Jack N Jill Potato Chips Terus Menemani Korang Dengan Perisa Lokal Terbaharu Asam Pedas Ikan


Hi Korang,
JACK ‘n JILL Potato Chips, yang merupakan antara jenama snek kegemaran di Malaysia, telah melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung tidak diduga – Asam Pedas Ikan! 

Hidangan savuri ini yang cukup sinonim dengan gabungan rasa pedas dan masam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai dan pastinya perisa baharu JACK n' JILL Potato Chips baharu ini menjadi kegemaran ramai peminat snek di negara ini

Pelancaran perisa baharu ini merupakan sebahagian daripada kempen JACK ‘n JILL Potato Chips iaitu Waaajah Baharu, Waaa Asam Pedas Ikan, Waaa Bestnye! Antara sorotan penting dalam kempen ini adalah pembungkusan baharu untuk keseluruhan rangkaian JACK ‘n JILL Potato Chips, yang menonjolkan reka bentuk lebih moden, kemas dan bertenaga yang memberi fokus terhadap perisa-perisanya

Ini merupakan perisa tempatan kedua yang dilancarkan oleh JACK ‘n JILL Potato Chips. Perisa tempatan pertama – Sambal Udang – telah dilancarkan pada 2020 sebagai sebahagian daripada kempen “Temanmu Selalu” bagi meraikan hubungan mesra yang terjalin antara JACK ‘n JILL Potato Chips dengan rakyat Malaysia semenjak 1984, di mana jenama ini telah berkongsikan kelazatan perisanya dalam setiap kunyahan selama ini. Justeru, untuk terus “menemani” rakyat Malaysia dalam misi pencarian snek mereka, JACK ‘n JILL Potato Chips mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perisa Asam Pedas Ikan yang semestinya menepati cita rasa orang ramai

Sentiasa berpegang teguh pada pendiriannya untuk mengunakan hanya bahan berkualiti tinggi, JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan adalah diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dengan sempurnanya dalam bentuk V untuk memberikan tekstur yang lebih ranggup, lalu digaul bersama perisa hebat yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Asam Pedas Ikan. Ia kemudiannya digoreng sehingga mencapai keranggupan paling sempurna, sekaligus memberikan sensasi pedas berserta rasa savuri ikan yang menggiurkan – ibarat menikmati Asam Pedas Ikan sebenar

“Susulan kejayaan pelancaran perisa Sambal Udang pada tahun lalu, kami berasa teruja untuk terus mempromosikan perisa tempatan menerusi JACK ‘n JILL Potato Chips perisa Asam Pedas Ikan pula. Melalui perisa terbaharu ini, diharapkan agar JACK 'n JILL Potato Chips akan terus menjadi ‘Temanmu Selalu’ kepada para penggemar snek di Malaysia dan keenakannya membuatkan mereka terluah kata 'Waaa Bestnye!' Pembungkusan baharu juga telah menyuntik nafas segar kepada produk ini dengan wajah modennya menyerlahkan lagi profil perisanya,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia

Bagi meraikan pelancaran JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan dan reka bentuk pembungkusan baharunya, JACK ‘n JILL Potato Chips ingin mempelawa peminat-peminatnya untuk menikmati semangkuk Asam Pedas Ikan di warung-warung yang mengambil bahagian di seluruh negara. 


Pada 13 November 2021, bawa bersama bukti pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan (bertarikh di antara 15 Oktober 2021 hingga 13 November 2021) untuk menebus satu set makanan bawa pulang berupa hidangan Asam Pedas Ikan bersama nasi putih. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk mendorong orang ramai menyokong perisa tempatan, tetapi juga pengusaha-pengusaha warung setempat terutamanya sepanjang tempoh sukar perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook jenama ini di @jnjpotatochips

JACK ‘n JILL Potato Chips juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Naim Daniel, yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu untuk musim yang kedua. bagi pelancaran kali ini. “Saya amat gembira untuk melihat kerepek kentang kegemaran saya kini berwajah baharu dan ranggi. Reka bentuknya dah lah unik; profil perisanya pula cukup terserlah. Ia membuatkan saya ingin memakannya sekarang juga! Saya juga menyukai perisa terbaharu Asam Pedas Ikan, yang sememangnya menjadi perisa tempatan kegemaran peribadi saya. Setiap kunyahan memberi nikmat dan kepuasan tidak terhingga – Waaa Bestnye!”

JACK ‘n JILL Potato Chip perisa Asam Pedas Ikan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan Instagram  (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/)

#JacknJillPotatoChipsAsamPedasIkan#JacknJillPotatoChipsWaaaBestnye#JacknJillPotatoChips#sapotlokal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/10/jack-n-jill-potato-chips-terus-menemani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ikan Merah Sedap Hirup Kuahnya

Asam Pedas Ikan Merah Sedap Hirup Kuahnya

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 539 hits
Asam Pedas Ikan Merah Sedap Hirup Kuahnya Bukan cerita pasal resepi Tapi al kisah lauk makan kita orang hari ni adalah ikan merah asam pedas in the house Asam pedas ala ala Johor iaitu asam pedas hirup kuah Kita orang buat cair cair sikit b...
Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi

Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 305 hits
ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BENDIBahan Bahan Bahan A ekor ikan pari daun potong dan bersihkansedikit daun kesum1 kuntum bunga kantan2 keping asam keping kurangkan asam jika anda tak suka masam4 sudu makan cili kering kisar1 biji tomato5 bij...
Makan Di Asam Pedas Claypot

Makan Di Asam Pedas Claypot

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 648 hits
Assalamualaikum PAGI ini bersiaran dari Negeri Hang Tuah dan tak boleh berlama lama di sini kerana Iman berkeras tak mahu ambil cuti esok Disebabkan Pak Inche dah gegel kepala lotot nak merentas negeri Melaka pun jadi walaupun dia kalau bol...
Menu Mudah Tapi Sedap Masak Asam Ikan Aya

Menu Mudah Tapi Sedap Masak Asam Ikan Aya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 252 hits
Sedapnya menu masak asam Terengganu Satu lagi resipi mudah tapi sedap Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli resipi ini boleh menggunakan ikan apa apa pun namun dia memilih ikan aya RESIPI MASAK ASAM IKAN AYABAHAN BAHAN Ikan ay...
Masjid Berusia 131 Tahun Dibina 1890 Pokok Asam Klebang

Masjid Berusia 131 Tahun Dibina 1890 Pokok Asam Klebang

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 536 hits
Assalammualaikum Dunia Ada nie haaa Hari nie nak share masjid yang dibina pada tahun1890 MasyaAllah Masjid ini sudah berusia 131 tahun Masjid Pokok AsamWe are here Full pictureMasjid ini terletak di km 8 8 Batang Tiga Klebang Melaka Menurut...
Hiburan Nak Kongsi Kasih Mental Kena Kuat Zarina Zainuddin Beri Nasihat Pedas Buat Isteri Muda Di Luar Sana

Hiburan Nak Kongsi Kasih Mental Kena Kuat Zarina Zainuddin Beri Nasihat Pedas Buat Isteri Muda Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 385 hits
Berikutan kisah poligami yang tular di media sosial baru baru ini pelakon senior Zarina Zainuddin tampil memberikan sedikit nasihat buat mereka yang baru sahaja bergelar isteri muda serta yang telah hidup bermadu ARTIKEL BERKAITAN Advertise...
Sup Ikan Talapia Gerenti Sedap

Sup Ikan Talapia Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum Hai Lama tak kongsi air tangan CikSha kan Hari ni CikSha masak Sup Ikan Talapia Bosan dah asyik goreng je ikan talapia nye Takpun buat masak stim halia Nak buat masak 3 rasa anak anak tengok merah menyala kuahnya memang hara...
Sambal Nyet Berapi Yang Memang Berapi Pedas

Sambal Nyet Berapi Yang Memang Berapi Pedas

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 440 hits
Sambal Nyet Berapi Kemain berapi betul tahap pedas dia Ni bukan k fiezz beli Mr hubby beli melalui kawan ofis dia Mr hubby cakap kawan ofis dia mengaku tangan selaju The Flash haha Kan nak beli sambal Nyet Berapi ni kena berebut Kalau tanga...
Sedapnya Nasi Goreng Sotong Kunyit Tambah Cili Padi Pedas Pedas Habis Licin

Sedapnya Nasi Goreng Sotong Kunyit Tambah Cili Padi Pedas Pedas Habis Licin

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 354 hits
Sepinggan nasi goreng tak pernah menghampakan Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas Memang boleh habis licin satu pinggan Nak cuba kelainan Apa kata kali ini mama sediakan nasi goreng sotong kunyit pula untuk keluarga Bagi suami yang suk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah