Jalan Jalan Cari Makan Di Utara


Assalamualaikum WBT 
HARI ni Sk dan Pak Inche masih bercuti. Tapi, hari ni cuma lepak-lepak di rumah saja, berehat sebelum masuk kerja esok. Pagi ni, Sk sediakan sarapan telur separuh masak dan roti yang Cik Ani belikan semalam, Sk buat Roti Bakar Kaya stail kopitiam. Sebenarnya selalu jer beli roti ni kalau nak makan hotdog. Sebungkus tu ada 10 ketul, buat hotdog 4 ketul. Baki 6 ketul memang Sk buat macam ni la, baru boleh habis makan 😆.


Sambil menyelam minum air. Bila dapat jemputan walimatul urus dari Abang Ahmad Husny, Pak Inche membuat tempahan hotel di Kulim. Perancangannya macam selalu la, transit di mana-mana hotel di mana-mana daerah di Perak sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah keesokannya. Sk mengajak Pak Inche singgah ke Rumah Makan Nasi Talam di Taiping yang diceritakan oleh Blogger Nur, rupanya restoran tersebut tutup hari Jumaat. Alang-alang, Sk mengajak Pak Inche terus ke Kulim la. Pak Inche buat panggilan ke hotel yang ditempah sebelum ini untuk daftar masuk sehari awal (malam tu) tapi dah penuh pulak


Dalam kebuntuan tu, Pak Inche teringat The Jerai Hotel Sungai Petani yang kami pernah inap sebelum ini. Sk yang sedang memandu memang tak boleh bayangkan pengalaman sebelum ni cuma menurut sahaja la. Pak Inche membatalkan tempahan hotel di Kulim dan membuat keputusan untuk menginap dua malam di Sungai Petani. Aaa.. senanglah macam tu tak penat nak berpindah-randah 🤣. Lagipun dari Sungai Petani ke Kulim (rumah pengantin) cuma sejam sahaja. Sebelum daftar masuk, kami singgah makan Nasi Lemak Berlauk di bandar Sungai Petani. Tak pasti apa nama kedai yang menjalankan perniagaan di kaki lima ni, dekat dengan Perhentian Teksi dan Kopi Saigon


Selepas masuk ke bilik, Pak Inche terus sahaja masuk ke bilik air dan mandi. Dah seharian kan, memang berlengas satu badan, lepas mandi tengok-tengok tiada tuala diletakkan di atas rak tuala dalam bilik air 🤣. Tengok atas katil tak ada, dalam almari tak ada 🤭. Apalagi, mengamuklah Pak Inche. Lama jugak la menunggu tuala dihantar ke bilik itupun pengawal keselamatan yang datang hantar 🤣. Haishhh.. teruk betul, tak mo lagi arrr duduk kat sini 🤭


Tapi, kannn.. walaupun begitu.. buffet sarapan di sini antara yang terbaik la bagi Sk yang kuat makan ni, hahaha. Boleh dikatakan lengkap semuanya dengan sajian western dan lokal. Pinggan pertama Sk ambil American Breakfast dan Spaghetti Aglio Olio. Pak Inche dan nasi lemak memang sukar dipisahkan la.. dahlah baru jer malam tu makan nasi lemak 😆


Disebabkan kami akan menginap dua hari di sini, Sk bercadang akan mengambil nasi lemak pada hari kedua. Sk mengambil semangkuk bubur dan sedikit kuey teow goreng, lupa nak ambil gambar tapi tak tipu memang ambil sikit jer tau 🤭. Memang dah banyak sangat makan ni, kenalah bakar kalori. Lepas sarapan kami terus ke Tanjung Dawai kerana Pak Inche nak  membeli belacan dan sotong kering kegemaran dia


Jam belum lagi menunjukkan angka 11 tapi banyak lauk-pauk telah siap dalam tray di Restoran Rosimah Ikan Bakar yang terletak berhampiran tangga naik ke atas bangunan Arked Tanjung Dawai. Geram betul tengok Mentarang Masak Lemak Cili Api ni, besar gedabak


Sotong Boncit pun ado! Rasa nak bungkuih ja makan kat hotel, hahahah. Tengok harga, tak jadi bungkuih... kirim salam aje laaa 😌


Jengah pulak tengok pelbagai jenis air asam, budu, sambal tempoyak dan sambal belacan serta kicap pencicah ikan bakar. Haishhhh!!! Nak makan memang kenyang sangat lagi


Kami terus naik ke atas. Masih lengang lagi, cuma dua tiga pelanggan sahaja yang ada termasuk kami. Kalau tak memang berhimpit dan berlaga punggung laaa. Lepas layan Pak Inche membeli-belah kami berjalan sampai hujung saja tengok-tengok apa yang menarik sebelum turun ke bawah semula


Sampai bawah, Pak Inche kata, tak boleh tahan tengok ulam pucuk jangguih (gajus) dan ikan temenung bakaq. Makanlah, makanlah.. nanti kempunan pulak kalau teringat-ingat


Sk mampu tengok aje la.. memang perut dah sendat tak mampu nak dimuat-muat. Sk cuma makan sedikit kerabu mangga dan sehiris babat air asam


Syahdu ya makan sambil tengok laut. Pak Inche kata belum pernah lagi dia makan tengahari pukul 11 pagi 😆


Ni kalau mak mentua lalu pun tak sedar


Pak Inche sorang makan jer dah RM17.70


Masa keluar dari restoran, orang ramai dah mula memenuhi ruang mengambil lauk


Belangkas ni belum dibakar, kalau dah siap, nak jugak tapau seekor makan di hotel 🤭


Dah sampai hotel, baru sedar charger jam tertinggal. Petang tu kami ke kedai-kedai jam di Amanjaya Mall cari charger tapi tak jual ya, kena cari kiosk Garmin juga. Adik kedai jam beritahu, kena pergi kiosk Garmin di Aman Cetral Alor Setar. Dah nak kena pi Loqstaq pulak dahhh. Mujur la terlintas nak google branch Garmin di Malaysia, ada sebuah di Sunway Carnival Seberang Jaya, Pulau Pinang, kira-kira 30 minit dari Sungai Petani berbanding 54 minit ke Alor Setar


Pak Inche ajak kopi-kopi di Xixiang Kaya Kopitiam ni sebab tak ada kat Johor katanya 😌


Tahu, tak.. Sk masa ni dah 12 hari tak ambil minuman bergula. Minum kopi pun kopi kosong tanpa gula. Punah! Ni ambil set terpaksalah minum padahal boleh jer nak pesan ala carte takpun suruh jer Pak Inche minum kopi tu Sk ambil ais kosong 😌


Dari Seberang Jaya, kami ke Butterworth pula, nak makan Mee Sotong di Restoran Nor Mee Sotong yang pernah Sk blog sebelum ini DI SINI.

Pak Inche pesan semangkuk cendol kacang merah. Sk jamah sesudu, rasa pelik, rasa ubat gitu mungkin dari bahan pewarna. Tu takpa, cendol tu keras dari peti ais


Pesan Mee Sotong sorang sepinggan tapi..


Dah kenapa Mee Sotong pun rasa ubat. Tak sedap macam dulu-dulu, sudahnya makan tak habis. Tak mahu lagilah makan dekat sini, black list


Hari kedua di The Jerai Hotel Sungai Petani, pagi tu Sk sarapan nasi lemak. Memang sedaplah masakan di cafe ni, cuma kekurangannya di bilik penginapan la. Kalau nak lakukan pengubahsuaian tentu kosnya tinggi dan harga penginapan juga terpaksa dinaikkan berbanding bilik yang kami inap ni cuma RM178 termasuk sarapan untuk dua orang


Kalau semalam Bubur Nasi, keesokannya ada Kuey Teow Sup. Supnya sedap berempah, sambal kicapnya sebiji macam sambal kicap di Restoran Empire Wak Lan Batu 10. Ishhh, pakkal jer tengahari nak pergi makan kenduri kalau tak haruslah Sk mengulang lagi semangkuk 🤣

Burppp.. Alhamdulillah 😋

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/jalan-jalan-cari-makan-di-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Lagi Seperti Gigolo Janda Baik Pelajar Wanita Ipta Turut Di Dakwa Cari Makan Di Platform X

Ramai Lagi Seperti Gigolo Janda Baik Pelajar Wanita Ipta Turut Di Dakwa Cari Makan Di Platform X

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 141 hits
TINDAKAN polis membongkar kes jenayah seksual yang melibatkan seorang gigolo tempatan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks pada Khamis ternya...
10 Alasan Kita Elok Makan Lobak Merah

10 Alasan Kita Elok Makan Lobak Merah

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 164 hits
Lobak merah atau dalam bahasa omputihnya carrot adalah sayur sayuran yang kaya dengan nutrien dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan Walaupun sering digunakan dalam hidangan masakan kebanyakan orang mungkin tidak menyedari kandungan nutr...
Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga Tak Sampai Sebulan Inci Berkurang

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 302 hits
Buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi mama yang ingin memiliki berat badan yang ideal Untuk mendapatkan hasil yang cepat amalkan buah naga sebelum makan Buah naga merupakan antara buah buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit...
Hujan Hujan Ni Makan Apa Yang Sedap

Hujan Hujan Ni Makan Apa Yang Sedap

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 286 hits
HUJAN HUJAN NI MAKAN APA YANG SEDAP Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi SALAM JUMAAT INDAH untuk semua Jumaat pertama di tahun 2024 Alhamdulillah Syukur Masih di sini Cukup seadanya Terima kas...
Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Bandar Baru Selayang 5 Jan 2024

Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Bandar Baru Selayang 5 Jan 2024

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 187 hits
Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Gerai Sri Dahlia Food Court dekat Bandar Baru Selayang AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di h...
Jokowi Dan Prabowo Makan Malam Bareng Di Menteng Bahas Debat Pilpres

Jokowi Dan Prabowo Makan Malam Bareng Di Menteng Bahas Debat Pilpres

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 178 hits
Ari menyebut makan malam Jokowi dan Prabowo berlangsung satu jam Mulai pukul 19 00 sampai 20 05 WIB
Makan Ikan Haruan Luka Cepat Sembuh Mitos Atau Fakta

Makan Ikan Haruan Luka Cepat Sembuh Mitos Atau Fakta

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 219 hits
Setiap kali menjalani apa apa pembedahan atau pun wanita selepas bersalin kita disarankan untuk makan ikan haruan pati ikan haruan dan minum pati gamat Semuanya untuk memastikan luka cepat sembuh Sejauh manakah kebenaran ini harus dipercaya...
Bila Teringin Nak Makan Prosperity Mcd

Bila Teringin Nak Makan Prosperity Mcd

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 162 hits
Bila teringin nak makan prosperity MCD Masa sebelum timbul boikot boilot ni boleh dikatakan setiap kali musim prosperity keluar nieyl salah seorang yang tak akan lepaskan peluang untuk beli tapi sekarang ni dah tak payah nak beli dah tau ki...
Menu Wajib Makan Kedai Tomyam

Menu Wajib Makan Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 155 hits
nbsp Haaaa Hat ni bukan nak review kedai tomyam pulak naa Saja nak sembang sembang hari Rabu ala ala wordless Wednesday gitu Kak ana sebenarnya ada lah azam tahun baru ni konon satu hari nak terbit satu entri In Syaa Allah Konon laaa kan be...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran