Menanti Lebih Banyak Tembelang Politik Anwar Pecah



MOHAMAD ASRI, EDISI 9
TIDAK seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang sejak pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, satu demi satu belanjawan kementerian atau kata lainnya Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa diluluskan di Dewan Rakyat.
Terbaharu, belanjawan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang di bawahnya termasuk peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), turut diluluskan dengan pindaan selepas undian belah bahagi memihak kepada menyokong rang undang-undang itu, mengatasi jumlah ahli Parlimen yang menentang.
Lima usul yang dikemukakan oleh pembangkang untuk menolak jabatan di bawah KKMM itu yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), gagal meyakinkan ahli Parlimen yang bersidang.
Ini bermakna sudah 22 kementerian diluluskan belanjawannya di bawah Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa.
Hanya tinggal lima lagi akan dibahaskan untuk diluluskan iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa akan memulakan ‘serangan’ dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa selepas “memberi laluan” Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar, ia tidak berlaku seperti dijanjikannya.
Janji beliau untuk menggeledah dan menyanggah habis-habisan pelbagai isu melibatkan semua kementerian, ternyata hanya omong kosong. Ia tidak menjadi kenyataan.
Serangan yang diuar-uarkan itu hanyalah sekadar ‘tamparan tak berbisa’ yang tidak memberi kesan apa-apa pun. Peluru Anwar jelas jauh tersasar.
Sekiranya inilah bentuk serangan yang dicanangkan oleh Ketua Pembangkang itu, jika tidak ada aral, insya-Allah belanjawan untuk lima kementerian yang lain itu juga akan diluluskan minggu depan.
Melihatkan jumlah undian belah bahagi yang dibuat terhadap 22 kementerian setakat ini, jelas majoriti ahli Parlimen memihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Mereka telah secara matang mengundi menyokong Belanjawan 2021 yang jelas dan nyata dibuat untuk kesejahteraan rakyat khususnya bagi melindungi nyawa dan kehidupan mereka.
Kalaulah ini satu pertandingan tinju, keputusan itu sudah dikira “knock-out”. Kalah mati. 22-0. Berdasarkan angka ini, tidak timbul soal usul undi percaya atau tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.
Kegagalan ahli Parlimen pembangkang mendapatkan ‘angka’ yang cukup untuk menghalang Belanjawan 2021 daripada diluluskan di peringkat dasar dan kini di peringkat jawatankuasa menyerlahkan tembelang mereka sendiri yang sebenarnya tidak mempunyai sokongan seperti digembar-gemburkan.
Kegagalan tersebut mula membuka mata sekutu-sekutu Anwar dalam PH yang mula bersuara secara terbuka. Parti Amanah memberi tempoh selama seminggu kepada Presiden PKR itu untuk mengotakan janjinya menumbangkan kerajaan PN.
Parti itu bagaimanapun menafikan memberi kata dua kepada Anwar selepas berita itu tersebar luas.
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal juga tidak lagi berselindung apabila menegaskan pembangkang akan gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih diketuai kepemimpinan yang sama.
Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar selepas Ketua Pembangkang itu mengambil pendirian tidak mahu mengundi menentang Belanjawan 2021.
Shafie meminta perubahan dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan pembangkang yang pada ketika ini kelihatan tidak menyatukan dan tiada arah.
Ahli-ahli Parlimen Warisan sebenarnya dari awal lagi sudah membuat ‘protes’ terhadap Anwar dengan tidak mengambil bahagian dalam undian suara dan undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa.
Anwar juga bukan sahaja sudah mula dicurigai oleh rakan-rakan dalam PH malah dalam kalangan pemimpin kanan PKR sendiri. Dalam satu tangkap layar perbualan grup WhatsApp yang tular beberapa hari lalu, pemimpin PKR daripada sayap AMK bertindak menyelar Anwar selepas beberapa kali merasa dipermainkan kononnya mempunyai sokongan majoriti bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Walau bagaimanapun Anwar seperti biasa tidak pernah mahu mengaku kalah. Ada sahaja langkah dan strategi dilakukannya bagi memberi harapan baharu kapada para penyokong PH.
Sejak beberapa hari lalu sudah mula tersebar sekali lagi khabar angin bahawa Anwar sedang giat mengumpul Pernyataaan Akuan Sumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.
Senarai nama mereka yang dikatakan akan menyokong Anwar juga sudah tular dalam media sosial. Beliau kononnya sudah mendapat sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Parlimen BN terutama daripada ‘Kluster Mahkamah’ yang sedang berhadapan dengan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Cerita-cerita sebegini sudah berpuluh tahun kedengaran tetapi tidak sekali pun lagi menjadi kenyataan. Paling mengagumkan, para penyokong taasubnya masih yakin dan percaya dengan harapan palsu itu.
Sudah banyak kali juga tembelang politik Anwar pecah. Baunya masih tidak hilang sampai sekarang malah menyesakkan nafas seluruh rakyat Malaysia. Apakah rakyat masih boleh terus bertahan menghidu lebih banyak bau tembelang beliau selepas ini?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/13/menanti-lebih-banyak-tembelang-politik-anwar-pecah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Tepi Fahaman Politik Muhyiddin Yassin Amp Anwar Ibrahim Luang Masa Ziarah Ibu Najib Razak Di Hospital

Tolak Tepi Fahaman Politik Muhyiddin Yassin Amp Anwar Ibrahim Luang Masa Ziarah Ibu Najib Razak Di Hospital

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 274 hits
If you re seeing this message that means JavaScript has been disabled on your browser please enable JS to make this app work this is a dummy content
Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 236 hits
Aku nasihatkan ustaz miqdad Jangan hina logo parti orang Nanti logo parti kamu orang perkatakan Kamu tuduh Anwar penipu bawa lah fakta kukuh Kalau Anwar menipu Agong itu satu kesalahan besar dan kamu boleh buat laporan polis Kalau sekadar a...
Anwar Dikelilingi Golongan Pembodek Dengan Budaya Samseng Politik Wang Rafizi

Anwar Dikelilingi Golongan Pembodek Dengan Budaya Samseng Politik Wang Rafizi

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 406 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meggesa presiden parti Anwar Ibrahim supaya waspada terhadap golongan pembodek di keliling beliau yang membawa budaya samseng dan politik menabur duit serta janji Rafizi berkata beli...
Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

Grand Coalition Lebih Banyak Buruk

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 322 hits
Idea Grand Coalition yang dilontarkan oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan terutama dari Amanah perlu diperhalusi dan dicermati terutama dalam konteks perjuangan jangka masa panjang pembangkang Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor R Yuneswa...
Berkicau Je Lebih Gertak Ugut Samseng Dah Banyak Kali Bila Berdepan Angguk Juga

Berkicau Je Lebih Gertak Ugut Samseng Dah Banyak Kali Bila Berdepan Angguk Juga

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 204 hits
Ingat kes guling peja Ikut cara Hamzah warning sikit je Hamzah tunjuk satu jari jeZahid dah minta maaf
Grm Yakin Kebijaksanaan Percaturan Politik Anwar

Grm Yakin Kebijaksanaan Percaturan Politik Anwar

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 214 hits
Gabungan Reformis Malaysia berkeyakinan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kebijaksaan politik tersendiri dalam percaturan politik negara Menurut Penyelaras GRM Mustaffa Kamil Ayub rakyat Malaysia juga semakin mata...
Ia Bakal Mengejutkan Penonton Boleh Jangka Lebih Banyak Kejutan Dalam Musim 2 3 The Penthouse

Ia Bakal Mengejutkan Penonton Boleh Jangka Lebih Banyak Kejutan Dalam Musim 2 3 The Penthouse

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 536 hits
Seperti yang diumumkan sebelum ini drama The Penthouse tidak akan berakhir hanya dengan musim ini sahaja Menurut Presiden Studio S drama The Penthouse juga termasuk dalam senarai drama untuk tahun 2021 nanti bagi saluran SBS The Penthouse m...
Tindakan Harga Pasangan Mata Wang Aud Usd Mengisyaratkan Lebih Banyak Keuntungan

Tindakan Harga Pasangan Mata Wang Aud Usd Mengisyaratkan Lebih Banyak Keuntungan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 234 hits
Pasangan mata wang AUD USD diniagakan pada tahap 0 7464 sewaktu penulisan ini dibuat dan nampaknya harga tekad untuk mencapai tahap tinggi baru tidak lama lagi Secara teknikalnya pasangan mata wang AUD USD ini berjaya menembusi beberapa tah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir