Jala Jelita Untuk Rafidah
Assalamualaikum wbt
BEKERJA bersama kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Orang kata, jika kita baik, ramai sayang. Jika kawan-kawan baik, kita akan saling sayang menyanyangi sebagai seorang kawan.
Sempena ulangtahun kelahiran kawan makan Patin Tempoyak, Rafidah, hari ini, Sk tempah Jala Jelita dari Cik Ani. Masa hari jadi Sk hari tu, Fidah buat kejutan, hantar minyak wangi ke rumah. Kali ni, Sk tak buat kejutan sangatlah, kita makan Jala Jelita dengan kari ayam sama-sama dengan kawan pejabat. Sebab Kak Imah alah dengan pewarna makanan, Sk minta Cik Ani buat jala yang tak letak pewarna juga. Yang tu, Cik Ani sorok selang seli di lapisan bawah.
Kagum kawan-kawan tengok kejelitaan Jala Jelita Mak Jeika. Sk mintak tema biru walaupun tahu Fidah peminat warna ungu. Ni gara-gara hari tu tengok seorang Tik Tokers post Jala Jelita tema biru dengan love-love, haha. Tambah lagi, beberapa hari sebelum tu nampak Cik Ani ada buat Jala Jelita tema biru juga. Macam tau-tau aje, ada pulak bunga ros warna ungu Cik Ani letak dua kuntum. Jala Jelitanya sedap, bertambah-tambah kawan makan.
Johorean terutama warga JB, jika nak tempah Jala Jelita dengan adik Sk, bolehlah DM beliau di
IG : Cik Embun
Minggu ni kan minggu peperiksaan, jadi agak kelam kabut la. Buat parti kecil di pejabat Sk dan Naza memandangkan bilik mesyuarat digunakan untuk lawatan. Nak buat di pantry, tak muat sebab masih ada barang sumbangan seperti beras dan barang-barang lain. Mintak Ain tolong setting meja
Selain Jala Jelita, ada Nasi Lemak Daun Pisang, Bihun Goreng dan Kek Oren
Chocolate Indulgence. Ina ditugaskan membeli kek. Eh, sempat pulak tu keknya berdeko-deko walaupun dibeli saat akhir
Rafidah ni muda banyak dari Sk tapi agak matang orangnya. Mudah mesra dan boleh masuk dengan semua peringkat usia.
Selamat hari lahir, Fida.. semoga diberi keafiaatan, berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn
Dari kiri, Ain, Ina, Kak Imah, Fida, Naza, Aida dan Tuan Tanah Kedaung
Alhamdulillah 😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/jala-jelita-untuk-rafidah.html