Jadikan Setiap Detik Diraikan Sebagai Masa Untuk Tony Roma S


Hi Korang,
Citer makan-makan sedap lagikkk
Yeahhh I like!!

Tony Roma’s menjemput semua pelanggannya untuk meraikan setiap detik manis bersama yang tersayang dengan tawaran hidangan tulang rusuk istimewa, stik lembut dan makanan laut yang lazat. Restoran mesra keluarga itu berhasrat untuk menjadikan saat-saat istimewa – tidak kira besar atau kecil - Masa untuk Tony Roma's, tempat yang sempurna untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang asli, dalam meraikan detik manis bersama

Tahun ini adalah titik penting buat Tony Roma's sempena ulang tahunnya yang ke-50. Pada 20 Januari 1972, bapa pengasas syarikat ini, Tony Roma membuka restoran utamanya di Miami Utara, Florida. Restoran itu dengan pantas menjadi salah satu restoran paling popular di Miami dengan pengikutnya tersendiri dalam pasaran


Di Malaysia, Tony Roma’s telah membuka pintunya buat pertama kali pada tahun 2006 di Sunway Pyramid. Sejak itu, ia telah berjaya menawan hati pengunjung Malaysia dengan tawaran yang lazat dan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Kini, terdapat sembilan cawangan Tony Roma’s di seluruh negara


“Kami inginkan Tony Roma’s supaya terus berada di minda pelanggan kami sebagai tempat untuk mereka menjamu selera dan meraikan detik-detik istimewa, tidak kira sempena ulang tahun dan hari lahir, mahupun untuk ‘kemenangan’ kecil dalam kehidupan seperti berpindah ke rumah baharu atau ‘kejayaan’ sempena genap seminggu berada di kolej! Kami berharap setiap detik istimewa dalam hidup anda akan menjadi Masa Untuk Tony Roma’s. Seronok rasanya membawa yang tersayang ke tempat yang sempurna untuk menikmati tulang rusuk legenda Tony Roma’s, hidangan yang lazat dan banyak lagi,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd

MENU AKHIR TAHUN TONY ROMA’S
Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-50 dan demi menawarkan pelanggan lebih banyak pilihan hidangan yang menyelerakan, Tony Roma’s telah melancarkan menu istimewa akhir tahun yang lazat lagi menggiurkan. Menu perayaan ini dipilih oleh Duta Jenama dan Chef Selebritinya, Dato’ Fazley Yaakob, dan dengan kerjasama Coca-Cola. 

Daripada tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehinggalah minuman unik menyegarkan, menu akhir tahun ini akan menghidangkan rasa tersendiri ke meja santapan buat pengunjung – malah menu ini sendiri pun layak menjadi sebab yang istimewa untuk diraikan

Menu akhir tahun Tony Roma’s membawa kelainan yang berbeza dengan menggandingkan minuman cola dengan tulang rusuknya yang pedas dan berperisa. 

Untuk Cola Sauce Australian Beef Ribs (RM RM93.90), pengunjung boleh menikmati tulang rusuk daging lembu lembut yang diperap dan direneh dalam cola untuk rasa yang bukan sahaja manis namun juga berperisa daging. Ini dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan, brokoli dan jagung. Ia juga dilengkapi dengan minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma


Sementara itu, Oven Prepared Ribs (RM259.90) menawarkan sedikit kelainan daripada tulang rusuk Tony Roma’s yang terkenal, di mana kepingan rusuk daging lembu yang enak dilayur dengan mentega herba istimewa Tony Roma’s dan kemudian dimasak perlahan di dalam ketuhar sehingga daging cukup lembut sehingga boleh tertanggal dari tulang! Ia juga disediakan dengan hidangan sampingan jagung dan brokoli yang dipanggang, menjadikannya hidangan yang sesuai untuk dikongsi bersama. Hidangan lazat ini boleh didapati dari 21 November 2022 hingga 2 Januari 2023

Chef Yaakob mempamerkan kreativiti masakannya dengan membawa kelainan unik kepada hidangan pembuka selera Onion Loaf yang terkenal di seluruh dunia. 

Menu akhir tahun Onion Loaf with Cola Dip (RM23) menampilkan bawang Sepanyol, digolek dalam tepung roti dan digoreng, dihidangkan dengan sos yang diadun dengan sos mayo BBQ yang digandingkan cola untuk rasa yang tersendiri. Semestinya, wajib cuba untuk sesuatu yang berbeza


Untuk menyempurnakan hidangan ini, Coca-Cola Float (RM11.90) menjadi minuman hebat untuk menemani keenakan rasa ini – segelas minuman bergas yang dihidangkan dengan secedok ais krim vanilla. 

Manakala Frosted Coca-Cola (RM11.90) yang dihidangkan dalam gelas mug sejuk beku akan mengimbangi segala kenikmatan perisa, dalam setiap tegukan yang menyegarkan

Memeriahkan lagi pilihan hidangan yang digemari ramai di Tony Roma’s, menu akhir tahun ini akan tersedia di semua cawangan Tony Roma’s dari 1 November 2022 hingga 2 Januari 2023, memberikan pelanggan lebih tarikan untuk datang berkunjung dan menikmati makanan yang lazat, sekaligus meraikan detik yang indah bersama yang tersayang


Tony Roma’s Pavilion KL juga telah disahkan halal oleh JAKIM pada tahun ini. Cawangan lain kini berada dalam perancangan untuk menerima pensijilan halal secara berperingkat

Ayuh raikan saat-saat manis di mana-mana restoran Tony Roma’s untuk mencuba menu akhir tahun baharu yang bakal mencuri hati anda! Penghantaran makanan juga disediakan di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood, serta boleh dibungkus untuk dibawa pulang tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my


Check it out, social media Tony Roma's yer
FB @TonyRomasMalaysiaIG @trmalaysiaTiktok @trmalaysia
#timefortr

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/10/jadikan-setiap-detik-diraikan-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku Ceo Air Asia X

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 218 hits
Tan Sri Tony Fernandes sah telah meletakkan jawatan sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia X Berhad berkuat kuasa serta merta disebabkan tanggungjawab lain Terdahulu beliau sekali lagi memegang jawatan tersebut pada J
Tony Roma S Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Menu Akhir Tahun Bersama Duta Jenama Chef Dato Fazley Yaakob

Tony Roma S Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Menu Akhir Tahun Bersama Duta Jenama Chef Dato Fazley Yaakob

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 201 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Lama juga Maha tak menikmati makanan hidangan kayangan dari Tony Roma s Memang teruslah Maha tidak membuang masa untuk terima jemputa...
Masa Sakit Kemain Kau Berdoa Ikut Trend Swipe Elyana Dicaci Netizen

Masa Sakit Kemain Kau Berdoa Ikut Trend Swipe Elyana Dicaci Netizen

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 155 hits
Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita penyanyi Elyana kembali munculkan diri dan menjadi bualan ramai setelah memuat naik satu video di Instagramnya Melalui video berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh Elyana itu penyanyi terse...
Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 86 hits
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 satu satunya peristiwa yang tidak pernah dilihat sepanjang 4 dekad lalu ialah kucar kacir dalam parti pemerintah Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata demikian da...
Penerbit Sahkan Garis Masa Black Panther 2 Dalam Mcu

Penerbit Sahkan Garis Masa Black Panther 2 Dalam Mcu

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 125 hits
Marvel Cinematic Universe telah berkembang menjadi dunia sinematik superhero dengan garis masanya yang semakin kompleks terutamanya selepas pengenalan multiverse Dengan Black Panther Wakanda Forever yang semakin hampir menuju tayangan perda...
Dah Sampai Masa Masih Tak Bersalin Overdue Ada Kesan Ke Pada Ibu Bayi

Dah Sampai Masa Masih Tak Bersalin Overdue Ada Kesan Ke Pada Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 184 hits
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung Sudah tentu ibu akan tertanya tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya ...
Woiii Peja Hang Ni Bukan Saja Gagal Masa Jadi Mb Nak Tuduh Orang Pun Tak Cerdik

Woiii Peja Hang Ni Bukan Saja Gagal Masa Jadi Mb Nak Tuduh Orang Pun Tak Cerdik

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 102 hits
Azmin dakwa Guan Eng potong peruntukan untuk ekonomi bumiputera sebanyak RM400 juta Yang kelakarnya Peja tanya kenapa DS Anwar diam Kenapa kelakar Pertamanya kenapa Peja tanya DS Anwar pula sedangkan waktu itu DS Anwar tiada dalam kabinet D...
Mengenangkan Sahabat Masa Nan Lalu

Mengenangkan Sahabat Masa Nan Lalu

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 103 hits
Assalamualaikum Jika korang perhatikan beberapa artikel aku yang lepas tentunya korang tahu ianya adalah artikel yang mengenangkan peristiwa peristiwa masa lalu yang terjadi keatas diriku Dalam artikel yang ini aku perturunkan beberapa kary...
Maxis Komited Sediakan 5g Akan Lancar Dalam Masa Terdekat

Maxis Komited Sediakan 5g Akan Lancar Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 129 hits
Maxis kini memaklumkan pihaknya komited untuk memainkan peranan aktif dalam penyediaan 5G selaras dengan cita cita digital kerajaan serta menggunakan rangkaian Digital Nasional Berhad bagi perkhidmatan 5G Syarikat telekomunikasi itu berkata...
Eugene Levy S Toronto

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Staycation Di Flemington Hotel Taiping

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

Jom Heboh Edisi Raya Putrajaya

Sussurro House By Davide Adracco Architetto In Sao Miguel Do Gostoso Brazil

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Ex Manager S Jail Term Set Aside Fined Rm100 000 For Deposit Taking