Bila Kerajaan Mahu Bertindak Ke Atas Kuil Haram


KEMUNCULAN kuil Hindu sama ada disedari atau tidak, semakin membimbangkan. Lebih-lebih lagi dibina di kawasan tanah haram (tanah kerajaan) dan banyak peraturan tidak dipatuhi. Lambakan kuil ini seolah-olah tidak terkawal. PBT tidurkah?

Saya tidak rasa binaannya mengikut tatacara yang ditetapkan oleh PBT. Setback entah ke mana. Sedar-sedar pembahagi jalan sudah ditukar menjadi berwarna warni dan menjadi pagar milik kuil Hindu. Sudah berlaku di banyak kawasan lebuh raya.

Kalau tidak percaya, buatlah siasatan. Saya tidak pasti apa pihak berkuasa tempatan buat selama ini. Adakah pemantauan dibuat? Atau PBT sedang tidur lena dibuat mimpi.

Cuba tengok kuil Hindu di sepanjang lebih raya dari Mid Valley, Brickfield, menuju PWTC, seterusnya Sentul. Tiba-tiba muncul tombolnya di tengah-tengah lebuh raya bandaraya Kuala Lumpur. Langsung tidak ada setback.

Di kawasan Ampang boleh dikatakan semua didirikan di kawasan tanah haram. Asal kecil sahaja. Kemudian jadi besar sehingga memakan rizab jalan. Semua itu bukan tanah milik mereka.

Ini baru contoh beberapa tempat sebahagian kecil kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor, belum masuk negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan sebagainya.

Binaan dan pagar dibuat suka hati dia sahaja, sama ada merujuk kepada PBT atau tidak, kita tidak tahu.

Jika binaan kuil tersebut merujuk PBT mustahil pagarnya sampai ke rizab jalan, sehingga membahayakan, sebab tidak ada penjarakan langsung atau setback. Pembahagian jalan dirobohkan dan digantikan binaan sendiri berwarna warni.

Terbaharu isu kuil dinaikkan sendiri papan tandanya, di Damansara Damai, tanpa mendapat kebenaran PBT. Apakah nak jadi dengan negara (negeri) ini. Langsung tidak ada pemantauan.

Ini belum termasuk rumah persendirian dijadikan kuil sehingga mengganggu jiran bersebelahan. Buat suka dia saja.

PBT seluruh negara tidak boleh berdiam diri. Keadaan menjadi makin serius. Ini isu keselamatan negara.

Ironinya kenapa perlu bina kuil Hindu skala besar di kawasan yang penganut begitu sedikit atau kawasan majoriti Melayu. Ia bukan baharu tetapi merata tempat. Kenapa ianya di kawasan tanah kerajaan bukan tanahnya sendiri

Lebih memelikkan kuil yang mahu dibina di Damansara Damai bersebelahan dengan tapak sekolah agama.

Selepas ini ditakdirkan tidak dapat mendapatkan kebenaran membina kuil, pasti mereka mahukan tempat gentian. Sedangkan kuil yang dibina di situ bukan tanah milik mereka. Tetapi tanah kerajaan atau orang lain.

Ingat kisah Adib, sehingga kini tidak ada pembelaan. Tapak kuil ganti disediakan, mereka dah bina kuil, tetapi mereka tidak mahu berpindah daripada tapak lama. Akhirnya, dua-dua tapak dia dapat

Nyawa Adib orang menjadi taruhan. Di manakah keadilan sebegini. Justeru sudah sampai masanya audit perlu dilakukan. Majoriti kuil dibina di kawasan tanah haram.

Rumah ibadat hari ini sudah menjadi bahan perniagaan. Segeralah lakukan audit. Termasuk audit kewangan. Sebenarnya tidak susah untuk melakukan audit seluruh negara, kerana setiap PBT pasti tahu kedudukan kuil ini.

Saya ingin cadangkan lagi walaupun telah banyak kali disebut.

Pertama, setiap negeri, setiap PBT pergilah kira, berapa banyak kuil, dengan keperluan penduduk. Begitu juga keperluan dengan bilangan yang tidak ramai. Status kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu. Jangan takut untuk bertindak. Negara ini ada undang-undang. Usah pedulikan orang politik. Mereka hanya mengira undi sahaja. Bukan keselamatan.

Kedua, kenapa perlu dua, tiga atau lebih kuil Hindu dalam skala besar, berada dalam deretan yang sama. Cuba lihat di Sentul begitu banyak kuil berskala besar, berderet-deret. Begitu juga di Serdang. Kuil skala besar, bersebelahan.

Banyak lagi tempat lain sama keadaannya. Ini belum termasuk jalan yang terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada kuil Hindu. Amat tidak logik, kuil haram tidak boleh diroboh di kawasan tanah yang bukan miliknya.

Umat Islam nak buat surau masjid pun kena tengok penduduk. Jika penduduk tidak ramai, rumah ibadat tidak akan dibina.

Ketiga, jika PBT tidak bertindak sekarang, pasti nasi akan menjadi bubur. Kuil tidak berkurang tetapi makin bertambah di kawasan bukan miliknya. Pasti akan menjadi isu perkauman.

Islam tidak pernah menghalang hak bukan Islam tetapi biar berpada-pada. Penduduk tidak banyak, tetapi lambakan kuil tidak terkira.

Keempat, penganut atau pengikutnya bertindak semakin agresif. Sepanjang menaiki keretapi (ETS) utara selatan, skypark ke KL Sentral, tidak terkira banyaknya kuil itu.

Kelima, janganlah kerana hanya mahukan undi, kita halalkan tindakan yang haram. Binaan di tanah milik kerajaan tetap haram. Tidak boleh dihalalkan.

Keenam, perpaduan tidak boleh dicapai dengan membiarkan kuil dibina sesuka hati. Kuil-kuil haram ini hanya akan merosakkan perpaduan.

Saya baru sahaja balik daripada Pulau Pinang, lambakan kuil sudah tidak terkawal. Atas bukit, bawah bukit, tepi jalan, seberang jalan bertentangan, tepi sungai, boleh dikatakan ada sahaja merata tempat.

Masalah kuil di negeri Kedah masih lagi tidak selesai.

Apakah kita mahu dikenali sebagai darul kuil suatu masa nanti. Buatlah segera pemantau dan ambil tindakan. Keselamatan negara semakin tergugat dan terancam. Pihak berkuasa tidak masuk sampai ke dalam kuil-kuil.

Adakah mereka yang berada di sini, benar-benar warganegara? Jika bukan, adakah mereka berada di sini dengan permit? Kita tidak nafikan hak bukan Islam tetapi perlu berpada-pada.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/08/bila-kerajaan-mahu-bertindak-ke-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lambakan Kuil Haram Pbt Tidurkah

Lambakan Kuil Haram Pbt Tidurkah

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 259 hits
BANGI Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan melakukan audit terhadap lambakan kuil Hindu yang dibina di kawasan tanah haram sehingga membabitkan rizab jalan dan berisiko kepada keselamatan Pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdul...
Perlukah Kerajaan Adakan Lesen Khas Untuk Memandu Kenderaan 4x4 Atas Jalan Raya

Perlukah Kerajaan Adakan Lesen Khas Untuk Memandu Kenderaan 4x4 Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 455 hits
Saya ada terbaca satu artikel di Berita harian hari ni berkenaan saranan untuk adakan lesen khas bagi mereka yang nak memandu kenderaan 4x4 atas jalan raya negara kita Lesen khas bermaksud satu lesen yang asing selain dari lesen kelas D yan...
Umno Perlu Bertindak Secara Luar Biasa Untuk Moral Support Kepada Najib

Umno Perlu Bertindak Secara Luar Biasa Untuk Moral Support Kepada Najib

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 209 hits
Menjelang keputusan mahkamah PERSEKUTUAN ke atas kes rayuan SRC NAJIB Umno PERLU lakukan sesuatu yang luar biasa Serahkan semula kuasa Dan jawatan Presiden kepada Najib dan serahkan semula jawatan dan kuasa PM kepada Najib Ini sahaja yang m...
Tular Adun Serbu Premis Perjudian Polis Bertindak Segera

Tular Adun Serbu Premis Perjudian Polis Bertindak Segera

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 267 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauziam hmetro com myTANGKAP layar video tular di media sosial Foto TularParit Buntar Polis membuat dua serbuan ke dua premis di Tanjung Piandang yang dipercayai menjalankan aktiviti judi atas talian dan menahan tiga l...
Pasangan Gbp Usd Aliran Menurun Baharu 1 2084 Bertindak Sebagai Halangan Menurun

Pasangan Gbp Usd Aliran Menurun Baharu 1 2084 Bertindak Sebagai Halangan Menurun

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 147 hits
Pertumbuhan Kecil Pasangan GBP USD Pasangan mata wang GBP USD melantun semula dalam jangka pendek selepas mencapai tahap 1 2084 Kini ia boleh mencapai dan menguji semula garis aliran menurun yang mewakili halangan menaik Juga tahap tinggi s...
Sambut Ulang Tahun Ke 10 Exid Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Peminat

Sambut Ulang Tahun Ke 10 Exid Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Peminat

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 257 hits
Dah menjengah 10 tahun dah dalam industri namun EXID masih kekal relevan sehingga kini Lama dah ek ARTIKEL BERKAITAN Ikutan daripada jangka masa tersebut EXID khabarnya akan menyambut ulang tahun sempena 10 tahun mereka berada dalam industr...
Kita Tak Mahu Peniaga Merajuk Pengguna Teraniaya Kerajaan Wartakan Harga Maksimum Minyak Masak Dalam Botol

Kita Tak Mahu Peniaga Merajuk Pengguna Teraniaya Kerajaan Wartakan Harga Maksimum Minyak Masak Dalam Botol

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 210 hits
Kita tak mahu peniaga merajuk pengguna teraniaya Kerajaan wartakan harga maksimum minyak masak dalam botolFoto Selangor KiniPewartaan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol akan dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan pihak in...
Pakar Kongsi Tip Cerai Hisap Jari Anak 2 Tahun Ke Atas Lagi Mudah Anak Faham

Pakar Kongsi Tip Cerai Hisap Jari Anak 2 Tahun Ke Atas Lagi Mudah Anak Faham

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 165 hits
Normal bagi bayi atau anak kecil yang menghisap jari Tapi bila tabiat ini berterusan lebih dari usia dua tahun ia boleh menyebabkan perubahan pada gigi susu atau gigi kekal yang boleh menggangu fungsi perkembangan rahang dan estetik wajah K...
R Subramaniam Didakwa Semula Atas Pertuduhan Membunuh Pengawal Keselamatan Ismail Ahmad

R Subramaniam Didakwa Semula Atas Pertuduhan Membunuh Pengawal Keselamatan Ismail Ahmad

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 332 hits
R Subramaniam 41 yang terdahulu mengaku bersalah di atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan Ismail Ahmad 58 hari ini dihadapkan sekali lagi ke mahkamah atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia se...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner