Air Ketuban Sikit Serviks Terbuka Rafidah Ibrahim Harap Keajaiban Selamatkan Bayi


Dugaan buat selebriti, Rafidah Ibrahim yang diuji dengan kehamilannya yang mengalami pendarahan serta tidak stabil. Namun akuinya dia reda dengan setiap ketentuan Allah SWT untuk kehamilan kali keduanya ini.
Rafidah sebelum ini mengumumkan hamil 3 bulan biar pun mengalami pendarahan dan kandungannya yang kurang stabil.

Terbaru menerusi Instagramnya, Rafidah berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang masih lagi mempunyai denyutan nadi.
Pun begitu katanya, semuanya bergantung kepada kuantiti air ketubannya yang diharapkan bertambah serta bukaan serviks di kala usia kandungannya masih baru.

“Hari ni pergi check lagi. Nadi baby masih ada denyutan, buah pinggang baby pun ok. Cuma bila check serviks terbuka sikit & air ketuban sikit sangat kat mana air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.
“Jika tak, ruang di dalam akan jadi sempit dan tak bagus untuk perkembangan bayi.
“Hari ni saya ditahan di wad untuk pihak hospital pantau dalam tempoh beberapa hari ni,” luahnya berkongsi.

Pun begitu, berat bagi Rafidah dan suaminya bila mana terpaksa membuat keputusan melihatkan perkembangan bayi di dalam kandungannya.
Jika air ketuban tidak bertambah, dikhabarkan bayi di dalam kandungan terpaksa dilepaskan dan inilah saranan doktor.

“Sekiranya ada perubahan di mana selaput di serviks tertutup semula & air ketuban bertambah balik, InsyaAllah kandungan ini boleh diteruskan.
“Tapi jika sebaliknya, saya dan suami perlu membuat satu keputusan yang sangat berat iaitu terpaksa merelakan pemergian bayi ini.

“Sebak dan tak terucap waktu sampaikan berita ni pada suami yang sedang menunggu di luar. Walau apa sekali pun, saya dan suami sentiasa mengharapkan keajaiban Allah dan dalam masa yang sama kami perlu bersedia dan redha pada segala kemungkinan.
“Allah Maha Besar. Dia jauh lebih mengetahui yang terbaik dalam kehidupan kami,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib ini turut mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dapat bertahan dengan baik serta dipermudahkan Allah.
“Esok pagi sekali lagi saya akan diperiksa oleh doktor pakar.
“Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua.
*Walaupun pelbagai ujian yg perlu ditempuhi, yakin bahawa Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. Belum dikatakan beriman selagi seseorang itu belum diuji. Alhamdulillah a’la kulli hal. #bersangkabaik #sabarituindah,” tulisnya lagi.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

Terdahulu, Rafidah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada Mei 2021. Rafidah sebelum ini pernah keguguran sebelum sekali kali mengumumkan kehamilan keduanya.
Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Air Ketuban Sikit, Serviks Terbuka” Rafidah Ibrahim Harap Keajaiban Selamatkan Bayi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/air-ketuban-sikit-serviks-terbuka-rafidah-ibrahim-harap-keajaiban-selamatkan-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Goyang Dulu Sebelum Air Ketuban Pecah Sakan Menari Depan Pesakit Sekumpulan Pengamal Perubatan Dikecam

Hiburan Goyang Dulu Sebelum Air Ketuban Pecah Sakan Menari Depan Pesakit Sekumpulan Pengamal Perubatan Dikecam

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 225 hits
Baru baru ini tular sebuah video di platform nbsp TikTok memaparkan sekumpulan pengamal perubatan sedang gembira menari di hadapan seorang wanita hamil yang sedang bertarung nyawa Melalui video berkenaan pengamal pengamal perubatan itu semu...
Keajaiban Memang Ada Tapi Jangan Bergantung Harap Padanya

Keajaiban Memang Ada Tapi Jangan Bergantung Harap Padanya

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 205 hits
Nak percaya pada keajaiban memang tak ada masalah Tapi jangan sampai bergantung kepadanya Begitulah lebih kurang maksudnya satu peribahasa Yahudi yang saya baca tak lama lama dulu dalam sebuah buku Tak ingat buku mana satu Bunyi dalam Bahas...
Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com June 19 2022 5 44 PMZuraida Kamaruddin akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukannya dalam Jemaah Menteri minggu iniPETALING JAYA Zuraida Kamaruddin berharap dapat mengeka...
Ada Rezeki Lebih Pemuda Sedekah Haiwan Jalanan Harap Orang Buang Mindset Anjing Binatang Ganas

Ada Rezeki Lebih Pemuda Sedekah Haiwan Jalanan Harap Orang Buang Mindset Anjing Binatang Ganas

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 167 hits
Walaupun diharamkan dalam Islam untuk memegang anjing dan babi itu bukanlah sebab untuk kita sebagai muslim untuk membenci binatang tersebut Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila dia bertindak membelikan makanan yang sedap untuk...
Hiburan Syamsul Yusof Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Orang Ke 3 Yusof Haslam Harap Ia Hanya Khabar Angin

Hiburan Syamsul Yusof Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Orang Ke 3 Yusof Haslam Harap Ia Hanya Khabar Angin

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 169 hits
Khabar angin mengenai pengarah terkenal Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi satu dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang sudah dikenali sejak empat tahun lalu menjadi topik hangat dan mendapat perhatian ramai Bagaimanapun desas desus ...
Spekulasi Syamsul Dan Ira Kazar Bakal Kahwin Dalam Waktu Terdekat Yusof Haslam Harap Ia Tidak Terjadi

Spekulasi Syamsul Dan Ira Kazar Bakal Kahwin Dalam Waktu Terdekat Yusof Haslam Harap Ia Tidak Terjadi

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 456 hits
Desas desus mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian
Harap Umno Jangan Ambil Kaki Fitnah Ini Sebagai Calon

Harap Umno Jangan Ambil Kaki Fitnah Ini Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 144 hits
Tiada lagi alasan PRU15 tidak diadakan selepas MoU tamat kata Asyraf June 4 2022 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno secara konsisten berpendirian bahawa segala polemik politik perlu dihentikan dengan menyerahkan kembali mand...
Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 188 hits
Pejuang kanser Haris Ibrahim hadir beri semangat di perarakan peguam June 17 2022 Peguam yang hadir pada perarakan di Padang Merbok mengambil gambar bersama Haris Ibrahim KUALA LUMPUR Kemunculan mengejutkan aktivis veteran Haris Ibrahim yan...
Kalau Ada Anak Dah Darjah 3 9 Tahun Kahwin Izzue Harap Ada Rezekinya Isteri

Kalau Ada Anak Dah Darjah 3 9 Tahun Kahwin Izzue Harap Ada Rezekinya Isteri

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 178 hits
Sembilan tahun menyulam cinta dan melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta penyanyi dan pelakon Izzue Islam tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuriat sebagai penyeri Di Instagram Izzue memuat naik foto bersama isteri...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi