Jadi Diri Sendiri 5 Selebriti Ini Tetap Yakin Meski Punyai Kulit Sawo Matang
Seperti sedia maklum, Korea Selatan sangat terkenal dengan kecantikan standard sedia ada. Dari kulit putih, tinggi dan berbadan langsing, inilah definisi kecantikan standard bagi masyarakat di sana.
ARTIKEL BERKAITAN
Kecantikan Standard Tidak Realistik, Ini Sebab Pembedahan Plastik Sangat Popular Di Korea
Tetapi bagi 5 artis ini, mereka sangat menghargai warna kulit semula jadi yang dimiliki.
Jessi
Artis Korea-Amerika, Jessi, tidak mempunyai kerjaya yang lancar ketika dia mula-mula menjadi selebriti. Dia telah berada dalam industri muzik sejak 2005, tetapi hanya selepas menyertai rancangan “Unpretty Rapstar” pada 2015 dia telah mendapat perhatian daripada orang ramai.
Jessi ada bercakap tentang kesukaran kerjayanya disebabkan warna kulit sawo matang. Dia berkata,
Orang Korea tidak suka bahawa saya mempunyai banyak tindikan jadi saya mengeluarkan semuanya, tetapi saya masih tidak disayangi.
Tetapi penyanyi rap berbakat itu terus mencuba dan percaya suatu hari nanti orang ramai akan menerimanya kerana bakat yang dimiliki.
Haechan NCT
Haechan dari kumpulan K-Pop global NCT, terkenal bukan sahaja dengan suaranya yang sungguh merdu tetapi juga dengan kulit sawo matangnya. Malah, dia menganggap warna kulitnya sebagai satu kelebihan, walaupun dia dibandingkan dengan ahli lain yang mempunyai warna kulit lebih cerah.
Kai EXO
Semasa kemunculan awal EXO, penari utama mereka Kai sering dipanggil kkamjong (‘jong’ bermaksud gelap dalam bahasa Korea) kerana warna kulitnya. Usikan ini pernah mengganggu bintang K-Pop itu, tetapi Kai akhirnya semakin berbangga dengan kulitnya yang sawo matang.
Dalam satu jemputan radio pada tahun 2015, Sunny Girls’ Generation bertanya kepada ahli EXO jika mereka boleh berkongsi ciri yang menjadikan mereka berbeza semasa persembahan. Kai dengan yakin menjawab,
Pertama sekali, saya berkulit gelap, dan saya bekerja keras dalam menari. Saya berpuas hati dengan warna kulit saya.
Seolhyun AOA
Ahli AOA, Seol-hyun menjadi semakin popular kerana lagu-lagu hit kumpulannya serta watak lakonan dalam K-Drama “Orange Marmalade”. Bagaimanapun di sebalik kejayaannya, pelakon muda itu terpaksa berhadapan dengan banyak komen kebencian tentang berat badan dan warna kulitnya.
Dalam episod “Three Meals a Day”, Seol-hyun mendedahkan bahawa dia pernah berasa tidak yakin dengan penampilannya kerana mempunyai kulit lebih gelap daripada orang lain. Dia berkata,
Dulu orang mempunyai kecenderungan ini, bahawa semua wanita perlu putih dan kurus. Orang selalu memberitahu saya untuk menurunkan berat badan dan memakai alat solek jadi saya cuba mendengar. Akhirnya, saya menyedari bahawa orang suka saya kerana siapa saya, dan kulit gelap bukan penghalang untuk saya berjaya.
Ju Jihoon
Ju Ji-hoon menjadi terkenal kerana watak ikoniknya sebagai putera mahkota Lee Shin dalam “Princess Hours”. Pada masa itu, dia telah menerima komen terhadap kebencian pada warna kulitnya, yang menjejaskan keyakinan diri.
Dalam episod “You Quiz on the Block”, Ju Ji-hoon mendedahkan bahawa dia terpaksa memadam akaun media sosialnya kerana komen jahat yang diterima. Walaupun kritikan itu sangat mempengaruhi dirinya, hal ini tidak menjadi penghalang Ju Ji-hoon untuk terus berlakon.
Kulit sawo matang pun cantik la…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Jadi Diri Sendiri! 5 Selebriti Ini Tetap Yakin Meski Punyai Kulit Sawo Matang first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/jadi-diri-sendiri-5-selebriti-ini-tetap-yakin-meski-punyai-kulit-sawo-matang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jadi-diri-sendiri-5-selebriti-ini-tetap-yakin-me