Letakkan Diri Dalam Bahaya 5 Pelakon Ini Berani Lakukan Adegan Aksi Sendiri
Kebiasaannya, semua aksi lagak ngeri yang kita tengok dalam mana-mana K-Drama sebenarnya dilakukan oleh orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN
Bermula Dengan Watak Kanak-Kanak, 5 Pelakon Ini Berjaya Menjadi Hero K-Drama
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon yang sangat berani melakukan adegan aksi, tanpa perlukan bantuan pelakon lagak ngeri.
Jeon Jihyun
Setelah membintangi pelbagai filem aksi, tidak keterlaluan untuk memanggil Jeon Ji-hyun sebagai ‘dewi aksi’. Dalam “The Thieves”, di mana Jeon Ji-hyun membintanginya bersama Kim Soo-hyun, aktres itu memainkan watak pencuri hebat yang membanggakan orang ramai, daripada memanjat tembok tinggi sehingga melompat melintasi bangunan.
Lagi mengejutkan penonton, kebanyakan adegan ini dilakukan oleh pelakon itu sendiri, termasuk di mana dia melompat ke bawah satu tingkat sambil memegang gelas wain. Mengetahui perkara ini, orang ramai tidak dapat mengelak daripada memuji Jeon Ji-hyun atas keberaniannya.
Jo Jungsuk
Dalam “Jealousy Incarnate”, Jo Jung-suk menjadi pelakon utama dengan watak Lee Hwa-shin, seorang pembawa berita terkenal yang tiba-tiba mendapati dia menghidap kanser payudara. Di samping perlu memakai pakaian dalam wanita, Jo Jung-suk juga memainkan adegan di mana dia perlu mendapatkan pemeriksaan payudara sebenar.
Dalam kes ini, dia bukan hanya berlakon untuk keseronokan, prosedur yang menyakitkan itu dijalankan secara nyata. Selain itu, Jo Jung-suk turut menyebut perkara ini dalam sidang akhbar dengan berkata,
Saya benar-benar menjalani ujian payudara saya dan ianya berasa sangat sakit.
Jung Woosung
“The Good, The Bad, The Weird” mempunyai banyak montaj menunggang kuda, mengejar, pertarungan senjata, dan telah didedahkan bahawa Jung Woo-sung, pelakon utama filem itu, melakukan semua aksi ini sendiri. Malah adegan yang mengagumkan di mana dia memutar pistolnya dengan sempurna semasa menunggang kuda dilakukan oleh pelakon itu sendiri. Hal ini menjadikan Jung Woo-sung kelihatan seperti pelakon aksi Hollywood yang sangat berpengalaman.
Park Shinhye
Park Shin-hye sering dituduh hanya mengambil watak gadis dalam kesusahan yang berulang dan dia dianggap hanya mengambil watak mudah sahaja. Walau bagaimanapun, sedikit orang tahu, Park Shin-hye pernah menjalani pengambaran melakukan aksi berat sendiri.
Dalam drama “Doctors”, pelakon itu bertarung secara nyata sambil memainkan watak seorang pelajar yang memberontak, kemudiannya menjadi doktor. Dalam pada itu, dis perlu melakukan aksi pukulan pada masa-masa genting. Park Shin-hye juga ada terlibat dalam filem hebat seperti “Alive” dan “Sisyphus: The Myth”, yang juga menampilkan aksi luar biasa.
Han Sohee
Han So-hee berkongsi bahawa dia melakukan semua aksinya untuk siri “My Name” dan berlatih empat bulan sebelum penggambaran. Perlu diperhatikan juga bahawa “My Name” ialah siri aksi pertama bagi pelakon cantik itu serta, ia memberi peluang untuknya membintangi satu lagi siri aksi “Gyeongseong Creature”.
Tambahan, muka Han So-hee cedera semasa penggambaran adegan aksi untuk “Gyeongseong Creature” tetapi syukur tidak memerlukan sebarang pembedahan kerana luka itu boleh pulih dengan sendiri.
Wahh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Letakkan Diri Dalam Bahaya, 5 Pelakon Ini Berani Lakukan Adegan Aksi Sendiri first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/letakkan-diri-dalam-bahaya-5-pelakon-ini-berani-lakukan-adegan-aksi-sendiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=letakkan-diri-dalam-bahaya-5-pelakon-ini-berani-l