Jalan Pulang Dr Mahathir




Oleh AB JALIL BACKER
KETIKA rencana ini diterbitkan, satu lagi catatan bersejarah negara mungkin telah berlaku. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Istana Negara bersama pemimpin parti-parti politik daripada Barisan Nasional, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir merombak Kabinet beliau.
Dipercayai rombakan itu membabitkan perubahan gabungan parti pemerintah dengan mengetepikan DAP, PKR dan Amanah.
Ada yang melihat pergelutan itu kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sabar menjadi Perdana Menteri dan Dr Mahathir enggan bersara. Realitinya isu pentadbiran PH lebih besar daripada itu.
Dr Mahathir walaupun menjadi Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan segala perubahan yang beliau hasratkan.
Terdapat gosip politik sejak berbulan lalu bahawa beberapa ketua parti komponen PH yang berjawatan menteri kanan tidak lagi mematuhi arahan dan nasihat Perdana Menteri. Mereka melihat Dr Mahathir hanya menunggu masa untuk bersara, maka arahan beliau bukanlah sesuatu yang perlu dipatuhi.
Menurut sumber, terdapat polisi yang diumum tanpa mengambil kira aspirasi negara dan kehendak Dr Mahathir. Beberapa arahan Dr Mahathir membabitkan kepentingan rakyat diabaikan, dilengah-lengahkan dan ditukar oleh kementerian tertentu.
Justeru, keputusan ‘separuh hati’ Majlis Pimpinan PH Jumaat lalu memberi hak Dr Mahathir memutuskan tarikh persaraannya tidak bererti apa-apa. Dr Mahathir sedar apapun keputusan tersebut tidak mengubah hakikat kumpulan Anwar yang menguasai beberapa kementerian kanan tidak akan mematuhi polisi dan arahannya.
Dr Mahathir yang hilang sabar akhirnya mengumpul ahli Parlimen yang mahu bersama beliau bagi membentuk sebuah kerajaan baharu. Sokongan Pas dan UMNO serta Warisan dan GPS akan membolehkan Dr Mahathir membentuk Kabinet baharu.
Bagi UMNO dan Pas, sokongan itu sangat mudah. Mereka sudah tidak mahu melihat banyak agenda bumiputera, Melayu dan Islam dipinggirkan. Kontroversi ICERD, Statut Rome, Tabung Haji, MARA sangat memenatkan.Ancaman
Jika mementingkan kuasa, mereka akan membuat keputusan tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja. Lebih banyak kerusi dapat dimenangi, lebih banyak jawatan menteri dapat diduduki.
Namun pemimpin politik veteran itu sedar tiga tahun akan datang banyak lagi agenda bumiputera dan Islam akan tersisih dan tercabar. Maka pilihan utama adalah memastikan agenda itu dapat dipertahankan dengan apa cara sekalipun.Dalam beberapa siri artikel saya dalam Sinar Harian sebelum ini saya telah menulis mengenai ancaman kerajaan PH kepada tiang-tiang negara seperti agenda Islam, Melayu, bumiputera dan Raja-raja Melayu. Tidak cukup itu, keadaan ekonomi negara juga tenat berikutan arah berbeza antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Kepentingan menjaga agenda itu tidak dapat dinafikan lagi apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.
Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.
Dalam buku Dilema Mahathir, saya menulis: “Hari ini aura Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin masyarakat Islam dan orang Melayu telah beransur-ansur pudar. Jika tidak diuruskan dengan baik, sejarah mungkin akan menghakimi beliau dengan kejam kali ini.”
Dr Mahathir tidak perlu risau dengan sokongan rakyat kerana keputusan PRU lepas menunjukkan gabungan undi BN dan Pas menerima 51 peratus undi popular keseluruhan.
Yang Dr Mahathir perlu risaukan ialah bagaimana untuk memenuhi kehendak rakyat agar tidak menolak perikatan politik ini dalam pilihan raya akan datang, jika kerajaan baharu ini benar-benar terjadi.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/24/jalan-pulang-dr-mahathir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jalan-pulang-dr-mahathir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Dijangka Menghadap Ydp Agong Jam 5 Petang Ini

Tun Mahathir Dijangka Menghadap Ydp Agong Jam 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 398 hits
Astro Awani Dr Mahathir mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Agong sekitar jam 1 tengah hari Isnin Gambar fail KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mus...
Langsung Mahathir Lepas Jawatan Pm

Langsung Mahathir Lepas Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 231 hits
WARTAWAN MALAYSIAKINI LANGSUNG Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru poli...
Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 442 hits
Kuala Lumpur 24 Feb Parti Tindakan Demokratik menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar terus Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang medi...
Tun Mahathir Letak Jawatan Kerana Tak Mahu Bekerjasama Dengan Umno Lim Guan Eng

Tun Mahathir Letak Jawatan Kerana Tak Mahu Bekerjasama Dengan Umno Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 606 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana tidak mahu kerjasama dengan UMNO kata Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menerusi sidang media khas DAP yang disiarkan secara langsung beliau berkata D...
Perbincangan Tertutup Di Rumah Tun Mahathir

Perbincangan Tertutup Di Rumah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 503 hits
Kepemimpinan utama PKR DAP dan Parti Amanah Negara dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini lapor BH Online Loading Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Aziz...
Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 388 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Loading Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini demikian menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu di sini Ke...
Tun Mahathir Ada Ke Kat Rumah Azizah Anwar Mat Sabu Guan Eng Di Rumah Mahathir

Tun Mahathir Ada Ke Kat Rumah Azizah Anwar Mat Sabu Guan Eng Di Rumah Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1094 hits
Sumber dari Jabatan Perdana Menteri memaklumkan segala mesyuarat yang telah dijadualkan melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada hari ini telah dibatalkan Sementara itu tiga pemimpin utama Pakatan Harapan iaitu Presiden AMANAH Mohama...
Kenapa Tiba Tiba Petik Nama Saya Najib Nafi Laporan Sign Sd Sokong Mahathir

Kenapa Tiba Tiba Petik Nama Saya Najib Nafi Laporan Sign Sd Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 243 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan laporan media yang mendakwa beliau sudah menandatangan akuan bersumpah bagi menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk membentuk Perikatan Nasional Saya tidak pernah bercakap denga...
Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 315 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Dr Mahathir tiba pada 4 45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner