Jadilah Manusia Jujur Elak Pentingkan Diri


Pandemik maut Covid-19 yang membadai dunia termasuk Malaysia sema­kin menjadi-jadi dan mengganas amukannya.
Saban hari, angka kematian di negara ini mencatatkan bukan sahaja puluhan, malah sudah bermain dengan angka ratusan.
Kes harian juga melihatkan peningkatan mendadak sekali gus hampir melumpuhkan sistem kesihatan negara.
Waima sudah lebih setahun negara berjuang bermati-matian dengan pelbagai usaha dilakukan bagi memerangi pandemik paling digeruni ketika ini, ia tidak akan berhasil seandainya kesedaran masyarakat mengenai bahaya virus tersebut masih di takuk lama.
Perkara itu jelas dapat dilihat apabila masih ada masyarakat yang bersikap tidak jujur mengenai status kesihatan mereka yang terdedah atau menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.
Buktinya, mereka merahsiakan perkara sebenar sekali gus menipu ketika hadir menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) di seluruh hospital kendalian Kementerian Kesihatan (KKM).
Memetik laporan dan pendedahan yang dikongsikan Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya, Dr. Khairul Nizam Hassan, tindakan sedemikian membawa impak buruk bukan saja kepada petugas kesihatan di ETD tetapi juga orang lain yang menerima rawatan.
“Sikap tidak jujur masih berlaku hingga kini dan tidak diketahui kenapa mereka bertindak demikian.
“Berikutan seseorang itu tidak berkata benar, kita merekod mereka sebagai tidak bergejala serta tiada kontak yang akan disalurkan ke satu tempat bersama-sama pesakit lain yang tiada kaitan langsung dengan Covid-19.
“Ini mendedahkan virus itu kepada orang lain terutama golongan lanjut usia dan berisiko, hanya disebabkan sikap men­diamkan dan memalsukan maklumat sebenar,” ujarnya.
Menurut Khairul Nizam yang juga pakar perubatan kecemasan, sejak hospital itu ber­operasi sebagai hospital hibrid Covid-19 pada April lalu, terdapat peningkatan antara 40 hingga 60 peratus kemasukan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk dan kes positif Co­vid-19 di ETD.
Justeru, beliau berharap dan merayu masyarakat agar dapat memahami peranan petugas ke­sihatan dengan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat semasa yang dikeluarkan kerajaan.
Senada dengan Khairul Nizam ialah Pakar Psikologi K­hidmat Kaunseling Access, Dr. Me­riam Omar Din yang berpendapat, sikap tidak jujur segelintir masyarakat merahsiakan maklumat kepada petugas kesihatan sebagai mementingkan diri sendiri.
Jelasnya, perkara tersebut tidak dinafikan memang berlaku disebabkan ketidakjujuran yang ditanam dalam diri tanpa memikirkan sebarang implikasi di kemudian hari.
“Dalam konteks ini, mereka langsung tiada rasa serba salah apatah lagi berdosa apabila dengan selambanya menipu atau merahsiakan maklumat berkaitan kesihatan.
“Apa yang bermain dalam fikiran mereka hanyalah semata-mata mahu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan segera pulang,” katanya.
Tambah Meriam, implikasinya dapat dilihat apabila ada ahli keluarga atau kenalan rapat yang disahkan positif wabak itu dan paling malang, ia dibawa da­ripada segelintir golongan yang tidak berlaku jujur itu sendiri.
Sumber: SAIRUL ZAMRI MISRANI & Kosmo
The post Jadilah manusia jujur, elak pentingkan diri appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/jadilah-manusia-jujur-elak-pentingkan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 964 hits
JAGA HARGA DIRI Jangan sampai kau tak punya harga diri sendiri semata mata kerana CINTA Aku terlahir sederhana Hidup susah bagiku biasa Adakah orang orang yang telah berjaya pernah gagal Kereka mungkin akan bertanya kembali Kegagalan yang k...
Buruh Bangunan Di Bireuen Habisi Istri Lalu Bunuh Diri

Buruh Bangunan Di Bireuen Habisi Istri Lalu Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 306 hits
Pasangan suami istri ditemukan meninggal dunia di dalam kamar rumahnya di Kecamatan Gandapura Kabupaten Bireuen Aceh Kamis Dugaan awal polisi suami berinisial AK membunuh istrinya KT lalu bunuh diri
Hiburan Selamat Amp Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja Lengkapkan Perlindungan Diri Dengan Teknologi Dari Korea

Hiburan Selamat Amp Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja Lengkapkan Perlindungan Diri Dengan Teknologi Dari Korea

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 412 hits
Siapa sangka pandemik yang menyerang dunia tahun lalu kini menjadi igauan buat semua apabila masyarakat terpaksa hidup dalam norma baharu Nak pergi mana mana pun dah tak bebas Tapi nak buat macam mana virus pandemik ni dah mula bermutasi ja...
Depresi Terlilit Utang Pria Di Sumut Tewas Gantung Diri Dalam Kandang Kambing

Depresi Terlilit Utang Pria Di Sumut Tewas Gantung Diri Dalam Kandang Kambing

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 229 hits
Diperkirakan korban menjadi depresi Dugaan sementara korban melakukan bunuh diri dengan cara gantung diri ujar Tambunan
Siapa Yg Berani Tawar Diri Sebagai Pm Buat Masa Ini Mengganti Muhyiddin

Siapa Yg Berani Tawar Diri Sebagai Pm Buat Masa Ini Mengganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 269 hits
Tun tidak namakan sesiapa pun Muhyiddin gagal kawal Menteri nya terutama Menteri Kanan yang secara terbuka saling menyindir Sebagai negarawan Tun telah melunaskan tanggungjawabnya
Syarikat Arak Jangan Perasan Diri Special Sangat Pembela

Syarikat Arak Jangan Perasan Diri Special Sangat Pembela

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 193 hits
Dalam banyak perniagaan kenapa MICCI beria pertahan industri arak BANGI Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam hari ini menempelak kenyataan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia yang mempertikaikan keputusan kerajaan menutup ki...
Jangan Biarkan Perasaan Kuasai Diri Ada Boleh Cuba Cara Mudah Ni

Jangan Biarkan Perasaan Kuasai Diri Ada Boleh Cuba Cara Mudah Ni

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 387 hits
Selepas tunaikan solat zohor kat rumah saya keluar untuk ke pejabat Kerajaan putuskan untuk buat total lockdown bermula 1 Jun 2021 nanti Ada 3 fasa pulak tu Beri isyarat ianya The post appeared first on
Nenek Ditangkap Sebab Protes Seorang Diri

Nenek Ditangkap Sebab Protes Seorang Diri

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 201 hits
Nenek ditangkap sebab protes seorang diri Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2021 11 45PM
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah