Jalan Jalan Di Ueno Park Ueno Taito City
🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KE LIMA - AHAD, 8 DISEMBER 2024 🌸
Sambungan entri terdahulu —> Halal Ramen Ueno, Ueno
Hari kelima merupakan hari terakhir kami berjalan-jalan di Tokyo, esoknya hari penerbangan pulang ke tanah air. Seperti hari sebelumnya, kami bersarapan secara ala kadar dengan bekalan yang ada
Sekitar pukul 9 pagi, saya keluar seorang diri menuju ke Ueno Park yang terletak di seberang jalan hotel penginapan kami. Encik Suami selesaikan sedikit urusannya sebelum menyusul saya kira-kira 15 minit kemudian
Info ringkas Ueno Park :Ueno Park (Ueno Kōen dalam bahasa Jepun) merupakan sebuah taman rekreasi di Taito City, Tokyo yang juga menempatkan beberapa buah muzium, kuil (temple/shrine) dan zoo.Akses stesen tren terdekat - Ueno Station.Antara tarikan utama di sini - Ueno Zoo, Tokyo National Museum, Tokyo Metropolitan Art Museum, Shinobazu Pond, Kaneiji Temple dan Toshogu Shrine.Bacaan lanjut berkenaan sejarah Ueno Park dan waktu operasi tarikan utama di sini, boleh baca di japan-guide.com.
Walaupun saya memulakan langkah sendirian di Ueno Park, saya tak rasa kekok atau bimbang berada di sini. Saya seronok berjalan dalam suhu dingin sambil memerhati keindahan taman yang dijaga rapi. Ketika ini, Tokyo berada di penghujung musim luruh - banyak pokok yang sudah gugur daunnya dan ada juga pokok yang masih dipenuhi dengan daun berwarna kemerahan juga kuning keemasan.
Tak banyak yang boleh saya catatkan kerana saya tak berkunjung ke mana-mana muzium, zoo atau kuil yang ada di Ueno Park. Saya sekadar berjalan-jalan santai menikmati suasana di sini sambil memotret apa-apa yang kelihatan menarik di mata saya

Keadaan di sini tenang saja walau kelihatan ramai pengunjung. Cuaca ketika ini cerah dengan langit membiru dan matahari memancar terang, tapi udaranya sejuk

Penutup manhole dengan motif pokok bunga sakura. Ueno Park merupakan antara tempat untuk kita menyaksikan keindahan bunga sakura ketika musim bunga (sekitar bulan Mac - April)

Entah pokok apa, kelihatan menarik dengan daun-daun kecil berwarna kemerahan

Di sepanjang laluan taman ini terdapat lampu-lampu kecil yang dihiasi dengan motif seni budaya Jepun

Cantik dan menarik kan? Ia bukan saja berfungsi sebagai lampu menerangi gelap malam, tetapi turut menjadi penghias taman dengan menonjolkan seni budaya Jepun

Saya tak pasti ini apa, tapi nampak macam tong sampah untuk kegunaan pekerja pembersihan. Apa yang pasti, saya tertarik dengan motif seni budaya Jepun pada badan tong ini. Mereka kreatif dalam mengubah benda biasa menjadi sesuatu yang menarik (contoh lain - penutup manhole)

Salah sebuah kuil (temple/shrine) yang ada di Ueno Park. Pengunjung perlu mendaki anak tangga untuk sampai ke bangunan kuil

Suhu rendah ketika ini 7℃. Udara sejuk dan kering

Pemandangan Ueno Park pada penghujung musim luruh. Saya membayangkan pokok-pokok tanpa daun ini dipenuhi bunga sakura apabila tiba musimnya. Tentu sangat memukau pandangan

Eh, ada pondok telefon! Bersih dan nampaknya boleh berfungsi

Di Ueno Park juga terdapat beberapa tugu peringatan

Salah satunya - Statue of The Imperial Prince Komatsunomiya Akihito.

Kawanan burung di dahan pokok yang menambah ceria suasana taman

Kami tiba di suatu kawasan dengan pokok berdaun kekuningan. MasyaAllah…cantik sungguh

Lokasinya berhampiran Ueno Zoo. Kelihatan ramai pengunjung sedang berbaris menunggu zoo dibuka. Kalau ikut itinerari, kami pun akan ikut berbaris sama tetapi kami ubah fikiran di saat akhir

Cantik sungguh daun gingko yang berjatuhan memenuhi lantai taman

Close-up daun gingko. Daunnya berbentuk seperti kipas

Langit membiru dengan dedaun pokok hijau dan kuning - lukisan alam yang mempesona

Dedaun pokok gingko bersinar keemasan di bawah pancaran matahari

Sebelum beredar, kami berfoto kenangan dengan menggunakan lensa kamera wide angle 0.6x

Pintu gerbang ke salah sebuah kuil yang ada di sini.

Depan pintu masuk Ueno Zoo. Ketika ini agak lengang sebab pengunjung yang beratur tadi dah masuk

Jalan ke depan lagi, nampak suatu kawasan yang meriah dengan orang ramai. Entah ada acara apa, kami tak pergi ke sana

Pokok maple dengan dedaun berwarna merah

Antara bunga-bunga yang menghiasi taman. Bunga tahi ayam (Lantana camara) pun ada

Entah pokok apa, lebat buahnya dan cantik warnanya merah terang. Daunnya juga menarik - warna hijau dan warna kemerahan

Peta panduan Ueno Park. Klik untuk paparan lebih jelas
Ueno Park bukan sekadar sebuah taman rekreasi yang luas, tetapi di sini terdapat banyak tempat tarikan pelancongan - zoo, muzium dan kuil (temple/shrine). Pendek kata, kita perlukan banyak masa kalau betul-betul nak menjelajah setiap sudut. Kami berjalan-jalan di sini selama 1 jam sahaja dan cuma sempat menjelajah sebahagian kecil kawasan taman ini. Itu pun dah cukup membuat saya rasa seronok dan teruja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/06/jalan-jalan-di-ueno-park-ueno-taito-city.html