Jadikan Kawalan Perbelanjaan Norma Baharu Ramadan Pembaziran Makanan Sepanjang Ramadan


bharian.com.my
Oleh Mohd Faizol Rizal Mohd Rasid dan Dr Mohd Hafiz Zulfakar
[email protected]
Berbelanja tanpa berhemat ketika membeli juadah berbuka menyebabkan pembaziran makanan. - Foto hiasan
Sambutan Ramadan kali ini kembali meriah, walaupun masyarakat masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berwaspada.

Pelbagai sektor boleh beroperasi sepenuhnya mampu mencorak semula ekonomi negara, di samping mengembalikan kemeriahan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadat puasa. Bazar Ramadan umpamanya, pasti memanfaatkan golongan peniaga dan pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Bagaimanapun dalam keterujaan itu, isu pemborosan dan pembaziran makanan perlu diberi perhatian. Sudah menjadi lumrah setiap kali Ramadan, peningkatan ketara jumlah sisa buangan bahan makanan pasti berlaku.

Berdasarkan laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), sebanyak 44.5 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal dilupuskan ke tapak pelupusan adalah sisa buangan bahan makanan dianggarkan 17,000 tan sehari.

Daripada jumlah itu, 24 peratus sisa buangan bahan makanan masih elok dan cukup untuk lebih 3 juta orang sehari. Justeru, kebenaran penganjuran sepenuhnya bazar Ramadan dan bufet Ramadan di hotel serta restoran pada tahun ini dijangka akan menjadi antara penyumbang peningkatan sisa buangan bahan makanan. Malah ia akan meningkat sekitar 15 hingga 20 peratus berbanding bulan lain.

Sudah tentu angka ini menjadi ironi kerana Ramadan sepatutnya menjadi bulan mendidik jiwa agar dapat mengawal diri daripada godaan hawa nafsu. Apatah lagi, Islam mengajar umatnya untuk bersikap sederhana dan berjimat cermat.

Hakikatnya, sikap boros berbelanja lebih banyak mendatangkan kemudaratan, manakala berbelanja tanpa berhemat ketika membeli juadah berbuka puasa sering menyebabkan pembaziran makanan.

Peningkatan drastik jumlah sisa pepejal bahan makanan setiap kali Ramadan sangat membimbangkan kerana ia akan mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah, sekali gus menyumbang pencemaran alam sekitar.

Sekiranya dapat dielakkan, ia mampu menjimatkan tenaga dan sumber bagi menguruskan sisa pepejal, sekali gus mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar. Amalan perbelanjaan secara sederhana dan berhemah di bazar Ramadan sangat penting dititikberatkan, malah ia juga boleh mengurangkan kadar perbelanjaan keluarga.

Dalam hal ini, masyarakat disaran menggunakan bekas makanan dibawa dari rumah kerana bukan sahaja mengurangkan penghasilan sampah, terutama plastik membungkus makanan atau polisterin, bahkan mengelakkan pembelian berlebihan. Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penganjur bazar Ramadan perlu proaktif dengan memperkasa kempen serta program kesedaran kepada orang ramai bagi mengelakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan.

Sambutlah Ramadan dalam kesederhanaan, manakala perancangan dan kawalan perbelanjaan perlu dijadikan norma baharu supaya sikap boros berbelanja dan pembaziran makanan dapat dielak.

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/jadikan-kawalan-perbelanjaan-norma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan

Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 343 hits
Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan Buka puasa adalah suatu tradisi dalam agama Islam di mana umat Islam berpuasa selama bulan Ramadan dan kemudian mengakhiri puasa di akhir hari dengan memakan makanan atau minuman sebagai tanda akhir puas...
20 Promo Makanan Sempena Ramadan 2023 Di Restoren Terkemuka Malaysia

20 Promo Makanan Sempena Ramadan 2023 Di Restoren Terkemuka Malaysia

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 329 hits
Sementara orang berpusu pusu ke bazar ramadan Restoren restoren terkemuka negara juga turut rancak membuat promo sempena Ramadan 2023 ini Jangan ketinggalan KFC Malaysia McDonaldJangan Lupa Like Share Komen
Makanan Berbuka Puasa Hari Ke 6 Ramadan

Makanan Berbuka Puasa Hari Ke 6 Ramadan

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 328 hits
Makanan Berbuka Puasa Hari Ke 6 Ramadan Hari keenam puasa ni aku tak sempat nak balik rumah Buat kerja sampai pukul 7 PM OT la kan nak raya nih So apa lagi singgah kedai makan je Boleh bawak balik tapau tapi sebab dah lapo benar and dah nak...
Grandmama S Menyajikan Nasi Dulang Bukhari Sepanjang Bulan Ramadan 2023

Grandmama S Menyajikan Nasi Dulang Bukhari Sepanjang Bulan Ramadan 2023

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 336 hits
GRANDMAMA S MENYAJIKAN NASI DULANG BUKHARI SEPANJANG BULAN RAMADAN 2023 Assalammualaikum semua Tiap kali bulan Ramadan pasti kita akan ada beberapa hari ingin menjamu selera di luar bersama keluarga Hari itu amat dinantikan oleh para ibu ib...
Pesta Pembaziran Setiap Ramadan Aidilfitri Utusan Malaysia 23 03 2023

Pesta Pembaziran Setiap Ramadan Aidilfitri Utusan Malaysia 23 03 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 349 hits
SAMBUTAN Ramadan dan Hari Raya tahun ini terlalu rapat dengan sesi pembukaan sekolah menyebabkan ibu bapa terpaksa berhadapan keperluan dan tuntutan perbelanjaan yang tinggi Baru sahaja selesai membeli barangan kelengkapan sekolah serta pem...
Tak Perlu Tutup Kantin Sekolah Sepanjang Ramadan Fadhlina Sidek

Tak Perlu Tutup Kantin Sekolah Sepanjang Ramadan Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 494 hits
hmetro com myFADHLINA beramah mesra dengan murid pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu Jalan Raja Laut Kuala Lumpur FOTO Aswadi AliasKuala Lumpur Kementerian Pendidikan mel...
Oppo Sebut Siapkan Dua Perangkat Baru Jelang Ramadan

Oppo Sebut Siapkan Dua Perangkat Baru Jelang Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 222 hits
OPPO akan persiapkan beberapa perangkat baru untuk kembali memenangkan pangsa pasarnya terlebih jelang Ramadan
Bless Others In The Holy Month Of Ramadan With Foodpanda S Offerings

Bless Others In The Holy Month Of Ramadan With Foodpanda S Offerings

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 331 hits
foodpanda welcomes Ramadan by introducing a limited time seasonal menu and giving back to the community With the holy month approaching foodpanda Malaysia the country s leading food delivery platform is welcoming the Ramadan season with exc...
Jelang Ramadan Warga Mulai Mengolah Buah Atap Jadi Kolang Kaling

Jelang Ramadan Warga Mulai Mengolah Buah Atap Jadi Kolang Kaling

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 279 hits
Beberapa hari menjelang Bulan Ramadan warga Sukamakmur di Bogor mulai memanfaatkan buah atap yang diambil dari hutan untuk diolah menjadi kolang kaling Dalam sehari mereka mampu menghasilkan kolang kaling seratus kilogram dengan harga jual ...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paranoid Melampau Risau Macam Macam Benda Intan Najuwa Anxiety Bawa Anak Pergi Melancong

Kak Km Terpaksa Berjauhan Dengan Anak Tak Lupa Pesan Jangan Tinggal Solat

Menikmati Tendon Pertama Di Tendon Itsuki Ginza

Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang

Sekadar Kagum Tapi Membinasakan Awas Penyakit Ain

Risiko Terkini Kesan A I Video