Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah Namun Tak Juga Senang Harus Pandai Bahagi Masa


Tugas seorang isteri dan ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Namun tak bermakna kita menidakkan jasa dan pengorbanan lelaki bergelar suami dan ayah kepada anak-anak kita. Jarang lelaki merungut penat dan sebagainya sedangkan hakikatnya mereka juga melalui jadual yang memenatkan saban hari.
Ada waktunya kerja mereka menuntut lebih masa sehinggakan jarang dapat bersama anak-anak, apa lagi melihat anak-anak membesar di depan mata. Pengorbanan yang kurang dilihat secara kasar. Namun inilah hakikatnya. Jadi isteri haruslah memahami dan menyokong suami dalam segala hal. Faham dah cukup memadai bagi suami.

Perkongsian seorang suami dan lelaki bergelar bapa, Firdaus Shakirin ini menarik untuk kita baca. Belajarlah untuk menjadi yang terbaik buat isteri dan anak-anak yang sentiasa menanti kepulangan.
Jadi suami ni tak susah, namun tak juga senang…
Pagi-pagi buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan, 6.30 pagi keluar rumah dalam keadaan luar gelap lagi. Bawak motor 30 sampai 40 minit baru sampai tempat keje, dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang. Subuh kot, beku muka dengan tangan.
Itu belum lagi bawak motor ketika hari hujan…

Sampai tempat kerje, DAH LETIH…tak mula buat keje lagi, tapi dah letih. Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan…
Kereta ada, tapi bagi isteri guna. Tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik motor sebab bawak kereta ulang alik ke tempat keje, kosnya tinggi dan jem lagi.
Maka buatlah keje satu demi satu mengikut arahan. Kalau tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain. Kalau tak siap tak boleh balik. Ada keje yang simple, ada keje yang rumit, ada keje yang menggunakan fizikal, ada keje yang menggunakan mental.
Penat fizikal, penat mental.

Sampai je umah, baru turun motor, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak dah ajak keluar ronda. Isteri dah suruh keluar beli barang, seharian dah letih bekerja, seharian dah kena buat macam-macam, tapi turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri. Layan anak-anak, layan isteri.
Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada. Nak tengok tv pun tak senang.

 
Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan. Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.
Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah utk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa didunia.
Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah. InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.

The post “Jadi Suami Dan Ayah Ni Tak Susah, Namun Tak Juga Senang”, Harus Pandai Bahagi Masa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jadi-suami-dan-ayah-ni-tak-susah-namun-tak-juga-senang-harus-pandai-bahagi-masa-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 228 hits
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen Pelakon jelita Datin Diana Danielle menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan rumah tangganya dengan Datuk Farid Kamil menguatkan hubungan cinta mereka Jelas ...
Duit Tak Cukup Isteri Saya Bagi Gadai Barang Kemas Asalkan Susah Senang Bersama

Duit Tak Cukup Isteri Saya Bagi Gadai Barang Kemas Asalkan Susah Senang Bersama

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 354 hits
Menjadi isteri yang bekerja atau suri rumah kedua duanya memerlukan pengorbanan Tidak ada yang kurang isteri bekerja dan suri rumah saling diperlukan oleh keluarga Menyelusuri cabaran rumah tangga hanya suami isteri yang rasa Air mata harta...
Siapa Yang Suami Harus Didahulukan Isteri Atau Ibu Bapa Dan Keluarga

Siapa Yang Suami Harus Didahulukan Isteri Atau Ibu Bapa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 903 hits
Dalam hidup berumahtangga pastinya akan ada masa di mana berlakunya perselisihan faham di antara suami isteri Di antara isu yang sering menjadi persoalan adalah keutamaan manakah yang perlu diberi dalam soal nafkah Menerusi perkongsian di F...
Orang Nampak Suami Isteri Ni Senang Hakikatnya Tengah Bulan Struggle Nak Tunggu Gaji

Orang Nampak Suami Isteri Ni Senang Hakikatnya Tengah Bulan Struggle Nak Tunggu Gaji

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 470 hits
Susah senang dalam berumahtangga hanya suami isteri yang rasa Pengalaman mendewasakan dan mematangkan setiap pasangan Ujian yang datang dilalui bersama menjadikan hubungan semakin utuh Pada awal perkahwinan setiap pasangan akan mula mengena...
Pada Kasus Nyeri Tertentu Tak Cukup Diobati Dengan Obat Gosok Namun Harus Dioperasi

Pada Kasus Nyeri Tertentu Tak Cukup Diobati Dengan Obat Gosok Namun Harus Dioperasi

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 124 hits
Dokter spesialis anestesiologi dan reanimasi RS EMC Sentul Ketut Ngurah Gunapriya menjelaskan bahwa nyeri akut sebenarnya baik karena itu adalah alarm bagi tubuh kita
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 470 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
Suami Yang Sweet Tak Pernah Berkira Dengan Isteri Dan Pandai Buat Surprise

Suami Yang Sweet Tak Pernah Berkira Dengan Isteri Dan Pandai Buat Surprise

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 420 hits
Bagi wanita bergelar isteri dan ibu menguruskan rumah tangga dan anak anak pengorbanan besar dalam diri mereka Lagi bertambah tanggungjawab itu apabila turut menjadi wanita bekerjaya dan memerlukan fokus yang tinggi kepada karier Tanpa masa...
Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 261 hits
Foto foto anak Walikota Tidore Muhammad Sinen yang bernama Muhammad Rafdi Marajabessy viral karena gaya hidupnya yang tak terduga Bukan karena pamer kemewahan Muhammad Rafdi Marajabessy justru menuai pujian karena hidup dengan sederhana Aku...
Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

Isteri Faham Suami Balik Malam Cari Rezeki Ada Masa Free Tanyalah Khabar Bawa Jalan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 415 hits
Mendirikan rumahtangga satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan seumur hidup Ini kerana ia merangkumi cara hidup dan masa depan buat selamanya Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh temeh Ia melibatkan dua insan yang berset...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita