Jalan Pulang Dr Mahathir


KETIKA rencana ini diterbitkan, satu lagi catatan bersejarah negara mungkin telah berlaku. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Istana Negara bersama pemimpin parti-parti politik daripada Barisan Nasional, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir merombak Kabinet beliau.

Dipercayai rombakan itu membabitkan perubahan gabungan parti pemerintah dengan mengetepikan DAP, PKR dan Amanah.

Ada yang melihat pergelutan itu kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sabar menjadi Perdana Menteri dan Dr Mahathir enggan bersara. Realitinya isu pentadbiran PH lebih besar daripada itu.

Dr Mahathir walaupun menjadi Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan segala perubahan yang beliau hasratkan.

Terdapat gosip politik sejak berbulan lalu bahawa beberapa ketua parti komponen PH yang berjawatan menteri kanan tidak lagi mematuhi arahan dan nasihat Perdana Menteri. Mereka melihat Dr Mahathir hanya menunggu masa untuk bersara, maka arahan beliau bukanlah sesuatu yang perlu dipatuhi.

Menurut sumber, terdapat polisi yang diumum tanpa mengambil kira aspirasi negara dan kehendak Dr Mahathir. Beberapa arahan Dr Mahathir membabitkan kepentingan rakyat diabaikan, dilengah-lengahkan dan ditukar oleh kementerian tertentu.

Justeru, keputusan ‘separuh hati’ Majlis Pimpinan PH Jumaat lalu memberi hak Dr Mahathir memutuskan tarikh persaraannya tidak bererti apa-apa. Dr Mahathir sedar apapun keputusan tersebut tidak mengubah hakikat kumpulan Anwar yang menguasai beberapa kementerian kanan tidak akan mematuhi polisi dan arahannya.

Dr Mahathir yang hilang sabar akhirnya mengumpul ahli Parlimen yang mahu bersama beliau bagi membentuk sebuah kerajaan baharu. Sokongan Pas dan UMNO serta Warisan dan GPS akan membolehkan Dr Mahathir membentuk Kabinet baharu.

Bagi UMNO dan Pas, sokongan itu sangat mudah. Mereka sudah tidak mahu melihat banyak agenda bumiputera, Melayu dan Islam dipinggirkan. Kontroversi ICERD, Statut Rome, Tabung Haji, MARA sangat memenatkan.Ancaman

Jika mementingkan kuasa, mereka akan membuat keputusan tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja. Lebih banyak kerusi dapat dimenangi, lebih banyak jawatan menteri dapat diduduki.

Namun pemimpin politik veteran itu sedar tiga tahun akan datang banyak lagi agenda bumiputera dan Islam akan tersisih dan tercabar. Maka pilihan utama adalah memastikan agenda itu dapat dipertahankan dengan apa cara sekalipun.Dalam beberapa siri artikel saya dalam Sinar Harian sebelum ini saya telah menulis mengenai ancaman kerajaan PH kepada tiang-tiang negara seperti agenda Islam, Melayu, bumiputera dan Raja-raja Melayu. Tidak cukup itu, keadaan ekonomi negara juga tenat berikutan arah berbeza antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kepentingan menjaga agenda itu tidak dapat dinafikan lagi apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.

Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.

Dalam buku Dilema Mahathir, saya menulis: “Hari ini aura Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin masyarakat Islam dan orang Melayu telah beransur-ansur pudar. Jika tidak diuruskan dengan baik, sejarah mungkin akan menghakimi beliau dengan kejam kali ini.”

Dr Mahathir tidak perlu risau dengan sokongan rakyat kerana keputusan PRU lepas menunjukkan gabungan undi BN dan Pas menerima 51 peratus undi popular keseluruhan.

Yang Dr Mahathir perlu risaukan ialah bagaimana untuk memenuhi kehendak rakyat agar tidak menolak perikatan politik ini dalam pilihan raya akan datang, jika kerajaan baharu ini benar-benar terjadi.
dari ab jalil backer

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmy-kelanajaya.blogspot.com/2020/02/jalan-pulang-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Najib Anwar Berganding Bahu Lulus Bajet Lawan Dan Sabotaj Mahathir

Muhyiddin Najib Anwar Berganding Bahu Lulus Bajet Lawan Dan Sabotaj Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 461 hits
Cuma yang ralat dan palat mat sabu kacau daun Dan rakyat marah Mahathir diangkat jadi hero rakyat Kah kah kah
Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

Pejuang Info Chief Leaps To Dr Mahathir S Defence Says Pn Formation Azmin And Muhyiddin S Idea

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 384 hits
Ulya Aqamah Husamudin speaks to the media in Kuala Lumpur in this file picture taken on June 4 2020 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Nov 29 Parti Pejuang Tanah Air information chief Ulya Aqamah Hasamudin today denied the involvement of...
Kenapa Pn Bn Ph Gentar Mahathir

Kenapa Pn Bn Ph Gentar Mahathir

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 181 hits
Kenapa PN BN dan PH lebih sebok dan serang Mahathir hingga hilang fokus sebenar Kenapa mereka tidak fokus dan lawan sesama mereka Mahathir dan PEJUANG tidak mungkin menang pilihanraya
Mahathir Tak Sangka Dimalukan Ph

Mahathir Tak Sangka Dimalukan Ph

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 234 hits
Tidak perlu saya ulas mengapa PKR DAP dan Warisan menolak undi belah bahagi yg dibuat oleh Mahfuz Omar kerana rata kita telah membaca sebab2 tersebut Ramai yg kecewa seperti saya juga inilah peluang utk PH menjatuhkan kerajaan PN Kita kecew...
Mahathir Is The Perfect Leader Tetapi Muhyiddin Adalah Yang Terbaik

Mahathir Is The Perfect Leader Tetapi Muhyiddin Adalah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 343 hits
Tun sebagai negarawan dan banyak menyumbang bakti kepada Melayu dan negara tiada tolong bandingnya Kegagalannya di era PH bukan kerana faktornya tetapi faktor politik dan faktor rakyat yang tidak boleh lagi dibentuk kerana era paklah dan Na...
Pembangkang Iktiraf Kerajaan Pn Mahathir

Pembangkang Iktiraf Kerajaan Pn Mahathir

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 352 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional sudah diiktiraf pembangkang apabila membenarkan Belanjawan 2021 diluluskan tanpa tentangan di peringkat bacaan kali ke 2 di Dewan Rakyat semalam Mahathir berkata...
You Ve Recognised Muhyiddin S Govt Mahathir Tells Opposition

You Ve Recognised Muhyiddin S Govt Mahathir Tells Opposition

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 313 hits
Dr Mahathir Mohamad criticised opposition MPs for failing to oppose the vote on the second reading of the Supply Bill PETALING JAYA Failure to oppose the 2021 budget is tantamount to legitimising the Muhyiddin Yassin government Dr Mahathir ...
Tuan Penasihat Malukan Mahathir

Tuan Penasihat Malukan Mahathir

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 164 hits
Norman RadzuanMahukah Bersatu UMNO Pas kongsi sama rata UMNO BERSATU MUSTAHIL BERSATUTelah kita beritahu telah kita buktikan dgn rakaman audio telah dibuktikan dgn foto telah dibuktikan dgn tindak tanduk Mahathir telah dikhabarkan oleh Zahi...
Saya Masih Ada Rasa Sayang Kepada Dr Mahathir Azmin Ali

Saya Masih Ada Rasa Sayang Kepada Dr Mahathir Azmin Ali

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 221 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan dia masih lagi menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang disegani walaupun mereka kini berbeza pandangan selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional Meskipun tidak bersetuju dengan tin...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia