Jalan Jalan Cuci Mata Di Yodabashi Akiba Gedung Beli Belah 9 Tingkat


CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu --> Masjid Nusantara, Akihabara.
What is Akihabara famous for?
Akihabara is a neighbourhood in Chiyoda City, Tokyo. The vibrant area around Akihabara Station is the Akihabara Electric Town - also known as Akiba.Akihabara is best known as the world’s leading electric town and the center of Otaku culture. It’s home to hundreds shops that are specialized in anime, game, manga and underground idols as well as large shopping complexes of electronics products. (Sumber : jw-webmagazine.com) 
Sebenarnya, kami pun tak tahu nak menuju ke kedai atau gedung beli-belah mana satu di Akihabara ni sebab ada banyak pilihan dan saya belum habis mengkaji info yang ada. Jadinya kami buat carian Google Maps - Akihabara Electric Town. Kalau ikut panduan berjalan kaki di Google Maps, jaraknya dari Masjid Nusantara cuma 600 meter

Jomlah kita berjalan kaki sambil memerhati suasana bandar - Chiyoda City

Aliran sebatang sungai yang bersih di tengah hutan batu. Sedap mata memandang

Kanda Hanaokacho Bicycle - tempat parkir basikal. Hasil terjemahan Google Lens - katanya percuma untuk dua jam pertama

Kalau ikut panduan Google Maps sepatutnya kurang 10 minit berjalan kaki dah boleh sampai ke kawasan Akihabara Electric Town. Tapi kami ambil masa kira-kira 25 minit - ada ketika kami berhenti kerana mencari arah dan ada ketika kami berhenti untuk memerhati sekitar

Bila pandang sekeliling, nampak bangunan yang paling menyerlah ni (lihat foto di bawah). Tertera namanya - Yodabashi Akiba. Dan, eh...rupa-rupaya dekat je dengan Akihabara Station iaitu stesen kami turun tadi untuk ke Nikoniko Mazemen dan Masjid Nusantara. Cuma keluar pintu stesen yang berbeza. 
Jomlah kita masuk ke Yodabashi Akiba..

Yodabashi Akiba merupakan sebuah gedung beli-belah 9 tingkat! Bila dah masuk dalam, barulah kami tahu selepas baca info tertera

Untuk panduan store floor boleh lihat di Yodabashi.com
Awalnya kami sangka hanya barangan elektrik di jual di sini. Tapi rupa-rupanya pelbagai jenis barangan selain barang elektrik turut dijual. Banyak barangan yang menarik perhatian. Saya yang biasanya tak mudah tertarik untuk membeli-belah, terus bertukar jadi teruja membelek itu ini 😂
Saya berkenan dengan payung dan shopping beg, cantik ada pelbagai corak dan warna

Sebelum ni ada terbaca di grup Facebook - Road To Japan, katanya Lululun face mask harganya jauh lebih rendah jika beli di Jepun. Jenis Hydra Ex-Mask ini dijual pada harga 880 yen (lebih kurang RM26) berbanding jika beli melalui Shopee Malaysia harga paling murah sekitar RM45

Sebenarnya saya tak kenal pun mask jenama ni, pakai mask pun sangatlah jarang 😄. Tapi bila orang kata mask ni bagus serta berkesan dan rugi tak beli kalau ke Jepun, saya jadi rasa nak membeli jugalah

Kalau berminat dengan produk penjagaan muka dan diri begini, kita boleh terus ke aras 3

Seronok membelek bahagian kamera sebab suatu masa dulu saya suka kamera. Sejak masuk zaman wujudnya smartphone, kamera bukan lagi keperluan bagi saya

Yang ini pun cantik dan sangat menarik

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di sini, beredar dari satu tingkat ke satu tingkat. Membelek barang dan harga yang ditawarkan. Boleh jadi leka tau membelek barang yang kita suka ni. 
Akhirnya kami beredar tanpa beli apa-apa. Kenapa? Sebab memang tujuan kami cuma nak melihat-lihat dan membeli pada hari lain. Encik Suami berhajat membeli barang elektronik yang agak tinggi harganya, jadi perlu fikir dan kaji lebih mendalam sebelum buat pembelian

Mata rasa mengantuk dan badan rasa letih. Maklumlah, kami baru saja tiba awal pagi tadi setelah berada dalam penerbangan selama lebih 6 jam. Kami masih belum dapat berehat dan belum mandi sebab waktu daftar masuk hotel adalah selepas pukul 3 petang. Syukurlah cuaca sejuk, badan rasa selesa je walaupun belum mandi 😄
Dari Yodabashi Akiba, kami kembali ke hotel penginapan untuk mendaftar masuk - seterusnya berehat dan membersihkan diri. Kami naik tren JR dari Akihabara Station ke Nippori Station

Pukul 3.30 petang di JR Nippori Station - South Gate. Tadi pergi ikut pintu lain (bangunan utama Nippori Station), bila keluar ikut pintu lain pula. Tapi tak keliru sebab pagi tadi masa susah payah cari arah ke hotel, dah jumpa pintu ni. Jadinya dengan yakin kami berjalan ke hotel tanpa gunakan Google Maps

InsyaAllah selepas ini entri berkenaan hotel penginapan kami pula










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/02/jalan-jalan-cuci-mata-di-yodabashi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat 7 Pusat Beli Belah

Pelancong Cedera Jatuh Dari Tingkat 7 Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 96 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myPELANCONG cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney di sini hari ini FOTO Tular Georgetown Pelancong asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingka...
Polis Buru Lelaki Tempatan Lepaskan Lapan Das Tembakan Dalam Pusat Beli Belah

Polis Buru Lelaki Tempatan Lepaskan Lapan Das Tembakan Dalam Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 97 hits
Foto situasi cemas dalam sebuah pusat beli belah yang tular di media sosial pada Sabtu SHAH ALAM 8 Feb Seorang lelaki warga tempatan melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli belah di sini pada Sabtu sebelum bertindak melarikan d...
Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 100 hits
Gempar di sebuah pusat beli belah di Setia Alam malam tadi selepas pengunjung tiba tiba terdengar bunyi tembakan sebelum diarahkan untuk keluar dari bangunan berkenaan Rakaman memaparkan suasana di dalam pusat beli belah berkenaan yang dira...
Ada Kejadian Tembakan Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Setia Alam

Ada Kejadian Tembakan Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Setia Alam

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 102 hits
Polis sahkan kejadian tembakan di Setia AlamBernamaSHAH ALAM Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya s...
Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 255 hits
APA TERMA TERMA YANG PERLU ADA DALAM PERJANJIAN SEWA Tak kira sama ada anda tuan tanah atau penyewa ini adalah terma terma dalam perjanjian sewa yang anda perlu ketahui 1 Maklumat premis sewaan Ini yang paling asaslah Tuan tanah dan penyewa...
Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 167 hits
Jadi salah satu artis yang terus menyerukan bantuan untuk Gaza Zaskia berharap project membangun masjid sementara tersebut segera terwujud
Beli Mini Wet Tissue 10 Pack Hanya Rm5 90

Beli Mini Wet Tissue 10 Pack Hanya Rm5 90

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Benda dah murah takkan tak beli kan macam biasa CCL teracun lagi dalam Shopee Live Kali nii terbeli tisu basah pulak yerrr Beli satu kotak terus Alang alang dah murah kan why not why not heheh satu box ad...
Beli Telefon Bimbit Berbelanja Sakan Guna Duit Palsu 2 Lelaki Dan 3 Wanita Ditahan

Beli Telefon Bimbit Berbelanja Sakan Guna Duit Palsu 2 Lelaki Dan 3 Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 101 hits
5 diberkas beli telefon bimbit pakaian guna duit palsuFADZIL ZAINOLIPOH Polis menahan dua lelaki dan tiga wanita tempatan disyaki mencetak dan menggunakan wang palsu di beberapa kawasan di Perak Mereka berlima dikatakan menggunakan wang pal...
Kenapa Bersungguh Beli Jet Pejuang Terpakai Kuwait Penganalisis

Kenapa Bersungguh Beli Jet Pejuang Terpakai Kuwait Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 165 hits
suara tvBy06 02 2025KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan membeli jet pejuang terpakai dari Kuwait mencetuskan pertikaian Penganalisis Mazri Muhammad mengemukakan beberapa persoalan yang perlu diberi pencerahan oleh kerajaan berkait keputusan berk...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta