Apabila Pekerja Muslim Tidak Bebas Beribadat


Saya terbaca di satu blog mengenai Mcdonald Malaysia melarang pekerja lelakinya menunaikan solat Jumaat. Namun saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. (Mohon pencerahan)

Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan sejak berumur 18 tahun.

Sewaktu berumur 18 tahun, saya pernah bekerja di sebuah pasaraya besar di Jitra, Kedah. Namun syarikat terbabit tidak membenarkan staf lelaki Muslim solat Jumaat.


Sewaktu berumur 22 tahun, saya bekerja di Jusco Midvalley. Jusco membenarkan staf Muslim menunaikan solat fardu. Namun untuk solat Jumaat, staf lelaki Muslim dalam jabatan yang sama perlu bergilir-gilir untuk pergi ke masjid mengikut minggu.

Contohnya kalau minggu ini saya pergi masjid, minggu depan saya tak boleh ke masjid kerana memberi giliran kepada staf lelaki lain pula dalam jabatan yang sama. Tapi itu sewaktu saya bekerja sekitar 2008. Mungkin sekarang polisinya sudah berubah.



2009, saya bekerja di Häagen Dasz KLCC. Staf dibenarkan menunaikan solat fardu. Namun tidak membenarkan staf lelaki Muslim pergi ke masjid pada hari Jumaat. Sekarang, saya tak pasti mungkin sudah dibenarkan.

Lastly, 2010 saya bekerja dengan agen jualan tiket AirAsia di KL Sentral. Mulanya mereka benarkan saya menunaikan solat Jumaat. Tetapi ada yang bertanya kenapa terlalu lama 'menghilang' dari jam 1 - 2.15 petang. Saya terangkan satu persatu bagi management bukan Islam faham. (Masjid jauh dan perlu naik LRT)

Kemudian, management itu persoalkan lagi kenapa terlalu banyak solat. Pukul 2pm solat, 5pm solat dan 7.30pm pun lagi. Sampai kena marah dan disuruh buat pertimbangan untuk bekerja atau berhenti.

Alasannya, masa saya banyak 'keluar' bersolat. Saya akhirnya berhenti.


Apa yang saya nak kongsi ialah, kebanyakan sektor membabitkan pasaraya, urusan kaunter dan khidmat pelanggan yang saya sebutkan itu sebenarnya tidak mengamalkan dasar kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing secara bebas.

Kenapa selepas 57 tahun merdeka, masih ada syarikat atau sektor pekerjaan yang mengenakan syarat mengarut kepada Muslim untuk bekerja. Contohnya larangan memakai hijab untuk bekerja.


On top of that, kenapa SUHAKAM atau badan berkaitan termasuk kerajaan tidak memantau perkara ini? Adakah tiada laporan dibuat? Ataupun tiada pemantauan?

Sedih bila melihat staf Muslim hanya meminum seteguk air di kaunter cashier ketika berbuka puasa kerana tugas dan tidak dibenarkan 'braek' untuk iftar.

Mereka perlu tunggu sehingga 10 atau 10.30 malam untuk menjamah makanan berbuka. Kita di tahun 2014 dan ia masih berlaku.

Di mana silapnya kita? 


Artikel dipetik daripada FB Khairil Amri Tajuddin TV Alhijrah.

Sedih apabila masih terdapat banyak kes pekerja Islam yang tidak bebas beribadat dan menurut perintah agama di sebuah negara Islam. Negara kita sudah berusia 57 tahun tapi masih ada orang Islam yang tidak dapat melaksanakan ibadah solat kerana tidak dibenarkan oleh majikan.

Seringkali juga berlaku di syarikat2 swasta apabila seorang wanita berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ke tempat kerja, ia dibenarkan, namun apabila seorang wanita muslim bertudung atau memakai niqab, ada majikan yang tidak benarkan. Kenapa berlaku diskriminasi terhadap agama Islam sendiri di sebuah negara Islam?

Sayang sekali kita sering mendengar orang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia, tapi tiada pula kedengaran orang memperjuangkan kebebasan untuk orang Islam mengamalkan kepercayaan mereka di tempat kerja.

Sekali lagi, di mana silapnya kita? 




tags: pekerja kaitangan islam muslim muslimah tidak bebas beribadat lakukan amalan menurut perintah agama laksanakan tanggungjawab fb facebook khairil amri tajuddin tv alhijrah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fidzul96.blogspot.com/2014/08/apabila-pekerja-muslim-tidak-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Non Muslim Funeral Rites Allowed As Sabah Enters Recovery Phase 4

Non Muslim Funeral Rites Allowed As Sabah Enters Recovery Phase 4

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 268 hits
Masidi Manjun said funeral parlours would be allowed to operate from 6am to 8pm daily and the rites must not exceed two hours per session KOTA KINABALU Sabah will allow funerals and last rites at non Muslim houses of worship and funeral par...
Ini Cara Kesan Restoran Mamak Muslim Asli Dengan Fake

Ini Cara Kesan Restoran Mamak Muslim Asli Dengan Fake

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 226 hits
Umum mengetahui restoran mamak merupakan premis makanan yang popular untuk dijadikan tempat untuk lepak ataupun menjamu selera Ia seakan akan sudah sebati dengan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama Terutama sekali restoran ini mudah did...
Kung Fu Yoga Star Aarif Rahman Is Malaysian But Not Practicing Muslim

Kung Fu Yoga Star Aarif Rahman Is Malaysian But Not Practicing Muslim

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 451 hits
Written by AnnonymousFew days ago my colleague told me that Jackie Chan s latest movie titled Kung Fu Yoga was very interesting and funny to watch My colleague is not someone who talk a lot about movie and she s I guess very rare to go to w...
Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Pada November

Majlis Resepsi Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Pada November

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 141 hits
Pasangan kontroversi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dikhabarkan bakal melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka pada November ini di Ipoh Perak meskipun masih terpalit dengan isu pertikaian tentang Terdahulu mereka telah bernikah secar...
Muslim Malaysia Sedang Berperang Dan Berjihad

Muslim Malaysia Sedang Berperang Dan Berjihad

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Sedang di Palestin ramai ahlinya berjihad kerana jalan Allah untuk mempertahankan agama Islam dan juga kedaulatan tanah suci itu rakyat Malaysia dek dunia dan hiburan tanpa henti Tak ada sattu detik pun dalam hati untuk ingat Allah untuk in...
Jokowi Peringkat Ke 13 Dalam Jajaran Tokoh Muslim Paling Berpengaruh 2022

Jokowi Peringkat Ke 13 Dalam Jajaran Tokoh Muslim Paling Berpengaruh 2022

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 207 hits
Presiden Jokowi masuk dalam jajaran 500 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia tahun 2022 Dalam daftar itu Presiden Jokowi menempati peringkat 13 Tak hanya Jokowi terdapat dua ulama asal Indonesia yakni Ketua PBNU Said Aqil Siradj dan ang...
Apakah Produk Muslim Benar Benar Muslim

Apakah Produk Muslim Benar Benar Muslim

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 236 hits
Biasa dengarkan tajuk begini Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti Minyak...
Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 191 hits
TERKINI Bebas Akhirnya Terima kasih PM Kita Jaga Kita Please Share More www zunar my
Karen Buat Hal Lagi Netizen Bengang Karen Bebas Berjalan Tanpa Pelitup Muka

Karen Buat Hal Lagi Netizen Bengang Karen Bebas Berjalan Tanpa Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 261 hits
Saya sangat marah sebab orang Malaysia pun patuh SOP tapi individu ini boleh jalan sesuka hati tanpa memakai pelitup muka Itulah perkongsian seorang wanita di laman sosial Twitter setelah berang dengan tindakan Karen yang didakwa tidak mema...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm