Siswazah Dibayar Gaji Bawah Paras Kemiskinan Apa Pn Buat



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa untuk melihat kesukaran hidup yang dialami golongan siswazah yang dilapor mendapat upah yang cukup rendah.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan secukupnya kepada puluhan ribu siswazah lepasan Institusi Pengajian Tinggi setiap tahun.
“Saya terkesan dengan kajian dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menunjukkan pendapatan siswazah di antara RM1001 – RM1500 dan kekal selama 10 tahun.
“Laporan ini menunjukkan 70% siswazah kita memperolehi upah di bawah garis kemiskinan. Ini tentunya amat membimbangkan.
“Turut memprihatinkan adalah kerana aliran upah rendah ini berlangsung selama lebih 10 tahun. Kerajaan tidak boleh menyalahkan pandemik Covid 19 membantut atau mengekang peluang kepada siswazah.
“Kaji selidik ini juga membuktikan tanpa ragu ekonomi Malaysia tidak mampu berkembang atau dijana. Tidak boleh membuka ruang dan peluang kepada anak muda dengan keadaan sekarang, tanpa beberapa perubahan struktural dalam negara kita,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menuntut kerajaan melakukan perubahan melalui 3 kaedah bagi memperbaiki struktur pentadbiran dalam waktu terdekat yang mampu memperbaiki ekonomi dalam jangka panjang.
“Apa perubahan yang dituntut? Pertama, ketelusan termasuk dalam proses tender yang tidak berlaku sekarang yang membuka ruang kepada jenis rompakan kecil dan besar.
“Kedua, meningkat upaya persaingan di antara syarikat supaya menjamin suatu keadaan yang lebih baik dan memilih yang lebih berupaya.
“Ketiga, GLC dengan pelaksanaan, kecamuk dan masalah berbangkit tanpa pertanggungjawaban, harus melakukan perubahan dan reform,” katanya.
Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menekankan mutu pendidikan yang lebih baik kepada golongan muda sama ada di bandar atau desa.
Beliau turut menyarankan agar langkah-langkah reformasi ekonomi dilakukan segera bagi mengelakkan lebih banyak syairkat berteknologi tinggi berpindah keluar negara dan pelabur luar menjauhi Malaysia.
“Peluang (kerja) kepada anak-anak muda hampir malap. Ramai yang mencari jalan berhijrah mengembara keluar dan ini akan memberi kesan kerana tenaga profesional terbaik berpindah ke negara lain yang tambah menjejaskan ekonomi negara kita
“Tetapi yang lebih memualkan bila menteri bicara tentang kedudukan upah yang harus diterima baik oleh siswazah. Menunjukkan mereka itu (menteri) tiada daya kreativiti dan tiada rasa belas ehsan terhadap orang yang terpaksa merangkak untuk mendapatkan peluang kehidupan yang sederhana. Padahal dalam masa sama pembaziran berterusan dalam kerajaan,” katanya.
Di samping itu, Anwar juga menggesa agar Parlimen dibuka semula untuk membahaskan mengenai permasalahan semasa dan kelemahan kerajaan.
“Dari sudut yang lebih luas melihat kedudukan dan perkembangan ekonomi di mana lagi kita mungkin dapat berbahas. Tetapi Parlimen telah dimandulkan dan digantung. Oleh yang demikian hal kewangan, tender, upah rendah tidak boleh dibahaskan.
“Sebab itu juga kita dapat kesan betapa pimpinan negara sangat takut dengan Undi 18, biar pun semua mereka (di Parlimen) telah mengundi menyokong tetapi sekarang mereka tarik sokongan kerana tidak upaya berdepan sentimen dan aspirasi golongan muda
“Menafikan hak golongan muda adalah satu pengkhianatan. Pemerintah yang biasa dengan pengkhianatan akan terus melakukannya berulang kali,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31958

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Bukan Lagi Alasan Bayar Gaji Bawah Paras Minimum Tegas Mtuc

Covid 19 Bukan Lagi Alasan Bayar Gaji Bawah Paras Minimum Tegas Mtuc

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia meminta majikan tidak menjadikan Covid 19 serta kelembapan ekonomi alasan untuk membayar gaji pekerja bawah kadar minimum ditetapkan Timbalan Presiden Mohd Effendy Abdul Ghani berkata akan ada...
Gaji Rendah Graduan Siswazah Potong Gaji Menteri Selamatkan Ekosistem Pekerjaan Dr Zaliha

Gaji Rendah Graduan Siswazah Potong Gaji Menteri Selamatkan Ekosistem Pekerjaan Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 200 hits
POSTED BY AMIR WRLRKenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bahawa lebih baik gaji siswazah dibayar rendah daripada menganggur dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Zaliha Mustafa Menurut Dr Zaliha tidak sepatutnya M...
Isu Gaji Siswazah Bekerja Dengan Gaji Rendah Sama Teruk Dengan Tak Kerja Langsung Steven Sim

Isu Gaji Siswazah Bekerja Dengan Gaji Rendah Sama Teruk Dengan Tak Kerja Langsung Steven Sim

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 259 hits
Pada 14 April 2021Oleh Aziera NHAhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyelar kenyataan dua orang menteri Kerajaan Perikatan Nasional berhubung isu gaji siswazah sebelum ini Beliau menegaskan bekerja dengan gaji yang serendah RM1 000 ada...
Rentsmart Asia Bergabung Bersama Iskandar Malaysia Studios Di Bawah Program Perniagaan Perkongsian

Rentsmart Asia Bergabung Bersama Iskandar Malaysia Studios Di Bawah Program Perniagaan Perkongsian

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 282 hits
RentSmart Asia platform penyewaan dalam talian yang diinsuranskan sepenuhnya baru baru ini mengumumkan kerjasama dengan Iskandar Malaysia Studios di bawah program perniagaan perkongsian sebagai sebahagian daripada usaha mereka ke arah masa ...
Wei Ada Orang Bawah Pokok Tu Ya Allah Rider Grab Maut Ditimpa Pokok Tumbang

Wei Ada Orang Bawah Pokok Tu Ya Allah Rider Grab Maut Ditimpa Pokok Tumbang

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 930 hits
The ReporterSeorang penghantar makanan berusia 20 tahun maut ditimpa pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 30 petang Khamis 15 April 2021 berhampiran stesen minyak Alam Damai Cheras Orang ramai yang ternampak kejadian itu seg...
Lokman Noor Adam Ahli Politik Pertama Ditahan Bawah Ordinan Darurat

Lokman Noor Adam Ahli Politik Pertama Ditahan Bawah Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 372 hits
Raja Noraina Raja RahimDATUK Lokman Noor Adam FOTO ARKIB NSTPKuala Lumpur Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam menjadi ahli politik pertama ditahan polis di bawah Ordinan Darurat Lokman menerusi siaran langsung di F...
Sop Bazar Kkm Beri Pbt Kuasa Kompaun Kesalahan Bawah Akta 342

Sop Bazar Kkm Beri Pbt Kuasa Kompaun Kesalahan Bawah Akta 342

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR 2 Ramadan 1442H Rabu Masuk hari kedua berpuasa ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard bazar Ramadan menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak apabila dibimbangi akan mencetuskan kluster baharu COVID 19 Semalam netizen d...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minimalist Apartment In Moscow Blends Warmth And Precision

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

100 Genius Diy Pallet Outdoor Ideas To Transform Your Yard

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Insulting Fb Post On Agong President Xi From Hacked Acct Leads To Massive Racist Tirades But