Jagung Dimakan Ulat Petani Di Bachok Rugi Lebih Rm200 000


Oleh TOREK SULONG BUAH jagung yang rosak akibat diserang ulat FAW. BACHOK: Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mengesan ancaman sejenis ulat yang dikenali sebagai ‘Fall Armyworm’ (FAW) mula memusnahkan beratus hektar tanaman jagung di Kampung Sungai, di sini, sejak seminggu lepas.
Pengarahnya, Norbahani Zakaria berkata, ulat dari kitaran hidup kupu-kupu itu dikatakan mampu terbang sehingga 100 kilometer dalam tempoh satu jam berasal dari negara Afrika yang dipercayai masuk ke negara ini melalui Thailand.
Menurutnya, hasil kajian mendapati ulat FAW gemar menyerang buah jagung yang hampir dituai menyebabkan petani menanggung kerugian beratus ribu ringgit.
“Sebelum ini ancaman yang sama turut berlaku di Tanah Merah, Jeli, Tumpat dan Pasir Mas sehingga beberapa langkah meracun dan kaedah pencegahan secara biologi dilaksanakan bagi menghapus baka serangga perosak itu.
“Lazimnya, kupu-kupu ini menjadikan ladang rumput Napier untuk ternakan lembu sebagai kawasan yang paling diminati dan jagung manis adalah perumah kepada telur, ulat dan larvanya.
“Kupu-kupu ini boleh membiak dalam skala yang besar sehingga 1,000 biji telur dalam satu jangka hayat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau ladang Peladang Jaya, Mohamed Noor Awang Hamat, 72, di sini, petang ini.
Norbahani berkata, data mengenai jumlah sebenar kawasan tanaman yang rosak sedang dijalankan untuk tindakan lanjut bagi menghapus pembiakan serangga berkenaan.
Katanya, petani yang menghadapi ancaman itu diminta membersihkan ladang, membakar pokok dan buah jagung yang rosak serta tidak mengusahakan tanaman itu untuk tempoh dua musim.
Sementara itu, Mohamed Noor berkata, serangan ulat itu adalah pertama kali berlaku sepanjang tempoh 30 tahun mengusahakan tanaman jagung komersil yang dipasarkan ke seluruh negara.
Menurutnya, hanya 30 peratus buah jangung di kawasan seluas lebih empat hektar kawasan yang tinggal diusahakan dengan kerugian mencecah RM200, 000.
“Ini tidak termasuk tanggungan kos pekerja dan pengurusan ladang. Saya akan mendapatkan khidmat nasihat Jabatan Pertanian agar musibah yang sama tidak berulang pada musim penanaman akan datang, katanya.
Seorang lagi petani, Mohd. Zaid Hanafi, 68, berkata, jagung yang ditanam di kawasan seluas 4.8 hektar untuk dipasarkan di Singapura dan Hong Kong tidak kesampaian apabila hasil tuaian itu terlebih awal dimakan ulat FAW.
Menurutnya, kerugian kos benih, baja, upah membajak dan racun terpaksa ditanggung selian mengurus tanaman selama 65 hari tanpa pulangan keuntungan.
Sementara itu, Pengurus Syarikat Elite Team Management, Datuk Mohd. Adnan Mohd. Zin berkata, syarikatnya terpaksa membatalkan pembelian kerana kualiti hasil tuaian gagal dipasarkan di luar negara.
Menurutnya, sebatang jagung Gred A boleh dijual sehingga RM1.80 manakala Gred B dijual dengan harga RM1 bagi urusniaga borong.
“Setiap petani yang mengusahakan ladang yang luas akan mengeluarkan modal pengurusan sehingga RM60,000 dan sepatutnya mendapat hasil tuaian bernilai RM180, 000,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/jagung-dimakan-ulat-petani-di-bachok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Rugi Hampir Rm200 000 Ditipu

Peniaga Rugi Hampir Rm200 000 Ditipu

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 247 hits
Peniaga rugi hampir RM200 000 ditipu nbsp Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Sep 2020 2 22PM
Lebih 40 000 Orang Pergi Bercuti Di Pulau Perhentian Pada Bulan Lepas Ramai Gila

Lebih 40 000 Orang Pergi Bercuti Di Pulau Perhentian Pada Bulan Lepas Ramai Gila

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 296 hits
Ramai betul yang pergi bercuti di Pulau Perhentian pada bulan lepas lebih dari 40 000 orang kot Dan ini merupakan satu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding bulan Julai iaitu pada 26 680 orang Kalau korang nak tahu sebelum ni Pulau...
Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

Bekas Pembantu Menteri Mengaku Tak Bersalah 6 Tuduhan Rasuah Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 298 hits
freemalaysiatoday com September 17 2020 11 49 AMMohd Saifullah Mohd Minggu Mohd Hisham hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi 6 pertuduhan rasuah SHAH ALAM Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan ...
Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi Penjana

Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi Penjana

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 331 hits
Lebih 30 000 Rakyat Terima Manfaat Kerja Baru Menerusi PENJANASejak dilancarkan 22 Jun lalu lebih 32 317 orang telah ditawarkan peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara...
Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

Body Shaming Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta Terhadap Eira Aziera

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 562 hits
300 total views 300 views today Mangsa body shaming Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek dilaporkan akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera Peguam Suha...
Rugi Rm15 000 Dibadai Ribut

Rugi Rm15 000 Dibadai Ribut

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 259 hits
Norzamira Che NohPelabuhan Klang Pengusaha sebuah restoran ikan bakar di Tanjung Harapan di sini mengalami kerugian kira kira RM15 000 selepas restorannya dilanda ribut awal pagi semalam Pengusaha restoran Mohd Shukri Abdul Talib 31 berkata...
Dah Banyak Juga Kita Bantu Iaitu Lebih Rm10 000 Seniman Masih Bantu Benjy

Dah Banyak Juga Kita Bantu Iaitu Lebih Rm10 000 Seniman Masih Bantu Benjy

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 274 hits
Seniman masih bantu Benjy sejak tahun lepas lagi Apabila kita dapat amaun kita hantar pada wakil di sana dan orang itu akan berikan sedikit demi sedikit Sebagai contoh kalau kita bagi RM3 000 orang itu akan berikan dia RM300 sebulan source
Apple Saman Pengitar Semula Didakwa Menjual Lebih 100 000 Peranti Yang Sepatutnya Dimusnahkan

Apple Saman Pengitar Semula Didakwa Menjual Lebih 100 000 Peranti Yang Sepatutnya Dimusnahkan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 367 hits
Apple dilaporkan telah memfailkan saman kepada Geep Canada kerana didakwa menjual lebih 100 000 peranti termasuk iPhone iPad dan Apple Watch Pengitar semula itu sepatutnya telah ditugaskan untuk memusnahkan dan mengitar semula produk terseb...
Proton X50 Terima Sambutan Menggalakkan Lebih Daripada Sasaran Awal Tempahan 4 000 Unit

Proton X50 Terima Sambutan Menggalakkan Lebih Daripada Sasaran Awal Tempahan 4 000 Unit

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 415 hits
81 total views 81 views today KUALA LUMPUR Proton X50 yang begitu dinanti nantikan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak previu awalnya di Tanjung Malim Perak baru baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdull...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti