Jackie Chan Sebenarnya Buta Huruf


Semua orang kenal legenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas, Jackie Chan, yang walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepadanya untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi dunia filem Hollywood.

Jackie Chan

Beliau yang tidak tahu membaca mahupun menulis, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan.

Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan.

Ketika dilahirkan, bapanya yang tidak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran.

Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah.

Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa Jackie Chan akan mengejutkannya pada awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama.

Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu Jackie Chan dalam membina karekter, mengajar erti kesabaran, kekuatan dan keberanian.

Ketika di sekolah rendah, Jackie Chan bersekolah di Nah-Hwa Primary School yang mana dia gagal pada tahun pertama lalu diberhentikan sekolah oleh bapanya.

Wang yang diberikan untuk berulang alik ke sekolah sebaliknya digunakan untuk membeli makanan dan berjalan kaki pergi dan pulang dari sekolah serta kerap bergaduh dengan kanak-kanak kulit putih dalam perjalanan.

Ketika kanak-kanak lain lulus dan melangkah ke darjah 3, Jackie Chan yang gagal masih di darjah 1.

Melihat keadaan itu, bapanya menghantar Jackie Chan yang berusia 7 tahun ketika itu ke Akademi Drama China, sebuah Sekolah Opera Peking.

Ketika berjalan bersama ayahnya di sekolah itu, Jackie Chan terlihat kanak-kanak beraksi dan bermain pedang serta kayu.

Jackie Chan menceritakan ketika itu dia berasa sangat teruja dan bersemangat, serta tidak mahu ke sekolah akademik lagi.

Di sekolah tersebut, Jackie Chan mempelajari seni bela diri, akrobatik, menyanyi dan juga berlakon.

Pelajar sekolah ini diajar disiplin yang sangat tegas di mana mereka akan dipukul jika melanggar arahan atau membuat kesilapan.

Walaupun agak keras baginya, namun Jackie Chan tiada tempat untuk pergi kerana ketika itu ibu bapanya telah berpindah ke Australia dan dia dijaga oleh seorang Master.

Jackie Chan menamatkan pelajaran di akademi ini pada usia 17 tahun, namun ketika itu Opera China sudah tidak lagi popular membuatkannya serta rakan-rakan terpaksa mencari kerja dalam bidang lain.

Namun, ia sangat sukar kerana mereka tidak diajar membaca dan menulis ketika di akademi itu dan satu-satunya kerja yang boleh dilakukannya adalah kerja buruh atau aksi.

Ketika itu juga banyak filem di Hong Kong dihasilkan dan mereka memerlukan stuntman yang muda dan kuat.

Jackie Chan seorang yang sangat lincah dan sanggup mencuba apa saja untuk mendapatkan kerja.

Karier sebagai seorang stuntmat Jackie Chan bermula dengan filem Bruce Lee iaitu Fist of Fury pada dan Enter the Dragon pada tahun 1972 dan 1973, namun ia tidaklah semudah itu.

Kegagalan demi kegagalan dilalui Jackie Chan dan disebabkan kesukaran mencari kerja stuntman, dia berhijrah ke Australia dan tinggal bersama ibu bapanya di sana pada tahun 1976.

Jackie Chan kemudiannya menyambung pelajaran dan bekerja dalam bidang pembinaan.

Kerja dalam bidang pembinaan amat sukar dan membosankan bagi Jackie Chan, membuatkannya tidak gembira tinggal di Australia.

Namun, nasib menyebelahi Jackie Chan apabila penyelamatnya iaitu Willie Chan muncul dalam hidupnya.

Willie Chan yang bekerja dalam industri perfileman Hong Kong sedang mencari seorang bintang untuk filem terbaru Lo Wei (pelakon dan direktor yang popular di Hong Kong).

Willie yang pernah melihat bakat dan aksi Jackie sebagai stuntman berasa kagum, dan telah bertemu dengannya. Ketika ini Jackie Chan belum mengetahui bahawa Willie akan menjadi rakan baik serta pengurusnya.

Jackie Chan kemudiannya pulang ke Hong Kong untuk membintangi filem "New Fist of Fury" ketika berusia 21 tahun.

Namun, filem ini tidak begitu berjaya kerana bakat yang ada pada Jackie Chan tidak digunakan dengan betul.

Kejayaan mula menampakkan bayangnya hanya apabila Jackie Chan menyumbangkan ideanya yang menggabungkan unsur lawak ke dalam filem seni bela diri.

Tidak lama selepas itu, Jackie Chan mula menjadi bintang terkenal, dengan kejayaan dalam filem "Snake in Eagle's Shadow", diikuti dengan filem blockbuster iaitu "Drunken Master".

Filem pertama yang diarahkan oleh Jackie Chan juga mendapat sambutan hangat iaitu "Fearless Hyena".

Jackie Chan tidak berhenti disitu apabila dia mula bereksperimentasi dengan watak komiknya.

Perubahan ini memberikan perspektif baru kepada genre ini yang mana kemahiran yang dipelajari di sekolah opera telah digunakan sepenuhnya oleh Jackie Chan.

Selepas kematian Bruce Lee, pencarian pelakon baru yang boleh menginspirasikan penonton seperti mana dilakukan Bruce Lee, lalu setiap ahli seni bela diri muda diberikan peluang.

Jackie Chan yang tidak mahu meniru gaya dan hidup dalam bayang-bayang Bruce Lee telah menghasilkan gaya tersendiri dalam lakonannya.

Dalam menyempurnakan gayanya yang tersendiri, pelbagai kecederaan yang dialaminya termasuklah patah hidung sebanyak 3 kali, buku lali, hampir kesemua jari, tulang pipi serta tengkorak kepalanya.

Kini, Jackie Chan adalah antara legenda seni bela diri terbaik di dunia setaraf dengan Bruce Lee.

Jackie Chan bukan sahaja sangat popular di Asia malah juga di Hollywood dan banyak filem-filem beliau mendapat sambutan hangat di Hollywood termasuklah Rush Hour dan Shanghai Noon.

Walaupun menerima pendidikan yang sangat minima, Jackie Chan telah dianugerahkan gelaran doktor kehormat sains sosial oleh Hong Kong Baptist University dan rakan kehormat oleh Hong Kong Academy of Performing Arts.

Tidak mampu membaca dan menulis, Jackie Chan masih mampu mencapai kejayaan sebegitu besar disebabkan ketekunan dan kegigihannya dalam bidang yang diceburi.

Usaha inovatifnya menambah elemen komik dalam filem seni bela diri terbukti berkesan dan memberikan impak besar kepada dunia perfileman sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2015, majalah Forbes menganggarkan kekayaan Jackie Chan sebanyak RM1.5 bilion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Jet Li, Lagenda Kung Fu MasterKisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/jackie-chan-buta-huruf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prksandakan Kononnya Dap Sewa Kerusi Mps Tapi Sebenarnya

Prksandakan Kononnya Dap Sewa Kerusi Mps Tapi Sebenarnya

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 277 hits
DAP telah menjawab posting saya pagi ini yang menuduh DAP gunakan aset kerajaan tempatan untuk ceramah PRK Sandakan Mereka kata siapapun boleh menyewa dewan dan 500 buah kerusi Sebagai bukti DAP menunjukkan satu surat permohonan daripada me...
10 Selebriti Malaysia Ini Sebenarnya Merupakan Adik Beradik

10 Selebriti Malaysia Ini Sebenarnya Merupakan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 2241 hits
Industri seni di Malaysia kini dibarisi dengan bakat baru yang pastinya memberi lebih warna sekali gus memeriahkan dunia hiburan tempatan baik pelakon penyanyi dan pengacara Bahkan ada juga diantara mereka yang terdiri daripada adik beradik...
Video Tu Sebenarnya Untuk Promo Produk Terbaru Saya Jkm Cari Aliff Syukri

Video Tu Sebenarnya Untuk Promo Produk Terbaru Saya Jkm Cari Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 459 hits
Susulan daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan ada menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat pada pagi tadi namun mereka tidak sempat bertemu kerana dia sibuk BACA Pihak JKM ada datang ke pejabat kami pag...
Sebenarnya Plan Saya Nak Keluarkan Produk Tak Sangka Pula Viral Aliff Nafi Rotan Anak Sampai Cedera

Sebenarnya Plan Saya Nak Keluarkan Produk Tak Sangka Pula Viral Aliff Nafi Rotan Anak Sampai Cedera

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 404 hits
Susulan NGO membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik yang didakwa mendera anak perempuannya Jabatan Kebajikan Masyarakat datang ke pejabat Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Bagaimanapun Aliff tidak sempat berjumpa dengan wakil JKM berke...
Ketika Kami Menjalani Penggambaran Itu Mereka Sebenarnya Sudah Bercerai

Ketika Kami Menjalani Penggambaran Itu Mereka Sebenarnya Sudah Bercerai

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 270 hits
Dituduh menjadi punca perceraian Rashidi Ishak dan Vanidah Imran finalis Dewi Remaja 2014 2015 Fify Azmi menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor berusia 45 tahun itu Katanya lagi dia sudah lama mengenali anta...
Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

Nampak Macam Kecil Lagi Anak 15 Bulan Sebenarnya Sudah Faham Untuk Behave

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 387 hits
Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN Disiplinkan anak pada usia bayi adakah terlalu awal Jawapannya ...
Inilah Syurga Awak Ada Depan Mata Syifa Lahir Dengan Cecair Di Kepala Sumbing Buta

Inilah Syurga Awak Ada Depan Mata Syifa Lahir Dengan Cecair Di Kepala Sumbing Buta

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 634 hits
Hanya perkataan Allahuakbar keluar dari mulut bila melihat kesakitan yang dilalui oleh anak sekecil ini yang diduga dengan ujian begitu besar sejak dari lahir Sesiapa yang melihatnya mesti terasa sebak tapi kedua ibu bapanya sungguh cekal m...
Prestasi Menteri Kewayangan Perbandingan Untuk Si Buta Dan Pekak

Prestasi Menteri Kewayangan Perbandingan Untuk Si Buta Dan Pekak

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 481 hits
Semalam saya buat posting tentang hutang negara terus naik setelah Menteri Kewayangan pinjam RM4 bilion lagi minggu itu Posting itu tular dan disiarkan oleh beberapa media perniagaan dan media Cina Tony Pua dan bossnya mungkin kepanasan mem...
Lelaki Mula Huruf A Ni Memang Perangai Lain Macam Sikit Ye Netizen Perli Siapa

Lelaki Mula Huruf A Ni Memang Perangai Lain Macam Sikit Ye Netizen Perli Siapa

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 768 hits
Kontrroversi mengenai isu rumah tangga yang melanda pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah Abu Sufyan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ammar Alfian sememangnya mendapat perhatian netizen Rata ratanya meluahkan rasa marah dan tidak pua...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah

Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable