Jack Sparrow Sebenarnya Muslim


Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.


 Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.



Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. 
Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.Queen Elizebeth I
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Menjadi Lanun

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber sepertiRichard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Memeluk Islam

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. 
Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol.
Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Meninggal Dunia
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).

                                                Perhatikan lambang bulan dan bintang.

* info di atas memetik dari blog yang lain.harap maklum.
Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adisaufi.blogspot.com/2013/09/jack-sparrow-sebenarnya-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kripto Haram Untuk Muslim Mui

Kripto Haram Untuk Muslim Mui

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 133 hits
Oleh Majlis Ulama Indonesia hari ini beranggapan mata wang kripto adalah haram atau dilarang kerana memiliki elemen tidak menentu pertaruhan dan mendatangkan mudarat Penggunaan aset kripto sebagai mata wang diharamkan bagi umat Islam kata p...
Halal Dan Haram Mempengaruhi Keperibadian Muslim

Halal Dan Haram Mempengaruhi Keperibadian Muslim

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 197 hits
PengenalanHalal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak Di Malaysia isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada ...
Ashraf Muslim Enggan Komen Dakwaan Ashraf Kahwin Dua

Ashraf Muslim Enggan Komen Dakwaan Ashraf Kahwin Dua

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
Sebuah forum gosip hiburan baru baru ini mengeluarkan satu dakwaan bahawa pelakon yang dahulunya pernah popular menerusi drama Manjalara Ashraf Muslim telah berkunjung ke sebuah mahkamah syariah baru baru ini Tujuannya adalah untuk membuka ...
Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka

Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 109 hits
Guys just for sharing Soalan Ada ramai bukan muslim dalam dunia ini yang mati dalam keadaan tidak mengetahui tentang Islam Mereka dianggap mati kafir Mungkin juga mereka tahu tapi tidak faham tentang Islam Apakah mereka tetap masuk nereka J...
Apabila Pekerja Muslim Tidak Bebas Beribadat

Apabila Pekerja Muslim Tidak Bebas Beribadat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 138 hits
Saya terbaca di satu blog mengenai Mcdonald Malaysia melarang pekerja lelakinya menunaikan solat Jumaat Namun saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan sejak berumur 18 ta...
Tips For Vegetarian And Muslim Backpackers

Tips For Vegetarian And Muslim Backpackers

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 127 hits
If you re tired of dealing with similar confusion from servers who think that vegetarian means that if the meat s white it s alright try these tips for actually finding food you can eat on the road This tips can be apply mostly for Vegetari...
Bangga Jadi Muslim Siswi Kelas 1 Sd Di Melbourne Ini Tetap Berjilbab

Bangga Jadi Muslim Siswi Kelas 1 Sd Di Melbourne Ini Tetap Berjilbab

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 113 hits
MELBOURNE Jika saat ini banyak orang Islam merasa dirinya harus membebaskan identitasnya dari atribut Muslim seperti berjilbab maka perlu rasanya mengambil hikmah dari twit lawas Kang Galih PMJ yang Arrahmah kutip Kamis ini Bismillah Gadis ...
Penggambaran Babak Hong Kong Dalam Transformers 4 Sebenarnya Dilakukan Di Detroit

Penggambaran Babak Hong Kong Dalam Transformers 4 Sebenarnya Dilakukan Di Detroit

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 290 hits
Transformers Age of Extinction menampilkan babak babak dari Hong Kong di bahagian akhir filem Namun ramai yang tidak menyangkakan bahawa kebanyakan aksi yang memaparkan Hong Kong sebenarnya dilakukan di sebuah set besar yang direka khas di ...
Pas Claim On Non Muslim Rights Now Exposed As A Canard

Pas Claim On Non Muslim Rights Now Exposed As A Canard

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 322 hits
In recent days two moves by the authorities in Kuala Lumpur and Kedah confirmed the fears of non Muslims that despite protestations to the contrary Muslim enforcers don t care a fig for the rights of others when applying their bans on alcoh...
Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Wanita Di Hotel Bajet

Terowong Genting Sempah Pertama Di Malaysia

9 Ditahan Dalam Pesta Minum Arak Parti Buih

Cahaya Misteri Muncul Di Langit Malam

Drama Melayu 2025

Pendedahan Chegu Bard Bikin Madani Goyah

Yoursay Kudos To Nik Nazmi For Speaking Up But Where S Anwar


echo '';
Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Navigating Intellectual Property

Lirik Lagu Urai Elliza Razak

Mampukah Umno Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari

Tahun Baru Matlamat Baru

Ikan Masak Asam Lagi Lama Terendam Kuah Lagi Sedap

Takrifan Semula Pengkelasan Isi Rumah Apa Pendapat Pakar