat yang menggabungkan Barisan Nasional Pas dan Perikatan Nasional akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat pada Selasa ini Pertemuan yang bakal disertai wakil wakil parti politik dalam kerajaan PN itu akan didakan ...
Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 349 hits
Sebuah rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati di kawasan belukar Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya Foto Fail NSTPAhli politik dipercayai dalang ut...
Melayu Yang Mengaku Melayu Adalah Rasis

Melayu Yang Mengaku Melayu Adalah Rasis

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 279 hits
Orang Melayu yang mengaku Melayu akan dipanggil rasis Inilah strategi Pakatan Harapan terutama sekali golongan yang bukan Melayu untuk membuatkan orang Melayu malu nak mengaku Melayu Sekiranya orang Melayu bersemangat dengan keMelayuan mere...
Ada Pihak Mahu Jayakan Politik Helah

Ada Pihak Mahu Jayakan Politik Helah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 258 hits
Shafie Apdal adalah tokoh yang wajar kita hormati Malah tak boleh dinafikan bahawa wakil dari borneo juga ada hak untuk memimpin persekutuan Cuma isunya sekarang ialah ada pihak sanggup menunggang segalanya untuk menjayakan helah politik Ha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator