Jadikan Amalan Meringkaskan Apa Saja Yang Ada Di Hadapan Sebagai Amalan Berterusan




Jika anda seorang lelaki, tentu sedar bahawa, hidup jadi lebih bermakna, terasa lebih lelaki, apabila anda berjaya sibukkan diri, bertindak untuk melakukan sesuatu. Secara ringkasnya, lelaki rasa puas apabila dapat selesaikan masalah.
Memang perangai bangun dan buat sesuatu dah ada dalam DNA seorang lelaki. Seorang lelaki akan rasa puas bila dia berjaya membina sesuatu dari kosong hingga berjaya.
Sebagai lelaki matipun tidak mengapa, apabila dah berjaya membina keluarga, menyediakan keperluan untuk anak dan isteri, keluar cari makan saban hari pastikan anak dan isteri di rumah ada makanan yang mencukupi dan seterusnya anak-anak membesar jadi manusia berguna. Macam tulah lelaki.
Disebabkan perangai itu juga isteri sering berselisih angin dengan suami. Ambil contoh bila suami balik dari kerja. Isteri yang sehari suntuk menunggu untuk bercerita apa yang berlaku hari itu akan mula buka mulut supaya suaminya dengar.
Suami pula bila isteri bercerita, diasangkakan ada masalah. Itulah yang dia suka. Dia nak dengar apa masalahnya dan bersedia untuk bertindak.
Tapi dari awal cerita sampai habis isterinya bercerita, lansung tak ada masalah. Dia sekadar nak bercerita. Potong stim terus suaminya sebab tak ada apa-apa yang perlu diselesaikan. 
"Itu saja?" herdik suami.
Ayat itulah yang isteri meluat dengar. Di anggap suaminya tak suka menyembang pulak. Masam muka la pulak.
Itu sekadar selingan.
Point yang nak saya sampaikan adalah, anda akan rasa puas jadi lelaki jika masa sentiasa di isikan dengan aksi bertindak.
Permulaan tindakanSekarang jom tengok bab bertindak pula.
Ada 2 sebab yang membuatkan anda bertindak.
Sebab pertama, apabila berhadapan dengan masalah. Anda bangun, malah hampir semua orang akan bangun, melakukan sesuatu, sebaik saja ada masalah. 
Jika tak ada masalah, hidup macam biasa secara automatik, bergerak menjalankan segala rutin harian dengan aman dan sentosa. Boleh diringkaskan seperti di bawah:

Normal ===> Timbul masalah ===> Bertindak ===> Normal
Sebab kedua, tak perlu tunggu ada masalah. Anda bertindak melakukan sesuatu agar keadaan menjadi lebih baik dari apa yang sedang anda nikmati.

Normal ===> Bertindak ===> Lebih baik dari Normal
Saya nak kongsikan sebab ke-2 di atas. Iaitu bertindak tanpa perlu tunggu munculnya masalah.
Kenapa nak fikir bab bertindak ni?
Sebab saya dah sebut di atas, kepuasan hidup dicapai apabila anda dapat bertindak, melakukan sesuatu dan seterusnya berjaya selesaikan masalah. Jika dah tahu itu penting, maka logiklah untuk fikirkan jalan bagaimana perkara tersebut memenuhi kehidupan.
Formula asasnya adalah jadikan hidup ringkas sebagai gaya hidup.
Amalan hidup ringkasAnda perlu berikan perhatian untuk cuba ringkaskan apa saja yang berkaitan dengan diri anda. Sekalipun masalah tak ada.
Dengan berbuat demikian, kehidupan sentiasa berada dalam keadaan bergerak yang memerlukan anda bertindak sebab nak cari jalan ringkaskan lagi perkara yang ada di depan.
Idea meringkaskan apa saja yang boleh ini timbul sejak saya membaca buku pengurusan yang ditulis oleh Peter Drucker. Dalam bukunya, dia berikan maklumat penting tentang tanda-tanda sesebuah organisasi sedang menuju kejatuhan.
Tandanya adalah, apabila proses perjalanan, proses buat kerja dan lain-lain seumpamanya dalam organisasi itu makin lama makin berserabut (complicated). Boleh juga kita panggil birokrasi, prosedur atau seumpamanya.
Nota: Untuk makluman, Peter Drucker ni memang pakar dalam pengurusan moden. Boleh google cari maklumat tentang dia.
Sejak itu saya mula perhatikan semua proses yang berlaku dalam perjalanan syarikat saya sendiri. Adakah ia menyulitkan atau ia ringkas dan berkesan. 
Jika satu kerja boleh disiapkan dengan hanya 2 langkah, kenapa nak serabutkan otak dengan buat 10 langkah.
Saya dapati para pekerja masih kekal buat 10 langkah juga sebab dah terbiasa. Itulah amalan selama ini sejak dia mula bekerja di mana saja. Lalu diteruskan setiap kali dia pergi kerja di tempat lain. Ia dianggap sebagai 'best practice'. Dah terbukti berjaya selama ini kenapa nak ubah. Itu alasannya.
Hidup ringkas di mana sajaSejak terdetik nak ringkaskan apa saja, saya mula melihat gaya hidup ringkas itu ada di mana-mana. Itu merupakan fenomena biasa yang sering berlaku. Anda mula dapat melihat sesuatu yang fikiran anda mahu melihat?
Contohnya begini.
Pernahkan anda pada satu ketika membuat keputusan untuk membeli kereta Honda Civic. Atau apa saja model yang anda pernah terfikirkan.
Sebaik saja keputusan dibuat, secara tiba-tiba anda jadi begitu peka pada apa saja yang menyentuh berkenaan Honda Civic. 
Akan ada saja kereta Honda Civic melintas di depan ketika memandu. Tiba-tiba anda mula perasan ada orang yang pakai kereta Honda Civic di taman tempat kediaman.
Apabila menyelak helaian surat khabar, perkataan Honda Civic bagaikan magnet menarik penglihatan mata untuk anda perhatikan. Tengah berdiri dalam komuter mengelamun akan hilang khayal sebaik saja orang belakang menyebut kereta Honda Civic dan anda teringin untuk memalingkan muka melihat siapa yang menyebutnya tadi seolah-olah anda mahu kenal dia.
Begitulah seterusnya kesedaran segar menjalar dalam segenap urat darah apabila anda memberikan arahan pada otak untuk mencari sesuatu.
Itu yang berlaku pada saya tentang hidup ringkas. Semenjak buat keputusan untuk memahami gaya hidup ringkas dan mengamalkannya, saya secara magis menjadi amat peka dengan apa saja yang menyentuh ‘ringkas’.
Sentiasa mencari apa makna gaya hidup ringkas dan bagaimana memahami maksud sebenar gaya hidup ringkas itu. Bagaimana perkataan dan amalan gaya hidup ringkas menyentuh kehidupan. Sering berfikir adakah ia membantu dan sangat penting dalam kehidupan.
Hasilnya saya menemui beberapa perkara berikut di bawah yang mana ‘ringkas’ merupakan jalan penyelesaian yang cukup hebat.
Ringkaskan hidupUsaha untuk fokus dan buat hanya perkara yang mendatangkan manfaat yang seiring dengan sasaran dalam hidup saja. Selain dari itu abaikan terus.
Berdisiplin untuk mengamalkan konsep ini membuatkan masa yang anda gunakan menjadi amat berkualiti.
Ringkaskan barang kepunyaanDengan beli dan menyimpan barangan yang benar-benar diperlukan saja membuatkan rumah anda tidak semak dengan barang yang tak disentuhpun. Ruang rumah akan jadi lebih lapang.
Ringkaskan keperluanSusun semula keperluan hidup yang benar-benar diperlukan saja. Yang asas dan sedikit tambahn sekadar perlu saja.
Dengan amalan ini kedudukan ekonomi atau kewangan kita secara magik akan beransur pulih dengan baik dan akhirnya wang bukan lagi menjadi satu masalah dalam kehidupan kita.

Ringkaskan pergerakanDalam seni pertahankan diri, pergerakan adalah satu perkara yang amat penting. Amalan langkah yang paling ringkas dalam seni pertahankan diri merupakan satu senjata atau buah paling hebat dalam bertahan dan sekali gus menyerang musuh.
Kalau anda pernah kerja line pembuatan di kilang Jepun, anda akan dapat lihat semua proses buat kerja diringkas ke tahap yang paling minima. Lagi kurang bergerak lagi pantas line berjalan.
Ringkaskan ayatJika boleh diterangkan dengan ayat yang mudah dan pendek, jangan cuba dipanjangkan dengan menyelit perkara dan perkataan yang tak perlu. Penulisan anda akan lebih berkesan dan mudah difahami dalam menyampaikan maksud.
Ringkaskan prosesPerniagaan anda akan sentiasa meningkat maju selagi setiap proses dalam melaksanakan transaksi di ringkaskan ke tahap yang minimum. 
Ringkaskan cara temui perniagaan anda. Ringkaskan cara berhubung, cara membeli dan ara membayar. Ringkaskan cara pulangkan barang bermasalah, ringkaskan cara clain dan segalanya ringkas.
Urusan menjadi mudah. Pelanggan lebih selesa dan cepat sesuaikan diri. Syarikat akan ke depan berbanding pesaing.
Ringkaskan perniagaanModel perniagaan yang paling baik adalah perniagaan yang paling ringkas produknya. Lihat coca cola, hanya jual minuman dan dia menjadi salah satu syarikat yang cukup hebat di dunia. Lihat Mc Donald, budak-budak lepasan sekolahpun mampu kendalikan keseluruhan cawangannya.

Jangan serabutkan diri dengan terlalu banyak produk dan tawaran. Ringkaskan saja supaya bisnes anda lebih cekap.
Ringkaskan imejAntara petua mengambil gambar dalam dunia kamera adalah jadikan imej yang kita rakamkan seringkas mungkin, gambar akan lebih menarik dan menyampaikan mesej yang lebih tepat.
Dalam seni lukisan juga melukis objek dengan konsep ringkas mampu menghasilkan nilai seni yang hebat.

Jika anda ukir kepala orang pada kayu, anda akan ringkaskan kayau itu dengan membuang semua sudut yang bukan gambarkan kepala orang. Akhirnya akan jadi ukiran kayu kepala orang.
Ringkaskan rekaanDunia fesyen amat teruja untuk menghasilkan konsep fesyen ringkas dan ia menjadi kegilaan ramai.

Ringkaskan masalahPermudahkan jangan menyusahkan. Itu ayat terkenal dalam mengamalkan agama dan berdakwah.

Ringkaskan perjalananAmbil jalan yang lurus, ia merupakan jalan yang paling ringkas dan cepat. 
Anda sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang lurus. 
Lurus maknannya ringkas dan berbelit bengkang bengkok maknannya berserabut.

Ringkaskan rekabentukRumah berkonsepkan minimalism amat praktikal, kemas manarik dan tersusun. Ruangnya luas dan lebih luas lebih mudah untuk lalu lalang. 
Konsep rekabentuk ringkas juga membuatkan IKEA gergasi industri perabut besar dunia mendapat sambutan ramai.

Ringkaskan masaKerana mahu ringkaskan masa dan tinggikan produktiviti berbagai inovasi hebat dunia terhasil.
Telefon bimbit, kenderaan, mesin automatik, calculator dan berjuta barangan lagi semuanya sebab manusia mahu meringkaskan urusah hidup mereka.

Ternyata apa saja yang anda buat tidak dapat dielakkan daripada terpaksa mengamalkan gaya hidup ringkas.
Untuk mengamal dan mencapai matlamat gaya hidup ringkas, malangnya bukanlah sesuatu yang ringkas. Ia menuntut anda mengejar ilmu dan menggunakan akal sebaik mungkin bagi merealisasikannya.
Dengan sentiasa ingatkan diri untuk meringkaskan segala yang tidak ringkas, pasti anda akan mula bergerak laju ke arah yang lebih baik dalam apa sahaja yang sedang dilakukan.
Buang semua yang tidak perlu dan hanya tinggalkan apa yang perlu saja, bakal melapangkan kehidupan dalam segenap segi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/gaya-hidup-ringkas-di-mana-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sebagai Seorang Ibu Saya Sangat Sakit Hati Fazura

Video Sebagai Seorang Ibu Saya Sangat Sakit Hati Fazura

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 305 hits
Isu kanak kanak dan bayi dider4 ketika berada di pusat pengasuhan atau taska sehingga ada yang men1nggal dunia turut mendapat perhatian pelakon Nur Fazura Fazura menerusi video yang dikongsikan di TikTok memberi pesanan kepada semua pengasu...
Anwar Perlu Umno Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

Anwar Perlu Umno Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 491 hits
Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip prinsip asal pembinaan ...
Simpan Sini Sebagai Kenangan

Simpan Sini Sebagai Kenangan

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 243 hits
Dari 2008 setia dengan header yang sama akhirnya hari ini akur untuk menukar dengan tema yang baru pula Maka kita save la header lama ni sebagai kenangan Terlalu banyak kenangan pahit manis selama belasan tahun berblog Sebut la apa saja sem...
Kerjasama Strategik Malaysia Dan China Bukan Hanya Sebagai Perangkap Hutang

Kerjasama Strategik Malaysia Dan China Bukan Hanya Sebagai Perangkap Hutang

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 165 hits
nbsp KUANTAN Projek berskala besar yang dibiayai China di negara ini perlu dilihat sebagai kerjasama dua hala yang strategik dan bukan sebagai perangkap hutang Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata setiap projek yang dilaksana...
Cara Daftar Sebagai Pemandu Maxim Taxi Senang Lulus

Cara Daftar Sebagai Pemandu Maxim Taxi Senang Lulus

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 392 hits
CARA DAFTAR SEBAGAI PEMANDU MAXIM TAXI SENANG LULUS Mencari rezeki adalah satu tanggungjawab yang besar Bahkan kita dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan berkat Tambahan pula zaman kini yang mengalami krisi ekonomi global yang mengha...
Warga Dbkk Diumum Sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B 17

Warga Dbkk Diumum Sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B 17

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 201 hits
Petronella Douny bimbing skuad bola sepak wanita B 17 FAM Umum Petronella Douny Sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B 17 Menurut Pengarah Teknikal FAM Scott O Donell Petronella pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Mal...
Fuad A Kiram Waris Sultan Sulu Disenarai Sebagai Pengganas

Fuad A Kiram Waris Sultan Sulu Disenarai Sebagai Pengganas

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 209 hits
Ainin Wan SallehPUTRAJAYA Seorang lelaki yang mengaku waris kesultanan Sulu diisytihar sebagai pengganas oleh kerajaan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang Undang di Jabatan Perdana Menteri Khairul Dzaimee Daud berkata Kementerian Dalam...
Dia Sangat Comel Cha Jooyoung Dedah Selebriti Ini Sebagai Ciri Lelaki Idaman

Dia Sangat Comel Cha Jooyoung Dedah Selebriti Ini Sebagai Ciri Lelaki Idaman

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 157 hits
Semakin popular kini pasti ramai yang tertanya tanya tentang apakah ciri lelaki idaman pelakon Cha Joo young ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Cha Joo young telah tampil sebagai tetamu dalam program Point Of Omniscient Interference di mana wa...
Beri Saya Beberapa Tahun Malaysia Akan Semarak Semula Sebagai Suara Raksasa Janji Pm Anwar

Beri Saya Beberapa Tahun Malaysia Akan Semarak Semula Sebagai Suara Raksasa Janji Pm Anwar

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 203 hits
nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Malaysia memberikan tempoh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya beberapa tahun dalam membuktikan pembentukan tatakelola pentadbiran yang baik selain menghapuskan amalan sakau men...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran