Jabatan Tenaga Kerja Siasat Dakwaan Pekerja Asing Bunuh Diri Tak Dibayar Gaji




Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat dakwaan yang sebuah syarikat, Landseal Sdn Bhd tidak membayar gaji selama lima bulan terhadap seorang pekerja warga Pakistan yang ditemui mati di tapak pembinaan pada 17 April lalu.
Ketika dihubungi semalam, seorang pegawai JTK memberitahu Malaysiakini yang pihaknya telah bertindak susulan laporan yang Shahzad Ahmed didakwa membunuh diri serta video yang dibuatnya sebelum berbuat demikian.
"Kes masih dalam siasatan. Kita siasat mengikut Akta Kerja 1955. Siasatan akan meliputi semua aspek berkaitan di bawah akta itu, misalnya Seksyen 19, 22, 24, 25 dan 60K.
"Kami juga menjadikan laporan berita sebagai asas siasatan," katanya, sambil menambah siasatan kes seumpama ini biasanya diselesaikan dalam masa seminggu.
Katanya lagi, jika dakwaan Shahzad bahawa dia tidak dibayar gaji adalah benar, Landseal boleh dikenakan kompaun atau berdepan pendakwaan.
Pada 26 April lalu, Malaysiakini melaporkan Shahzad ditemui mati di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang pada 17 April, dipercayai akibat bunuh diri.
Sebelum itu, mangsa menyiarkan video di platform media sosial Tik Tok, dengan mendakwa dia "tidak boleh tahan" selepas majikannya tidak membayar gaji selama lima bulan.
Menurut laporan itu, dia dalam tekanan untuk menghantar wang kepada keluarganya, dan Landseal pada masa sama berdepan masalah kewangan akibat perintah kawalan pergerakan.
Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah mengatakan bahawa berdasarkan siasatan, syarikat itu tidak membayar gaji kepada mangsa dari Disember 2020 hingga April 2021.
Dia juga mengesahkan Shahzad memiliki dokumen imigresen yang sah.
CEO Landseal Radha Krishnan memberitahu Malaysiakini bahawa syarikatnya akan menanggung kos untuk menghantar jenazah ke Pakistan dan memberikan pembayaran muhibah kepada keluarganya.
Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur pula memaklumkan penghantaran pulang jenazah akan dibuat 30 April ini dan mengesahkan perbelanjaan akan ditanggung syarikat itu.
Malaysiakini juga telah menghubungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan komen.
'Hentikan amalan tak bayar gaji'
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PSM Mohanarani Rasiah mengkritik kelemahan penguatkuasaan terhadap undang-undang buruh, terutama melibatkan pekerja asing.
Menurutnya, amalan tidak membayar gaji sering berlaku dan majikan biasanya hanya dikenakan hukuman yang ringan dan akan mengulanginya.
"Reaksi untuk insiden ini ialah, mengapa pekerja itu akhirnya bertindak sebegitu dan bukannya membuat laporan di pejabat buruh. Adakah pekerja ada hak untuk membuat aduan di pejabat buruh?
"Malangnya, hak itu cuma di atas kertas. Realitinya, mereka yang membuat aduan menjadi mangsa dan mungkin dibuang kerja. Pekerja muda dari Pakistan ini adalah mangsa keadaan ini.
"Kerajaan, dalam usaha mengekalkan pendirian properniagaannya, tidak boleh biarkan pekerja terhimpit dalam situasi di mana penguatkuasaan tidak tegas dan pekerja tidak boleh menyuarakan kekecewaan mereka," katanya dalam kenyataan.
Katanya, pekerja asing biasanya menanggung hutang untuk bekerja di luar negara dan gaji mereka digunakan untuk menyara keluarga dan pada masa sama membayar hutang tersebut.
"Bagaimana majikan yang bukannya 'pemilik hamba' boleh tidak membayar gaji pekerja dengan begitu lama begitu saja?
"Kini selepas ada yang terkorban akibat penguatkuasaan yang lemah, adakah Kementerian Sumber Manusia akan memandang hal ini secara lebih serius?" soalnya.
Katanya, PSM menggesa kertas siasatan dibuka terhadap syarikat tersebut kerana menurutnya telah membawa kepada tindakan bunuh diri pekerja itu.
Sumber : Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/04/width560-height315-srchttpswww.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Asing Dipercayai Bunuh Diri Lepas Gaji Tak Dibayar 5 Bulan

Pekerja Asing Dipercayai Bunuh Diri Lepas Gaji Tak Dibayar 5 Bulan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 287 hits
Faisal AsyrafSeorang pekerja binaan warga Pakistan ditemui mati di tapak pembinaan di Jalan Ampang pada 17 April Dipercayai bahawa mangsa berusia 30 tahun itu bunuh diri setelah kecewa kerana syarikat tempat dia bekerja tidak membayar gajin...
Saya Sakit Hati Dia Kata Saya Menganggur Takde Gaji Suami Bunuh Isteri Hamil 5 Bulan Kerana Cemburu Pernah Dicurangi

Saya Sakit Hati Dia Kata Saya Menganggur Takde Gaji Suami Bunuh Isteri Hamil 5 Bulan Kerana Cemburu Pernah Dicurangi

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 553 hits
Saya sakit hati dia kata saya menganggur takde gaji Suami bunuh isteri hamil 5 bulan kerana cemburu pernah dicurangiSeorang lelaki di Surabaya Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri sebelum membuat laporan palsu mengenai kehilangan m...
Keliru Antara Takut Dengan Bahaya Buat Anda Takut Henti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga

Keliru Antara Takut Dengan Bahaya Buat Anda Takut Henti Kerja Makan Gaji Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 290 hits
Ada seorang sepupu saya yang tak sanggup naik kapal terbang Kalau belanja free pun dia tak akan mau Semua itu berpunca dari rasa takut bila bayangkan kapal terbang jatuh terhempas The post appeared first on
Pekerja Asing Di Hong Kong Risau Dipaksa Ambik Vaksin

Pekerja Asing Di Hong Kong Risau Dipaksa Ambik Vaksin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 197 hits
Pekerja asing di Hong Kong risau dipaksa ambik vaksin Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 May 2021 11 00PM
Tempat Popular Bunuh Diri Di Jepun

Tempat Popular Bunuh Diri Di Jepun

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 335 hits
Air terjun Kegon adalah salah satu air terjun paling indah di Jepun dan destinasi pelancongan kegemaran Tapi siapa sangka tempat seindah ini juga menjadi tempat kegemaran untuk bunuh diri Air terjun Kegon adalah air terjun yang berada di Ta...
Siswazah Dibayar Gaji Bawah Paras Kemiskinan Apa Pn Buat

Siswazah Dibayar Gaji Bawah Paras Kemiskinan Apa Pn Buat

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 168 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa untuk melihat kesukaran hidup yang dialami golongan siswazah yang dilapor mendapat upah yang cukup rendah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga tidak mampu meny...
Tinggalkan Kerja Makan Gaji Demi Legasi Songkok

Tinggalkan Kerja Makan Gaji Demi Legasi Songkok

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh MUHAMMAD ZIKRI FAIZNUR Zulkifli menunjukkan songkok yang dijual di Kedai Songkok SMS di Jalan Alsagoff di Pontian Johor UTUSAN MUHAMMAD ZIKRIPONTIAN Peribahasa ada menyatakan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Itu adalah gambar...
Persenda Insiden Bunuh Diri Di Klcc Azhan Rani Dikecam Tak Sensitif Langsung

Persenda Insiden Bunuh Diri Di Klcc Azhan Rani Dikecam Tak Sensitif Langsung

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 273 hits
Beberapa hari lepas berlaku satu insiden menggemparkan tanah air di mana seorang lelaki dilaporkan maut apabila terjun dari tingkat 3 KLCC dipercayai membunuh diri Insiden tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para netizen Leb...
Khairy Nafi Dakwaan Arah Beri Vaksinasi Kepada Pekerja Genting Group

Khairy Nafi Dakwaan Arah Beri Vaksinasi Kepada Pekerja Genting Group

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 339 hits
Khairy nafi dakwaan arah beri vaksinasi kepada pekerja Genting Group Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


People First Lsh Capital Vows No Job Cuts In Kl Tower Takeover Focuses On Staff Welfare

Nothing Grows Forever

Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil