Jakim Pacu Pelancongan Patuh Syariah


Gambar fail (hiasan) - FOTO BERNAMA


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Islam (ITC) bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, (MOTAC), bagi memulihkan industri pelancongan negara melalui program serta aktiviti pelancongan patuh syariah.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata inisiatif itu adalah tindakan tepat dalam usaha memulihkan semula industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Katanya, industri pelancongan negara merupakan antara pemangkin utama penjanaan ekonomi serta pendapatan kepada kerajaan dan masyarakat.

Beliau berkata, Malaysia memang terkenal dengan industri pelancongan Islam, malah masjid di negara ini seperti Masjid Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Negara dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, menjadi antara tarikan kepada pelancong bukan Islam dari luar negara.

"Ia bukan saja membuka peluang ekonomi, malah ruang dan peluang untuk memperkenalkan Islam yang bersifat sederhana serta tidak ekstrem," katanya.

Malaysia memang terkenal dengan industri pelancongan Islam, malah masjid di negara ini menjadi antara tarikan kepada pelancong bukan Islam dari luar negara. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JAKIM dengan ITC bagi melaksanakan kerjasama pembangunan modul Diploma Pelancongan Islam dan aktiviti pelancongan patuh syariah, yang berlangsung secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat, dan Ketua Pengarah ITC, Datuk Dr Mohmed Razip Hasan.

Program pelancongan itu dibangunkan JAKIM menerusi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) secara kerjasama dengan MOTAC.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya gembira kerana pelbagai pihak sentiasa berusaha memartabatkan syariat dan syiar Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.

Beliau berkata, pihaknya mahu mendidik masyarakat untuk menghayati dan memahami bahawa Islam adalah bersifat syumul.

Malah, katanya, setiap tindak-tanduk serta pekerjaan yang membawa kepada mentaati perintah Allah SWT, termasuk dari segi pelancongan, juga adalah ibadah.

Sementara itu, Noor Zari berkata, pemeteraian MoU berkenaan merupakan antara usaha murni bagi membangunkan modal insan dan memperkasakan program serta kurikulum berkaitan pelancongan Islam, pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu disokong dan dimanfaatkan.

Katanya, inisiatif IPDAS itu berpotensi besar untuk membangun dan melahirkan modal insan berkebolehan serta berpengetahuan dalam bidang pelancongan Islam dan mesra Muslim.

Beliau berkata, sektor pelancongan pula boleh mengguna pakai pengetahuan dan kepakaran IPDAS dalam usaha membangunkan industri, sekali gus membantu memajukan ekonomi negara.

"Segmen pelancongan Islam mempunyai potensi sangat besar, dan Malaysia diiktiraf sebagai Destinasi Percutian Mesra Muslim terbaik melalui Master Card-Crescentrating Global Muslim Travel Index (GMTI) ketika pelancaran Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2021 pada 14 Julai lalu," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/jakim-pacu-pelancongan-patuh-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prestasi Dana Unit Trust Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Trust Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya Sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Kompaun Serta Merta Rm10 000 Jika Peniaga Tak Patuh Sop Kata Kpdnhep

Kompaun Serta Merta Rm10 000 Jika Peniaga Tak Patuh Sop Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 235 hits
KPDNHEP tidak akan berkompromi dan komited bersama kerajaan memerangi Covid 19 menerusi peningkatan pemantauan serta pemeriksaan pematuhan SOP PETALING JAYA Kompaun RM10 000 serta merta atau patuh prosedur operasi standard Itu dua pilihan y...
Lebih 60 Kes Sabah Hasil Saringan Kontak Rapat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Masidi

Lebih 60 Kes Sabah Hasil Saringan Kontak Rapat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Masidi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 281 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 62 3 peratus atau 1 605 daripada 2 578 kes baharu COVID 19 di Sabah hari ini dikesan hasil saringan kontak rapat kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pe...
Awani Ringkas Pkpd Di Tujuh Lagi Lokaliti Terus Patuh Sop Usahawira

Awani Ringkas Pkpd Di Tujuh Lagi Lokaliti Terus Patuh Sop Usahawira

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 247 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Patuh Sop Elak Kelonggaran Beroperasi Ditarik Balik

Patuh Sop Elak Kelonggaran Beroperasi Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 244 hits
Pemeriksaan pematuhan akan dilakukan dari semasa ke semasa KUALA LUMPUR 7 Muharram 1443H Isnin Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran bero...
Polisi Syariah Tangkap Terduga Psk Jaringan Prostitusi Online Di Banda Aceh

Polisi Syariah Tangkap Terduga Psk Jaringan Prostitusi Online Di Banda Aceh

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 187 hits
Kepala Satpol PP dan WH Banda Aceh Ardiansyah mengatakan perempuan itu diduga terlibat jaringan prostitusi online di Banda Aceh Dia disebut menjual jasanya kepada laki laki A melalui media sosial
Mastura Enggan Patuh Tuntutan Umno Kuala Kangsar

Mastura Enggan Patuh Tuntutan Umno Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 171 hits
Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar Mastura enggan ikut tuntutan Umno Bahagian Kuala Kangsar letak jawatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid bagaikan mencurah minyak ke dalam api selepas mengambil pendirian bertent...
Semua Ahli Politik Wajar Patuh Titah Sultan Ibrahim

Semua Ahli Politik Wajar Patuh Titah Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bertitah dan Merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke 14 di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar semalam Foto BERNAMA KUALA LUMPUR ...
Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 361 hits
Impak positif pembukaan semula pelancongan negeri Fasa 2 dan ke atas akan mula terasa Ini kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa negeri negeri yang berada di Fasa 2 ke atas akan diberikan kelonggaran dalam aktiviti sosial di bawah Pelan P...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Pm Malay Dignity Strength Built On Foundation Of Islamic Values

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Why Salads Are Good For You

Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues