Jabatan Air Siasat Punca Bekalan Di Papar Busuk


KAKITANGAN Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel air mentah di loji EWSS sambil diperhatikan oleh kakitangan Jabatan Air (kiri).


KOTA KINABALU: Jabatan Air menguji air mentah dan yang sudah dirawat di loji rawatan air di Limbahau dan Skim Bekalan Air Kecemasan Papar (EWSS) untuk menentukan sebab kenapa air itu mempunyai bau kurang menyenangkan di beberapa bahagian di daerah itu.

Tindakan itu diambil susulan maklum balas daripada beberapa pengguna, termasuk mereka yang tinggal di Kg Takis dan Kg Surati, yang bimbang bekalan air mereka mungkin tidak selamat untuk digunakan disebabkan bau busuk itu.

Ada yang mendakwa air paip mereka berbau seperti bangkai sementara yang lain mengingatkan mereka kepada bau kandang.

Mereka mendakwa bekalan air mereka berbau sejak Ahad tetapi seorang pembaca Harian Ekspres mendakwa dia menyedari keadaan itu seawal minggu lepas.

Beliau pergi memancing di ulu sungai Papar ketika itu apabila dia dan rakan-rakannya terhidu bau kurang menyenangkan.

Jabatan Air Negeri Sabah Seorang jurucakap Jabatan itu berkata pentadbiran mereka sedang dalam proses menggumpul maklumat mengenai kejadian itu.

“Kakitangan kami ketika ini sedang memeriksa sampel-sampel yang diambl di kedua-dua loji itu,” katanya.

“Hasil ujian-ujian itu yang dilakukan Bahagian Kualiti Air kami, akan memberikan kita penjelasan lebih baik mengenai bagaimana bau itu boleh ada.

“Jika perkara ini membabitkan pencemaran, maklumat ini dapat membantu kami mengesan pihak-pihak yang menyumbang kepada masalah ini.”

Ditanya berapa lama masa diambil untuk agensi itu melengkapkan ujian-ujian tersebut, beliau enggan mengulas.

“Buat masa ini, kerja-kerja mitigasi perlu diambil untuk meningkatkan kualiti air yang kami bekalkan di daerah itu.”

Jurucakap itu berkata penghasilan air di kedua-dua loji itu dihentikan sementara Ahad lepas, dengan aktiviti di fasiliti EWESS dihentikan dari jam 3.30 petang dan loji di Limbahau satu setengah jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan itu mengepam keluar air dari saluran paip utama di daerah itu dalam usahauntuk membersihkan paip-paip tersebut.

“Orang ramai dimaklumkan bahawa penutupan itu perlu disebabkan pencemaran bau sungai dan air di rawat.”

Pengguna-pengguna di Pantai Manis, Lubang Batu, Ulu Kimanis, Ambawa, Sambawit, Kawang, Kinarut, Biau dan Limputong, serta mereka yang tinggal di Mandahan dan Penampang Baru, Santing dan Pengalat serta Safoda dan Limauan diberi pemberitahuan awal bahawa bekalan air mereka akan terganggu.

Mereka yang tinggal di Kg Baru Kelatuan, Kg Daingin, Kg Purak dan di sepanjang Jalan Tung Shan juga dijangka mengalami masalah bekalan air.

Beliau berkata dua notis mengenai perkara itu ditularkan menerusi media sosial kepada pelanggan-pelanggannya di daerah itu.

Seorang jurucakap Jabatan Alam Sekitar berkata agensi itu dihujani laporan mengenai bau busuk dari air paip di Papar.

“Disebabkan banyaknya pertanyaan yang kami terima, satu pasukan dari pejabat kami di Kota Kinabalu dihantar ke daerah itu,” katanya.

“Kakitangan kami mengambil sampel air dirawat di muka sauk di Limbahau dan EWSS.”

Menurutnya sampel-sampel itu dihantar ke makmal-makmal kerajaan untuk dianalisis.

“Keputusan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) kerana sungai-sungai adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jabatan-air-siasat-punca-bekalan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

Negeri Sembilan Hantar Bekalan Air Ke Terengganu

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 219 hits
SEREMBAN Syarikat Air Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke Terengganu bagi membantu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang menghadapi masalah tekanan air rendah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihak SAINS...
Kpdnhep Jpv Siasat Bekalan Telur Ayam Kurang

Kpdnhep Jpv Siasat Bekalan Telur Ayam Kurang

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 448 hits
LAWATAN ke salah sebuah ladang pengeluar telur ayam di Sandakan Usaha sedang dilakukan oleh KPDNHEP untuk memastikan bekalan telur cukup untuk dibekalkan ke Sandakan SANDAKAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah...
Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

Projek Lapangan Terbang Kulim Boleh Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 212 hits
MALAYSIAKINI Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memberi amaran bahawa projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang mungkin boleh menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang PBAPP berkata penilaian kesan persekitaran terhadap projek yang dic...
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 219 hits
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka NAHRIM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kontrak Personel MyS...
Kerajaan Ismail Sabri Perlu Segera Tubuh Rci Siasat Kepincangan Pdrm

Kerajaan Ismail Sabri Perlu Segera Tubuh Rci Siasat Kepincangan Pdrm

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 289 hits
MOHD ALI HASHIMKerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan terhadap campur tangan perjawatan polis serta penglibatan najis dadah dalam kalangan ...
6 Manfaat Mandi Dengan Air Garam Untuk Kesehatan Pegal Pegal Hilang

6 Manfaat Mandi Dengan Air Garam Untuk Kesehatan Pegal Pegal Hilang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 258 hits
Coba deh mandi air hangat ditambah segenggam garam pas badan lagi capek capeknya karena aktivitas seharian
Himpunan Haram Siasat Berpuluh Mp Membuang Masa Sim

Himpunan Haram Siasat Berpuluh Mp Membuang Masa Sim

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 148 hits
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional mengenakan tekanan dengan memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk disoal sisat berkenaan perhimpunan di Dataran Merdeka 2 Ogos lalu dikecam Ahli Parlimen Bayan Baru Menurut Sim Tze Tzin Ahli P...
3 Air Terjun Gunung Berapi Tercantik Di Selatan Iceland

3 Air Terjun Gunung Berapi Tercantik Di Selatan Iceland

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 236 hits
Sembang Terbang kali ini Kapten AA berkongsi cerita 3 Air Terjun Tercantik yang ada di wilayah Selatan Iceland yang cantik ni Banyak filem filem ternama dan artis artis antarabangsa yang membuat rakaman video di lokasi lokasi Air Terjun ni ...
Umno Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Tommy Thomas

Umno Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 221 hits
UMNO mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara Kehakiman dan Keselamatan Itu adalah...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas