Dah Sampai Masa Masih Tak Bersalin Overdue Ada Kesan Ke Pada Ibu Bayi


Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.

Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Sumber foto: www.freepik.com Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
Sumber foto: www.freepik.com 3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Baca Juga:
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
“Bila Mengidam Pegang Memerang.” Pekerja Zoo Penuhi Permintaan Ibu Mengandung
Wanita Ini Kongsi Momen Keluarga & Kawan Dapat Tahu Dirinya Hamil. Auto Menangis!
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Sumber foto: www.freepik.com Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Sumber: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post Dah Sampai Masa, Masih Tak Bersalin. ‘Overdue’, Ada Kesan Ke Pada Ibu & Bayi? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/dah-sampai-masa-masih-tak-bersalin-overdue-ada-kesan-ke-pada-ibu-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sedar Sedang Hamil Ibu Bayi Ajaib Akui Masih Terkejut Amp Gementar

Tak Sedar Sedang Hamil Ibu Bayi Ajaib Akui Masih Terkejut Amp Gementar

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 218 hits
Kisah ibu muda yang bersalin anak perempuan tanpa menyedari yang dirinya sedang hamil beberapa hari lalu sememangnya menggemparkan negara Mana tidaknya wanita dikenali sebagai Nur Atikah Mustafa 24 memaklumkan yang dia sememangnya mengambil...
Jam 10 Pagi Tidur 4 Petang Baru Tengok Ibu Terkilan Bayi 6 Bulan Meninggal Di Taska

Jam 10 Pagi Tidur 4 Petang Baru Tengok Ibu Terkilan Bayi 6 Bulan Meninggal Di Taska

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 180 hits
Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau Terlintas di kepala nasib anak anak sendiri Ini kerana semasa hantar dalam keadaan s...
Keracunan Makanan Akibat Pencemaran Air Masa Bancuh Susu Bayi 2 Bulan Fakhriz V E Dikejarkan Ke Hospital

Keracunan Makanan Akibat Pencemaran Air Masa Bancuh Susu Bayi 2 Bulan Fakhriz V E Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 133 hits
Bapa mana yang tidak bimbang bila mana anak kecilnya berdepan detik mencemaskan bila mana mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital Ahli kumpulan V E Fakhriz cemas apabila anak ketiganya bayi perempuannya yang bah...
Ibu Berpantang Kejang Kaki Hamil Cramp Bersalin Sembelit

Ibu Berpantang Kejang Kaki Hamil Cramp Bersalin Sembelit

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 158 hits
Ibu Berpantang Kejang Kaki Hamil Cramp Bersalin SembelitIbu Berpantang Kejang Kaki Hamil Cramp Bersalin Sembelit Wanita yang hamil atau berpantang selepas melahirkan bayi selalunya tidak lari dengan dua masalah kesihatan iaitu sembelit dan ...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 202 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Ibu Halalkan Segalanya Masa Keluar Tiada Tangisan Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi

Ibu Halalkan Segalanya Masa Keluar Tiada Tangisan Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 220 hits
Bila dapat tahu diri hamil setiap wanita pasti akan rasa bersyukur Tambah lagi bila anak yang dikandung itu penghuni pertama rahim ibu Dalam hati pasti mengharapkan fasa mengandung berjalan lancar dan anak yang bakal lahir nanti sihat Namun...
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 126 hits
Rezeki terindah Inilah yang boleh dikatakan mengenai perjalanan kisah seorang ibu yang tular videonya satu ketika dahulu diketika pasangan ini mengumumkan kehamilan jantina kembar tiga mereka bersama kedua orang tuanya Kini ketiga tiga bayi...
Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 192 hits
Selebriti dan usahawan popular Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor 33 menegaskan perkara sebegitu ...
Gerik Perlu Fasiliti Ibu Bersalin Segera Kata Asyraf Wajdi

Gerik Perlu Fasiliti Ibu Bersalin Segera Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 131 hits
KEMUDAHAN fasiliti ibu bersalin antara tumpuan utama calon Barisan Nasional Parlimen Gerik Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang perlu dilaksanakan apabila dipilih menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Beliau berkata sebelum ini tiada
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids