Jalan Jalan Makan Makan Di The Exchange Trx Trx Mall


 Assalamualaikum WBT 


MASIH lagi kisah Jalan-Jalan ke Kolumpo masa cuti Tahun Baru Cina tuari. Yang mengajak jalan-jalannya Pak Inche tapi biasalah, yang lebih sudu dari kuah tu, Sk, hahaha. Dah alang-alang sampai Kay El kan, aaa.. jom lar kita ke pusat beli-belah yang baru dibuka di Jalan Tun Razak, pusat bandaraya Kuala Lumpur, The Exchange TRX atau juga senang dipanggil TRX Mall. TRX merupakan singkatan dari Tun Razak Exchange.




PI onz, tapi dia kata, kita naik grab




Baik, tuan. Jadi, petang tu, kami ambil grab dari Ideas Kuala Lumpur ke TRX Mall, caj yang dikenakan RM13. Perjalanan mengambil masa 20 minit disebabkan kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang. Eh, ingatkan cuti-cuti ni KL lengang, huhu




PI bolehlah pulak pakai baju merah, dah macam sambut Tahun Baru Cina sekali. Banyak ong ma




Nampakkkk, ramai yang pakai baju merah. Meriah ya, ramai kaum cina yang berjalan dengan berbaju merah dan ramai juga yang berpakaian tradisi mereka iaitu cheongsam, tak kiralah lelaki atau wanita. Agaknya balik beraya la kan. Dalam gambar ni Apple Shop.. maaf, Sk tak tahu istilahnya, Switch jugak la kan




Dua tingkat tau




Salah landing, patutnya kena posing depan Menara TRX. Nasib ada ambil video, bukti hadir! Hahaha




The Exchange 106 (dahulunya dikenali sebagai: Menara TRX) merupakan pencakar langit yang telah siap dibina di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Pembinaan bermula pada 29 April 2016, dan dirancang siap dibina pada pertengahan 2019. Apabila siap dibina, ia akan mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter secara langsung akan menggantikan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum Menara Warisan Merdeka siap dibina yang dijangka pada 2022. Bangunan ini ialah pencakar langit kedua di Asia Tenggara

Projek dibangunkan oleh Mulia Group Malaysia dengan kerjasama kontraktor dari China Construction Eighth Engineering Bureau Co. Ltd. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi dibina oleh syarikat China di luar Tanah Besar China.(sumber)




Sampai tu kami terus naik ke aras ni, ada padang kecil dan di sebelah kanan ni The Exchange 106. 



Penaja




Dia ni la yang gigit buah epal korang, jangan tataw




Ingatkan nak mengopi kat sini tapi beratur panjangnyaaaa




Lalu depan Cafe Colombo ni, PI terus teringat pengalamannya ikut rombongan Cik Kiah company trip ke Sri Langka




Tu takpa.. kenapalah matcha ni boleh buat apom kat depan kedai ni, terus PI terliur. 



Kesian pulak, kalau tak sekarang, bila lagi??? Jom.. jomlah kita masuk


        
        

Harga TRX la naaaa! Mengalir air mata, hahaha




Apom atau appam dia ada tiga jenis, iaitu Apom Manis  (RM8/1 pc), Apom Kosong (RM12/2 pc) dan Apom Telur (RM15/2pc).  Apom Kosong dan Apom Telur tu tak ada kuah ya, kalau nak kuah kena ambil ala carte atau kira macam satu lauk la. Pelayan yang datang ambil pesanan tu pun tak pulak mencadangkan mana lauk yang sesuai untuk apom tu, kita dahlah dah sedih tengok harga apom dia, hahaha




Last-last, PI ambil Apom Manis sekeping je, hahaha. Jamahlah, jangan kempunan pulak, kan. Amaaaaa... sedap! Tapi tulah, mahai nak mampuihhhh! Kat Ashoka, RM4, 2 biji apom, hahahaha. Ni sebiji RM8 ko! 



Tepi dia garing, bahagian tengah dia gebu lepas tu dia letak siap santan dan tabur gula timbang (gula merah) kat situ, lunak-lunak rasa dia. PI kata, kena makan sikit-sikit sebab mahal, hahahaha




Pesan Teh Tarik (RM8) sorang satu. First time Sk minum teh macam ni, PI kata, kat Sri Lanka atau India, memang macam ni cara dia hidang teh. Sk cuba minum, fuhhh.. panaslah cawan besi tu, cemana nak minum? PI ajar, angkat dengan mangkuk tu sekali, barulah tak panas. 



Sk pilih Chicken Tacos (RM18/2pc). Lagi sekali PI gelak, kat Restoran Kawd JB besarrrrrr tacos dia, ni comel lote, hahaha. Tacos ni datang dengan sambal cicah, sambal tu sedap, tacos pun sedap, elok molek betul rupa dia. Makan sorang seketul, kenyang jugak laaa (tipu)




Sikit lagi nak cecah RM50, heheheh




Jalan-jalan lagi sampai ground floor sebab Iman kirim barang kat Watsons. Adoi, kat Johor pun ada Watsons, dia nak jugak Watsons TRX punya. Tak apalah, kita beli la sebagai cenderahati lepas tu ternampaklah, ada food court yang besar kat sini, Sk terus ajak PI makan malam siap-siap. Kalau ikutkan sebenarnya belumlah lapar sangat tapi dah malas nak singgah makan kat tempat lain




Sk tengok dulu la sistem pesanan dia macam mana. Dekat sini layan diri, semua pesanan buat dan bayar terus di stall berkenaan. Kemudian tunggu makanan siap, terus ambil makanan kita. Sk tak suka food court yang kita kena pesan dulu makanan kat stall, kemudian buat bayaran kat kaunter juruwang, lepas tu bawa resit pergi kat stall semula, menyampah cara macam tu. Jadi, bila dah pastikan caranya mudah, barulah kami setuju nak makan terus kat sini




Sk sekarang memang suka makan Chili Pan Mee. Pertama kali belajar makan Pan Mee ni kat Queensbay Mall, Penang. Lama tak pergi sana




Set Pan Mee ni datang bersama sup fishball dan wantan goreng, RM19.90




PI nak makan Char Kueyteow Penang. Yang sini pulak, kita pesan, buat bayaran, kemudian dia beri kita penggera tu. Nanti dah siap, dia bunyi, jadi ni tunggu kat meja pun boleh. Punyalah lama tungguuuu.. Sk sempat beli air ya. Nak beli air pulak, punyalah panjang beratur sebab cuma ada sebuah sahaja stall minuman




Sk beli air kat Kyrox Kebab di luar food court ni. Beli satu ajelah, kongsi. Lepas dah siap makan, PI pergi beli air lain kat Food Court tu




Ngam beli air, baru kueyteow siap. Sedap kueyteow tu. 



Yang ni dua ekor udang, kalau nak extra udang, harga lain, tak ingat berapa




Stall Yong Taufu, macam-macam eh boleh pilih




Stall Nasi Kandar pun ada. Jadi, anda yang nak datang TRX Mall ni, jangan risau pasal makan, ada eh kat aras bawah mall dengan harga berpatutan, portion pun banyak. Kalau yang kat atas-atas tu kebanyakan restoran mewah. Dahlah harga kayangan, ciput jer dia bagi, hahahaha





Ruang makan pun luassssss dan selesa




Lepas makan terus balik, kepala lutut dah rasa nak tercabut, maklumlah remaja purba katakan. Balik tu kena grab RM29, lebih dua kali ganda dari harga masa pergi padahal belum pukul 8 malam lagi. Masa lalu kat Bukit Bintang tu, Ya Allahhhhh.. punyalah ramai manusia, nasib baik tak pergi kawasan tu dan nasib baik menginap di Ideas Kuala Lumpur. Tenang-tenang jer kat situ


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/jalan-jalan-makan-makan-di-exchange-trx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Santai Santai Makan Di The Table Cafe Jalan Green Hall George Town Pulau Pinang

Jom Santai Santai Makan Di The Table Cafe Jalan Green Hall George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 134 hits
The Table Cafe Deco Dalaman di The Table Cafe Jalan jalan di George Town tetiba perut rasa lapar Dah la lapar demand plak nak makan western food Syarat kena wajid halal la Google punya google akhirnya jumpa The Table Cafe muslim owner dia N...
The Ultimate Guide To Playing And Winning Big On 5hengs

The Ultimate Guide To Playing And Winning Big On 5hengs

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 184 hits
The online lottery industry is growing quickly with platforms offering innovative ways to play this old game 5hengs one of the most reputable names in the industry of lottery has grown to be an established brand that is trusted by players a...
The Economist Ukraine S Front Line Is Crumbling Italy Cuts Off Re Supplying Missiles

The Economist Ukraine S Front Line Is Crumbling Italy Cuts Off Re Supplying Missiles

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 126 hits
I have been saying this since the Ukraine War began The Russians have had the entire campaign under their control since the war began Even when they pulled back from encircling Kiev during the first days of the three year old war At last ev...
Can We Please Stop Feeding The Pigeons

Can We Please Stop Feeding The Pigeons

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 124 hits
PIGEONS are undeniably charming often adding a touch of nature to the urban landscape and evoking feelings of harmony with wildlife even in bustling cities However their growing numbers over the years have shifted public perception Increasi...
The Tactical Edge Winning Strategies For Round Based Battles

The Tactical Edge Winning Strategies For Round Based Battles

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 159 hits
In the vast universe of online RPG games TheNinja RPG stands out as an extraordinary gem The browser based game lets players enter the immersive world of Seichi and learn the art of jutsu TheNinjaRPG which is a browser RPG which is complete...
Precision And Mobility Combined The Future Of Scale Testing Equipment

Precision And Mobility Combined The Future Of Scale Testing Equipment

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 153 hits
For industries that rely on accuracy and reliability the most advanced equipment for calibrating and testing of weights are required Modern solutions such as Telescoping Cranes Mobile Scale Testing Equipment and Certified Weight Carts are c...
Get Ready To Spin 389sports Login Slots Bring The Action

Get Ready To Spin 389sports Login Slots Bring The Action

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 134 hits
Are you ready to dive into the vibrant world of online gaming If so 389sports Login Slots is where the action awaits Imagine a digital realm filled with thrilling graphics captivating themes and the chance to win big all from the comfort of...
What Makes Janjiwin The Go To Choice For Online Betting

What Makes Janjiwin The Go To Choice For Online Betting

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 151 hits
Are you ready to elevate your online betting experience Look no further than Janjiwin the platform that s making waves in the world of digital wagering With a commitment to user satisfaction and an impressive array of options Janjiwin has q...
A Rare Occasion When The Entire Madani Machinery Whacked Mca After Wee Ka Siong S Blood

A Rare Occasion When The Entire Madani Machinery Whacked Mca After Wee Ka Siong S Blood

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 170 hits
IT s rare indeed when every entity of the Madani government appears to be in sync with UMNO Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh whose sharp tongue delivered a silencing Johor MCA s overreaction to the absence of free toll this Lunar Ne...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis