Jabatan Perhutanan Pahang Bongkar Lombong Emas Haram Di Hutan Simpan Ulu Jelai Lipis


 

LIPIS - Penemuan jalan tanah merah mencurigakan sejauh kira-kira 15 kilometer membongkar aktiviti melombong emas secara haram dalam operasi di Kompartmen 484 dan 485 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Kuala Lipis, di sini, semalam.
Serbuan kira-kira 10 pagi dilakukan sepasukan 29 anggota Unit Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub dibantu lapan anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) serta polis selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) JPNP, Shahril Mohamad berkata, pihaknya berdepan cabaran apabila perlu menggunakan pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan seluas dua hektar terbabit dari Jalan Pos Betau-Cameron Highlands.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan berbukit dan bertanah merah itu, pihaknya menemui lapan kolam air dan dua kolam dipercayai mengandungi bahan kimia yang digunakan sebagai penapis selain untuk mengasingkan emas yang melekat pada pasir.
"Ini kali pertama pihak kita menemui aktiviti melombong menggunakan kolam yang sistematik dipercayai bagi mendapatkan galian emas yang berada dalam tanah di kawasan terbabit.
"Terdapat juga ratusan batang paip bersama lubang kecil di satu-satu kawasan, tetapi saya tidak pasti kegunaan paip berkenaan yang dilengkapi dengan corong di dalamnya terdapat sekam padi," katanya ketika ditemui, di sini.
Shahril yang turut meninjau kawasan lombong berkenaan berkata, beliau difahamkan teknik melombong berkenaan lebih berkesan bagi mendapatkan emas dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa dan penggunaan kaedah itu amat terkenal di China.
Menurutnya, pihaknya turut difahamkan terdapat kira-kira 20 individu dipercayai kebanyakan warga China 'bekerja' di kawasan itu, namun dipercayai sudah melarikan diri ketika serbuan dilakukan.
"Pemeriksaan yang dilakukan turut menemui sebuah pondok berdinding kanvas dijadikan sebagai makmal selain dua unit enjin janakuasa elektrik berkuasa 2,500 kilowatt bersama sistem agihan kuasa menggunakan kabel elektrik bermutu tinggi.
"Sistem paip bagi mengalirkan air ke setiap kolam serta rumah penapis juga dianggap terbaik dengan menggunakan paip dan pam berkuasa elektrik.
"Siasatan awal percaya pihak yang terbabit dengan kegiatan haram ini sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menjayakan misi mereka, malah boleh dikatakan semua kelengkapan seperti tempat tinggal, dapur, tandas, bilik mandi, makanan dan tukang masak disediakan," katanya.
Katanya, selain merampas pelbagai peralatan, pihaknya turut menyita lori yang digunakan untuk mengangkut tanah bersama jengkaut.
"Kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai yang dikesan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar berikutan penggunaan bahan kimia, tetapi juga mengundang kepada hakisan," katanya.
Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/jabatan-perhutanan-pahang-serbu-lombong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kayu Balak Yang Dirampas Di Hutan Simpan Kekal Nenggiri Akhirnya Akan Dilelong

Kayu Balak Yang Dirampas Di Hutan Simpan Kekal Nenggiri Akhirnya Akan Dilelong

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 190 hits
Jabatan Perhutanan Kelantan mengumumkan akan melelong kayu balak yang dirampas di Hutan Simpan Kekal Nenggiri Gua Musang Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan Kelantan Haji Abdul Wahab Deraman dalam satu No...
Nanti Kecoh Kecoh Boleh Tala Pada Orang Len Pulak Hutan Simpan Pun Hangpa Teloi Habih Janji Poooihhhh

Nanti Kecoh Kecoh Boleh Tala Pada Orang Len Pulak Hutan Simpan Pun Hangpa Teloi Habih Janji Poooihhhh

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 216 hits
Sanusi beri lampu hijau tanam Musang King di HSK Rimba Teloi August 3 2022 Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata berbanding Gunung Inas rupa bentuk Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi tidak tinggi dengan jarak dengan kampung terdekat lebih d...
Lima Anak Saya Ajar Simpan Emas Guna Duit Sendiri Masing Masing Ada Folder

Lima Anak Saya Ajar Simpan Emas Guna Duit Sendiri Masing Masing Ada Folder

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 436 hits
Didik anak membuat simpanan sejak kecil penting untuk menggalakkan anak belajar ilmu pengurusan kewangan dan perbelanjaan Anak anak bila dah dibiasakan dengan berjimat cermat dan berdisiplin menyimpan secara automatik akan jadi amalan Mener...
Tanpa Ph Perintah Tidak Terbongkar Segala Yang Haram J

Tanpa Ph Perintah Tidak Terbongkar Segala Yang Haram J

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 217 hits
Langkah sheraton adalah peluang mereka mereka tidak mahu segala bapa skandal lain terbongkar Penggesaan pilihanraya awal juga adalah cubaan menutup semua kes yang sudah terbongkar dan yang belum terbongkar Ketua Suruhanjaya SPRM juga perlu ...
Tindakan Haram Amar Singh Ishar Singh

Tindakan Haram Amar Singh Ishar Singh

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 204 hits
Mana senarai rampasan atau seizure list duit dan barang yang dirampas dari rumah Najib pada Mei 2018 Sebab apa Pengarah CCID Amar Singh Ishar Singh enggan kemukakan senarai rampasan atau seizure list ini Dan adakah senarai ini ditandatangan...
Pembuangan Haram Kulit Durian Denda Rm100 000

Pembuangan Haram Kulit Durian Denda Rm100 000

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 210 hits
Jom Ambil Tahu Teknologi Mesin Pencincang Kulit Durian Untuk Pengkomposan Sisa BioBuah durian adalah antara buah tempatan popular di Malaysia juga dikenali sebagai Raja Buah Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong bergantung kepada varie...
Soal Halal Atau Haram Rezeki Saya Biar Allah Yang Tentukan Baby Shima

Soal Halal Atau Haram Rezeki Saya Biar Allah Yang Tentukan Baby Shima

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 202 hits
Foto Kosmo OnlineBaby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai rezeki yang diperoleh dari kerjayanya sebagai penyanyi dangdut Ini kerana soalan berkaitan rezeki baginya agak sensitif dan lebih...
Bila Kerajaan Mahu Bertindak Ke Atas Kuil Haram

Bila Kerajaan Mahu Bertindak Ke Atas Kuil Haram

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 286 hits
KEMUNCULAN kuil Hindu sama ada disedari atau tidak semakin membimbangkan Lebih lebih lagi dibina di kawasan tanah haram dan banyak peraturan tidak dipatuhi Lambakan kuil ini seolah olah tidak terkawal PBT tidurkah Saya tidak rasa binaannya ...
Emak Nak Balik Tapi Tak Mampu Jelmakan Diri Di Dunia Nyata Warga Emas Hilang Selepas Keluar Cari Sisa Daun Kelapa Sawit

Emak Nak Balik Tapi Tak Mampu Jelmakan Diri Di Dunia Nyata Warga Emas Hilang Selepas Keluar Cari Sisa Daun Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 389 hits
Emak nak balik tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata Warga emas hilang selepas keluar cari sisa daun kelapa sawitSeorang wanita warga emas dilaporkan dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit di Kampung Parit Kasih Sa...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu