Jalan Jalan Ke Karnival Upin Ipin Melaka 2019



Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari sabtu lepas aku berpeluang bawa keluarga ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019. Ini pun sebab kes dah janji nak bawa mereka datang. Sebabnya dah penuh poster dekat tepi tepi jalan. Asal bawa mereka keluar, setiap kali nampak, mereka akan ingatkan. Jadi, untuk tidak mengecewakan anak anak, kami bawalah juga mereka.


Ingatkan masuk Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini percuma.


Al kisahnya, aku ada baca juga dekat facebook. Ada komen yang mengatakan ada tempat tempat yang tak perlu bayar tiket pun. Tapi secara umumnya, memang kena beli tiket kalau nak masuk (sebab ini baru pertama kali datang ke karnival ini). Jadi, mindset aku, memang kena beli tiket.



Aku sampai awal pagi juga. Waktu itu pun dah ramai yang berbaris. Ikutkan, bila tengok ramai ramai macam ini, memang rasa macam nak pergi tempat lain dah. Tapi mengenangkan anak anak nak sangat datang, terpaksalah berbaris juga.


Orait. Ada 2 dewan berbeza. Satu pentas utama dan satu lagi Inderaloka. Bayaran masuk pentas utama bagi dewasa adalah RM15.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun) dan bayaran bagi Inderaloka adalah RM35.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun). Jadi jumlah keseluruhan adalah RM100.00. (Kalau anak anak aku kena bayar, maka mahal lagilah harga tiket ini,hehehe).


Apa yang ada dalam Pentas utama Karnival Upin & Ipin Melaka 2019?


Untuk pentas utama ini, kita boleh keluar masuk. Maksudnya sekali bayar tiket sahaja. Nak keluar pergi mana mana kemudian masuk balik pun boleh. Dekat dalam ada pentas utama yang mana adalah mascot menari. Budak budak memang terhiburlah. Tapi ada je aku Nampak orang dewasa yang sama sama menari.


Sama ada mereka melayankan anak anak mereka atau memang mereka ini peminat Upin & ipin. Eleh, malu nak mengaku la tu.
Selain itu, ada juga aktiviti aktiviti lain yang sangat sesuai untuk anak anak macam mewarna, kemudian ada lah sikit sikit games. Ada replica rumah opah. Ada replica istana puteri. Dan macam macam lagi lah. Ada banyak aktiviti dalam pentas utama ini.


Aku sejujurnya lupa nak ambil gambar sebab orang ramai ditambah lagi nak jaga anak anak. Jadi memang terlupa.


Kemudian kami masuk ke dewan Inderaloka.





Kami di sambut dengan tayangan Filem Upin Ipin keris siamang tunggal. Besar jugalah screen dekat bahagian hadapan ini. Untuk dewan Inderaloka ini berbeza sedikit dengan pentas utama. Dalam dewan ini banyak replica dalam Filem Upin Ipin keris siamang tunggal.


Graphic pada aku memang cantik. Kita boleh rasa macam berada dalam inderaloka. Ada juga persembahan silat dan tarian dekat dalam dewan ini. Jom layan gambar gambar yang sempat aku ambil.














 





Rumusan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019.


Baik. Untuk karnival ini, anak anak aku memang sukalah. Sampaikan mereka ajak datang lagi hari ahad. Jawapan aku, memang tidaklah. Hahaha. Cukuplah seharian aku dekat sana hari sabtu tu.


Kemudian, ya! Bagi aku, ruang untuk beli tiket dekat bahagian hadapan tu macam sempit. Orang ramai. Jadi memang sesak betul. Kemudian, ramai juga yang aku nampak, macam terperanjat bila dapat tahu kena bayar/beli tiket. Kesian jugalah ada yang balik sebab hmm, mungkin kekurangan bajet kut, itu tak pastilah.


Sebab sewaktu aku keluar dewan inderaloka, ada satu keluarga ini Tanya aku, apa yang ada dekat dalam, sebab katanya takut tak berbaloi nak masuk sebab agak mahal juga tiket yang kena bayar. Anak dia dalam 4 orang jugalah.


Kemudian, dalam pentas utama, nak masuk kita kena beli tiket. Kemudian, nak main aktiviti yang ada dalam dewan ini, kita kena bayar lagi. Jadi, nak masuk, kena bayar, nak join aktiviti, kena bayar lagi. adeh.

Apa pun, secara keseluruhannya, kami rasa sangat puas hati dengan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini. Semoga ada banyak lagi event event macam ini dekat Melaka. Anak anak pun tak bosanlah asyik mengadap benda yang sama je. Hehehe.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2019/12/jalan-jalan-ke-karnival-upin-ipin-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Cuti Sekolah 2019 Karnival Rkh Yang Macam Macam Ada

Program Cuti Sekolah 2019 Karnival Rkh Yang Macam Macam Ada

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 690 hits
Program Cuti Sekolah 2019 Karnival RKH Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras akan mengadakan Karnival Cuti Sekolah dan kali ini akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2019 Karnival kali ini akan diadakan di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras...
Melaka Floral Festival 2019

Melaka Floral Festival 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1188 hits
Pameran Bunga dan Taman yang pertama di Melaka bermula pada 22 hingga 24 November 2019 8 00 Pagi hingga 6 00 Petang Taman Seribu Bunga Ayer Keroh MelakaPerasmian oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob Yang Di Pertua Negeri ...
Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin Mall Mutiara Rini 29 Nov 1 Dec 2019

Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin Mall Mutiara Rini 29 Nov 1 Dec 2019

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 689 hits
Jom korang ramai ramai serbu Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Dah cuti sekolah tu boleh bawa anak anak jalan jalan Info seperti di bawah ya Karnival Car Boot Sale Maniac Vol 1 Mydin
Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 747 hits
Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka Bagi orang orang Melaka yang tercari cari tempat untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadan ni nanti mungkin korang boleh pergi ke Villa Istana Melaka Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melak...
5549 Aktiviti Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 Ppim 30 11 2019

5549 Aktiviti Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 Ppim 30 11 2019

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 475 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit ATM Malaysia di Puteri Central Park Rawang Terdapat pelbagai booth j...
Karnival Cinta Rasul 2019

Karnival Cinta Rasul 2019

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraKarnival cinta RasuL 2019 Dataran pasar tani Kuala berang7 9 November 20198 11 2019Slot pagi ning ialah pertandingan mewarna untuk kanak kanak pra sekolah game untuk yang sekolah rendah Dan sekolah menengah Ak...
Berjaya Tamatkan Perlumbaan Sepang 1000km 2019

Berjaya Tamatkan Perlumbaan Sepang 1000km 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 495 hits
Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 Assalamualaikum dan salam sejahtera Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 baru sahaja selesai pada sabtu lepas Penatnya masih lagi terasa sehingga saat aku tulis artikel ini Terlalu banyak kenangan man...
Perombakan Direksi Dan Komisaris Pln Paling Lambat 29 November 2019

Perombakan Direksi Dan Komisaris Pln Paling Lambat 29 November 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 338 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir berencana akan merombak jajaran direksi dan komisaris PT Perusahaan Listrik Negara atau PLN Perombakan itu nantinya akan dilakukan setelah dirinya pulang kunjungan kerja dari Korea Selatan
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan