Makan Ikan Haruan Luka Cepat Sembuh Mitos Atau Fakta


Setiap kali menjalani apa-apa pembedahan atau pun wanita selepas bersalin, kita disarankan untuk makan ikan haruan, pati ikan haruan dan minum pati gamat. Semuanya untuk memastikan luka cepat sembuh. Sejauh manakah kebenaran ini harus dipercayai?
‘Kepercayaan’ ini terus-menerus ‘diperturunkan’ daripada satu generasi ke generasi yang lain. Akhirnya ia terus menjadi satu ‘kepercayaan’ yang terus melekat dalam minda masyarakat kita.
Kredit foto: Freepik Diet Untuk Penyembuhan Luka
Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka. Penjagaan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan luka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
Adalah penting untuk mendapatkan fakta yang betul dan terbukti secara saintifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat tanpa komplikasi teruk.
Berikut adalah beberapa mitos yang dipercayai turun-temurun dan fakta yang perlu diketahui:
Ikan haruan dan ikan linang/belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh
Kredit foto: Freepik • Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain. Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka.
• Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh.
• Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.
• Jumlah protein yang mencukupi bukan jenis protein yang menentukan penyembuhan luka.
• Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.
Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh
Kredit foto: Freepik • Telur adalah salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh.
• Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.
Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan
Kredit foto: Freepik • Daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh. Jantina ayam tidak mempengaruhi kualiti protein.
Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh
• Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini.
• Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka
Kredit foto: Freepik • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka.
• Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya dengan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.
• Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.
• Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dapatkan maklumat yang sahih sebelum mempercayai sesuatu perkara. Dengan cara ini, barulah anda mendapat info dan panduan yang tepat.
Sumber kredit: FKN Pharmacy Kuala Nerang/www.myhealth.gov.my
Top image: Alimi  Kayla
 
The post Makan Ikan Haruan Luka Cepat Sembuh, Mitos Atau Fakta? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-ikan-haruan-luka-cepat-sembuh-mitos-atau-fakta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bengkak Cepat Kering Langkah Ni Buat Luka Bersalin Cepat Sembuh

Tak Bengkak Cepat Kering Langkah Ni Buat Luka Bersalin Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 220 hits
Luka koyakan atau luka episiotomi serta jahitan ketika proses bersalin memerlukan tempoh waktu untuk sembuh seperti sediakala Disebabkan itulah penjagaan ketika berpantang amatlah penting Ia memerlukan penjagaan yang rapi agar luka tersebut...
Nak Cepat Luka Sembuh Waktu Bersalin Buah Oren Wajib Ada Waktu Pantang

Nak Cepat Luka Sembuh Waktu Bersalin Buah Oren Wajib Ada Waktu Pantang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 240 hits
Sebaik sahaja selesai melahirkan anak menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu d...
Potong Kuku Waktu Malam Boleh Pendek Umur Mitos Atau Fakta

Potong Kuku Waktu Malam Boleh Pendek Umur Mitos Atau Fakta

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 319 hits
Potong kuku pada waktu malam dipercayai oleh sesetengah masyarakat terutamanya dalam kebudayaan Asia sebagai tindakan yang boleh membawa kesialan atau pendek umur Akan tetapi ini hanyalah mitos dan tidak ada bukti saintifik yang menyokong d...
Makan Ikan Bakar Di Orak Ampangan Seremban

Makan Ikan Bakar Di Orak Ampangan Seremban

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 317 hits
Hujung minggu biasanya cuti memasak sebab berjalan ke sana sini Bila dah jalan tu dapatlah kita Jalan Jalan Cari Makan sekali Dah alang alang kan Balik dari membeli barang dapur singgah makan di Orak Ampangan Seremban Tekak teringin makan i...
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 201 hits
Ibu bapa galakkan anak makan ikan Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein asid amino omega 3 methionine tyrosine lysine t...
Syafakallah Dan 10 Ucapan Untuk Orang Sakit Semoga Cepat Sembuh

Syafakallah Dan 10 Ucapan Untuk Orang Sakit Semoga Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 331 hits
1 Syafakallah syifaan ajilan syifaan la yughadiru ba dahu saqaman Artinya Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya 2 Syafakillah syifaan ajilan syifaan la yughadiru ba dahu saqaman Artinya Semoga ...
Makan Pisang Sebabkan Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Baca Fakta Doktor Ini

Makan Pisang Sebabkan Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Baca Fakta Doktor Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 300 hits
Ada yang kata makan pisang boleh sebabkan usus kanak kanak tersumbat dan tak dapat kencing Pernah ada isu yang viral kanak kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tidak boleh membuang air kecil Makan Pisang Sebabkan Usus Kanak Kanak Te...
Mitos Dan Fakta Seputar Bo Togel Yang Perlu Anda Ketahui

Mitos Dan Fakta Seputar Bo Togel Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 314 hits
Mitos dan Fakta Seputar Bo Togel yang Perlu Anda Ketahui Apakah Anda seorang pecinta togel Jika iya Anda pasti tidak asing dengan istilah bo togel Namun tahukah Anda bahwa ada banyak mitos dan fakta seputar bo togel yang perlu Anda ketahui ...
Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 232 hits
Banyak perkara yang perlu diberikan selepas melahirkan anak melalui kaedah pembedahan cesarean Ibu harus pandai menjaga diri sendiri dan mengikut kemampuan dirinya sendiri Jangan paksa tubuh untuk bekerja lebih dari kemampuan Nak cepat semb...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl