Jaga Kualiti Komitmen
JAGA KUALITI KOMITMEN. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sikap merangkumi pendirian dan perbuatan. Memberikan sepenuh tenaga dan perhatian. Iltizam. Kalau memberi sokongan dan berazam, lakukan sepenuh hati. Inilah dia komitmen. Setiap daripada kita ada komitmen masing-masing. Pasti. Terhadap diri sendiri. Kepada sesiapa yang disekeliling atau ada kaitan dengan diri kita. Dengan pekerjaan dan paling utama komitmen kita sebagai hamba yang hidup beragama dan berTUHAN. Komitmen dengan Allah swt itu sangat penting penting dan utama. Berkomitmenlah bersungguh-sungguh dengan yang lain selagi tidak jaga dan perbaiki komitmen dengan DIA, akan terasa ada yang kurang dan sedikit tawar.
Berilah komitmen. Eh cakap senang oii. Nak buat susah oii. Mungkin ada yang sangat pintar jaga kualiti komitmen sepanjang kehidupannya. Memang jenis begitu teliti dalam banyak hal. Tapi ada juga yang asal boleh. Asal boleh ni yang sangat mesti berhati-hati. Lebih sedihnya lagi bila semuaorang kena jaga kualiti komitmen ketika berurusan atau mahu berurusan dengannya sedangkan dia tidak mahu jaga kualiti komitmen ketika berurusan dengan orang lain. Faham tak. Ke PC berbelit-belit bagitau ni.
Jaga kualiti komitmen pun perlu dua hala. Selain komunikasi dua hala, berkomitmen juga mesti dua hala supaya sama-sama puas hati dan rasa gembira. Tak kisahlah siapa pun, bila mahu berkomitmen jangan separuh hati, jangan separuh jalan dan jangan semata-mata nak bersih nama, nak jaga periuk nasi, nak sentiasa dipuji berimej baik hingga sanggup memberi alasan yang membuat orang terpaksa diam dan sakit hati dalam masa yang sama.
Jaga kualiti komitmen memang tidak semudah yang disangka terkadang ada yang perlu dikorbankan dan terkadang juga ada yang perlu mengalah untuk mempertahankan.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Jaga Kualiti Komitmen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/10/jaga-kualiti-komitmen.html