Jadi Cleaner Jual Burger Gelang Kahwin Kau Gadai Nak Bantu Aku Terharu Baca Ucapan Achey Untuk Isteri
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Nur Hasanah Yahaya atau Anne, isteri kepada Achey. Happy belated birthday Anne! Walaupun orangnya lucu dan suka buat lawak, tapi bila Achey berikan ucapan khas buat isterinya, rasa sebak pula.
Artikel Menarik: [“Belum Sempat Induce Dah Bersalin.” Ibu Ini Kongsi Surah Abasa Ayat 20, Doa Mudah Bersalin]
Melalui perkongsian Achey, dia tidak segan mengakui pengorbanan yang Anne lakukan untuk dirinya untuk dia berjaya sehingga sekarang. Betapa Anne tidak kisah bekerja sebagai cleaner, berniaga burger dan sanggup juga menggadaikan gelang perkahwinan mereka. Susah macam mana pun kehidupan mereka dahulu, Anne tidak pernah bosan menjadi ‘tulang belakang’ Achey.
Ikuti perkongsian Achey ini:
View this post on Instagram
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)
Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin… apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass ..
Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan…
Artikel Menarik: [Wow, Putih Macam Baju Baru! Tak Perlu Sental, Rendam Sabun & Masuk Mesin Aje]
Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa..
..
Soal anak? Dia senyumm.. @tiarazinnirah_official kan ada
..
Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini..
..
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG
Perkongsian Achey ini mendapat hampir 130,000 tanda suka dan rata-rata warga maya tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan mereka agar terus kekal bahagia.
Sumber: ACHEY KINTANG KINTUNG
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Jadi Cleaner, Jual Burger. Gelang Kahwin Kau Gadai Nak Bantu Aku.” Terharu Baca Ucapan Achey Untuk Isteri appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jadi-cleaner-jual-burger-gelang-kahwin-kau-gadai-nak-bantu-aku-terharu-baca-ucapan-achey-untuk-isteri/