Langsung Mahathir Lepas Jawatan Pm


WARTAWAN MALAYSIAKINI

LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini

Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini

LANGSUNG
2.18 petang: Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, menghantar surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia hari ini

Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Mahathir menghantar surat peletakan jawatan tersebut ke Istana Negara kira-kira jam 1 petang tadi


2 petang: Sah, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, dan Zuraida Kamaruddin (Ampang) dipecat daripada PKR

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang memberitahu, pemecatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.


1.50 petang: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memuat naik satu hantaran yang menimbulkan persoalan di Twitternya

Ciapan itu dibuat di tengah-tengah perkembangan politik tanah air yang mencemaskan banyak pihak.
“Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa. Rakyat yang berkuasa, bukan si pencatur kuasa,” ciapnya
 Ini juga hadir ketika tersebar spekulasi bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatannya ke Istana Negara.

Malaysiakini masih cuba mengesahkan dakwaan tersebut.


1.36 petang: Dua pemimpin kanan PKR dikatakan akan dipecat dari parti itu

Menurut beberapa sumber, keputusan tersebut sudah dipersetujui dan kini hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.


1.30 petang: Seorang sumber memberitahu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menghadap Sultan Selangor hari ini

Sumber yang condong kepada kem Anwar Ibrahim itu berkata, Amirudin memaklumkan hal tersebut semasa bertemu dengan Adun PKR di rumahnya pagi tadi.

Katanya, Amirudin juga memberitahu Selangor "akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat" dalam PRU lalu.

"Menteri Besar Selangor memberi taklimat kepada tuanku.

"Esok beliau akan berjumpa tuanku sekali lagi bersama semua ketua parti dalam PH," katanya.


1.10 petang: Majlis Perundingan Buddha, Kristian Hindu Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) merayu agar Yang Di-Pertuan Agong dapat menggunakan budi bicara baginda untuk menitahkan agar parlimen dibubarkan

“MCCBCHST merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang-dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya semula.

“[...] Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berdoa untuk perpaduan dan kestabilan Malaysia,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

Jelas persatuan itu, mandat rakyat yang memilih pemerintah mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu haruslah dihormati.

“Lebih-lebih lagi, banyak pemimpin dalam Pakatan Nasional yang disebut-sebut itu berdepan pendakwaan atau penyiasatan kes rasuah, jadi tujuan perikatan itu mungkin hanya untuk melindungi kepentingan peribadi dan untuk mengkhianati mandat rakyat,” kata kenyataan itu lagi.


12.55 tengah hari: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memanggil semua Adun PKR di negeri itu ke kediaman rasminya pagi tadi, kata satu sumber

Sebelum itu dikatakan Amirudin memanggil semua Adun.

Ditanya jika kerajaan negeri yang ada akan bertahan, sumber itu - yang memihak kepada kem Azmin Ali - berkata: Tidak ada apa-apa perubahan.

Tidak dapat dipastikan jika Adun PKR yang menyokong Anwar terbabit dalam pertemuan tersebut kerana pertanyaan yang dihantar Malaysiakini tidak berjawab setakat ini.

Sementara itu Amanah Selangor juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat dalamannya hari ini.


12.45 tengah hari: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bersama isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Anwar, beliau baru saja tiba dari rumah Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan itu berlangsung dengan "sangat baik".

"Kami ada bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendirian beliau, bahawa kita harus mengutamakan prinsip.

"Agenda reformasi harus diteruskan, itu yang saya boleh sebut setakat ini," katanya kepada media.
Ditanya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu secara langsung.
Sebaliknya ahli parlimen Port Dickson itu memberitahu agar kerajaan tidak mudah tunduk kepada kehendak kumpulan tertentu.

"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yg lalu.

"Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya.

Anwar juga menjelaskan beliau "terkesan" dengan sikap Mahathir mengenai perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu "merampas kuasa" tanpa menetapkan agenda perubahan.


12:20 tengah hari: Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, tiba di Ibu Pejabat DAP, sejurus selepas dibebaskan atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)

"Saya sangat gembira, saya mahu ucapkan beribu-ribu terima kasih," katanya kepada media.
Anak Gunasekaran, Nancy, berkata keluarganya meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Kami terus datang ke sini selepas itu," katanya.


12.10 tengah hari: Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 ketika pasaran dalam keadaan tidak menentu

Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar AS, menjadi RM4.2215 setakat ini

Mengulas prestasi Bursa Malaysia, bekas PM, Najib Razak berkata, sama ada PH kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan secepat mungkin


12.05 tengah hari: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Ditanya apa yang akan dibincangkan oleh kepemimpinan PKR dalam mesyuarat tergempar parti itu sebentar lagi, beliau enggan mengulas.

"I have a good feeling," katanya.

Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga tiba.

12 tengah hari: Adun Pasir Pinji merangkap salah seorang exco Perak, Howard Lee, yang tiba di Ibu Pejabat DAP berkata, semuanya berjalan seperti biasa di negeri terbabit

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok, memberitahu Malaysiakini, beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana sedang berada di Sabah.


11.40 pagi: Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam lalu

Astro Awani melaporkan, ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang bertemu dengan Mahathir.


11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur

Hal itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan (Sungkai).


11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu

"Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.

Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.


10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini

Katanya, salah satu agenda yang akan dibincangkan ialah kemungkinan penyertaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, serta penyokongnya, ke dalam Gerakan.
"Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas

"Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan," katanya

Lau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Azmin dan pengikutnya ada atau tidak memohon menyertai Gerakan.

Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.


10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel, berkata sidang media itu akan diadakan sejurus selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bertemu Yang di-Pertuan Agong.


10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba

Difahamkan ketiga-tiga mereka kemudian bersama-sama menuju ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.


10.25 pagi: Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap kepada media

Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga dilihat meninggalkan bangunan menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu.

Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.


10.20 pagi: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini

Hal itu disahkan seorang pembantunya.

Kata sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.


10 pagi: Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur

Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan.

"Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.

Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain".
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/langsung-mahathir-lepas-jawatan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 278 hits
Selepas berjam wartawan tunggu akhirnya Tun Mahathir muncul mendedahkan sendiri punca utama beliau meletak jawatan isnin lepas Tak sangka baca selanjutnya Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan
Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 264 hits
Perrdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu hari ini Loading Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya Bagaimanapun memetik akhbar...
Terkejut Letak Jawatan Dap Mahu Dr Mahathir Kekal Pm

Terkejut Letak Jawatan Dap Mahu Dr Mahathir Kekal Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 282 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana Menteri berpunca daripada keengganan bekerjasama dengan parti Umno Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 24 Feb DAP mahu Tun Dr Mahathir Moh...
Apa Pun Keputusan Ph Jumaat Ini Saya Letak Jawatan Lepas Apec

Apa Pun Keputusan Ph Jumaat Ini Saya Letak Jawatan Lepas Apec

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 279 hits
SHAKIRA BUANG Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bersidang Jumaat ini selepas kali terakhir bermesyuarat pada pada November tahun lalu Mesyuarat itu sebelum ini dikatakan akan membincangkan isu peralihan jawatan perdana menteri daripada D...
Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 445 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari tadi Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar s...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 615 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Jpm Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Jpm Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilaporkan akan meletakkan jawatan hari ini bukannya selepas persidangan APEC pada November 2020 seperti yang dimaklumkannya sebelum ini Setakat ini Jabatan Perdana Menteri ketika ditanya hanya meminta semua ...
Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

Pengganas Ltte Katadua Patuh Atau Lepas Jawatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 318 hits
Tommy memberhentikan prosiding undang undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas Astro AWANI Shahir Omar Peguam Negara lepas jawatan atau patuh dasar kerajaan Maszlee MalikKL Bekas Menteri Pe...
Bersatu Mahu Tun Mahathir Jadi Pm Ke 8 Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti

Bersatu Mahu Tun Mahathir Jadi Pm Ke 8 Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 414 hits
Petaling Jaya 25 Feb Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia Dalam mesyuarat tergempar PPBM sebentar tadi mereka turut menolak jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi par...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner