Kpdnhep Jpv Siasat Bekalan Telur Ayam Kurang


LAWATAN ke salah sebuah ladang pengeluar telur ayam di Sandakan.
Usaha sedang dilakukan oleh KPDNHEP untuk memastikan bekalan telur cukup untuk dibekalkan ke Sandakan.

SANDAKAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah telah menjalankan tindakan secara bersepadu bagi mengenal pasti punca berlakunya kekurangan bekalan telur ayam dan sedang berusaha memastikan permintaan telur ayam di daerah ini dapat dipenuhi.

Tindakan itu juga diambil susulan aduan yang diterima sejak awal bulan ini berkenaan kekurangan bekalan telur ayam terutamanya di daerah ini.

Seksyen Penguatkuasa Pejabat KPDNHEP Sabah dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, KPDNHEP Sabah juga sentiasa memantau rantaian bekalan telur ayam khasnya di negeri ini bagi memastikan ia mencukupi.

Bagi daerah ini, bekalan telur ayam diperolehi daripada dua ladang iaitu Prolific Quality Sdn Bhd (Prolific Quality) dan Rich Evergreen Sdn Bhd (Rich Evergreen).

Purata pengeluaran telur ayam di Prolific Quality adalah 120,000 biji sehari manakala Rich Evergreen mengeluarkan purata 30,000 biji sehari.

LAWATAN ke salah sebuah ladang pengeluar telur ayam di Sandakan. Ini bermakna purata pengeluaran kedua-dua ladang itu adalah 150,000 biji sehari.

Pengedaran bekalan telur ayam di daerah ini oleh kedua-dua ladang itu juga boleh mencecah purata sebanyak 5,500 hingga 6,000 kotak sehari di pasaran. Bekalan telur itu diedarkan di sekitar Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid.

Selain itu, satu usaha juga telah dilaksanakan pada baru-baru ini iaitu dengan menambahkan punca bekalan telur ke daerah ini daripada satu lagi ladang di Tawau iaitu QL Farms Sdn.Bhd. (QL Farms) dengan jumlah penerimaan bekalan sebanyak 56,000 kotak sebulan atau purata sekitar 2,200 kotak sehari.

Justeru, dengan penambahan bekalan daripada dua kepada tiga ladang ini menjadikan jumlah keseluruhan bekalan telur ayam di pasaran daerah Sandakan mencecah purata sebanyak 8,200 kotak atau 246,000 biji sehari, menurut kenyataan itu.

Bagi menjamin bekalan telur ayam dapat diperolehi oleh pengguna secara berterusan, beberapa langkah proaktif juga telah diambil termasuk melantik 19 penanda aras iaitu dua belas 12 di sekitar Sandakan, dua di Beluran, tiga di Kinabatangan dan dua di Telupid.


“Benchmark (penanda aras) ini terdiri daripada pelbagai kategori premis perniagaan itu juga akan menerima bekalan telur ayam sebanyak 100 kotak atau 3,000 biji telur setiap hari.

Selain itu, pemeriksaan berterusan juga akan dilakukan di ladang pengeluar telur ayam serta mendapatkan laporan harian berkenaan bekalan telur ayam.

Dalam pada itu, permintaan terhadap produk telur ayam dan lain-lain barang asas juga semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, Pejabat KPDNHEP Sabah mendapati bahawa bekalan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak khasnya di dalam polibeg saiz kilogram, telur ayam, tepung dan beras yang merupakan bahan utama di dalam penyediaan bakul makanan untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 telah dibeli daripada peruncit-peruncit dalam kuantiti yang besar.

“Pembelian barang keperluan asas yang berlebihan di peringkat peruncit-peruncit telah menyebabkan pengguna di beberapa kawasan terputus bekalan dan pengguna terpaksa membeli daripada peruncit yang jauh sedikit atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke peruncit tersebut,” kata kenyataan itu.

Fenomena rak-rak kosong sesuatu barangan keperluan di sesebuah premis peruncit dibimbangi boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik dalam kalangan pengguna.

Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan badan bantuan kemanusiaan amat diharapkan agar mendapatkan bekalan barang keperluan tersebut daripada pihak pemborong di setiap daerah dan merancang tempahan pembelian lebih awal bagi menjamin bekalan sentiasa ada dan tidak terganggu.

KPDNHEP juga sangat menghargai usaha murni pihak badan bantuan kemanusiaan dan NGO dalam mengorbankan masa, tenaga dan dana demi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, KPDNHEP juga menyarankan agar tiada kegusaran mahupun pembelian panik dilakukan susulan permasalahan tersebut telah diberikan jaminan bekalan.

Peniaga juga diberi peringatan untuk tidak mengambil kesempatan berhubung permasalahan ini dengan menaikkan harga jualan telur.

Pejabat KPDNHEP Sabah menegaskan, tindakan perundangan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 jika sekiranya seseorang peniaga itu menaikkan harga barang dengan niat untuk mengambil keuntungan berlebihan (mencatut), notis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 juga akan dikeluarkan kepada peniaga terbabit.

Berdasarkan Notis tersebut, peniaga diarahkan untuk mengemukakan dokumentasi yang membuktikan kenaikan harga barangan yang dijualnya adalah disebabkan oleh berlakunya kenaikan kos-kos yang tertentu.

Selanjutnya analisa kenaikan kos akan dijalankan oleh pihak KPDNHEP dan sekiranya didapati bahawa kenaikan harga barangan terbabit ada unsur pencatutan, peniaga akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 14, AKHAP 2011.

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah AKHAP 2011, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini selanjutnya boleh didenda tidak lebih RM500,000.

“Bagi peniaga yang didapati menyorok barang kawalan melibatkan gula dan minyak masak, tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana orang atau individu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Dan bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta,” menurut kenyataan tersebut.

Kementerian itu mengalu-alukan kerjasama pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku perniagaan atau aduan melalui sembilan saluran aduan yang disediakan.

Bilik-bilik Gerakan Pejabat KPDNHEP Sabah dan pejabat cawangan juga dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan boleh dihubungi menerusi hotline masing-masing. – DE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kpdnhep-jpv-siasat-bekalan-telur-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spaghetti Ayam Telur Masin

Spaghetti Ayam Telur Masin

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 346 hits
Assalamualaikum PENGGEMAR pasta macam Sk kalau hari hari makan pasta pun suka aje Pernah tiga hari berturut turut makan pasta yang diolah dengan macam macam cara Pasta terutama spaghetti ni boleh dimakan ikut cara barat atau timur Gaul deng...
Harga Telur Ayam Stabil Di Pasaran

Harga Telur Ayam Stabil Di Pasaran

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 262 hits
Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen gred B dan gred C Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit telur ayam...
Ayam Telur Masin Yang Menggamit Selera

Ayam Telur Masin Yang Menggamit Selera

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum AYAM Telur Masin atau Salted Egg Chicken Hari tu kan Pak Inche beli ayam KFC sampai sepuluh ketul berbaki lagi tiga ketul Selalunya malam malam rajin la dia meratah ayam sejuk sejuk tapi kali ni tak berganjak pulak ayam tu J...
Jabatan Air Siasat Punca Bekalan Di Papar Busuk

Jabatan Air Siasat Punca Bekalan Di Papar Busuk

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 238 hits
KAKITANGAN Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel air mentah di loji EWSS sambil diperhatikan oleh kakitangan Jabatan Air KOTA KINABALU Jabatan Air menguji air mentah dan yang sudah dirawat di loji rawatan air di Limbahau dan Skim Bekalan Ai...
Harga Telur Ayam Dan Kambing Capai Paras Tertinggi Tahun Ini

Harga Telur Ayam Dan Kambing Capai Paras Tertinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 347 hits
DVS turut memaklumkan harga runcit ayam bulan ini adalah yang paling tinggi sepanjang tahun ini PETALING JAYA Harga runcit sebiji telur ayam sekilogram kambing termasuk ayam masing masing merekodkan paras harga paling tinggi sepanjang tahun...
Resepi Ayam Butter Telor Masin

Resepi Ayam Butter Telor Masin

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 409 hits
Ayam butter telor masinBahan bahan Ayam 1kg 3 biji telor masin di rebusBawang putih 7 8 ulas dicincang 2 batang cili padi Hiris halus atau gunting je Daun kari 3 4 tangkai Butter atau marjerin Susu cair setengah tin Sedikit tepung jagung se...
Blogger Umno Balun Ahli Parlimen Yang Menyokong Ismail Pergi Sorak Sorai Balik Macam Ayam Berak Kapor

Blogger Umno Balun Ahli Parlimen Yang Menyokong Ismail Pergi Sorak Sorai Balik Macam Ayam Berak Kapor

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 190 hits
Pergi sorak sorai balik macam ayam berak kapor dakwa blogger UmnoMALAYSIA DATELINEBloger dan aktivis Umno Zaharin Mohd Yasin mendakwa para ahli Parlimen Umno yang bersorak sorai ketika mahu menaiki bas ke Istana Negara tetapi apabila mereka...
Resep Masakan Ayam Suwir Pedas Manis

Resep Masakan Ayam Suwir Pedas Manis

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 469 hits
500 gram daging ayam tanpa tulang kukus hingga matang suwir suwir 100 gr udang yg sudah dibersihkn Kacang buncis iris serong Cabe besar iris serong Pin Di Indo Food 7 butir bawang merah Resep masakan ayam suwir pedas manis Masih ada sisa ay...
Resep Masakan Ayam Rica Rica Manado

Resep Masakan Ayam Rica Rica Manado

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 237 hits
Pin Di Cook Pin On Home Cooking Pin Di Memasak Resep Membuat Ayam Rica Rica Khas Manado Yang Enak Rasanya Nendang Masakan Indonesia Makanan Masakan Pin On Receipes Rice Accompaniment Dishes Pin Di Resep Masakan Ayam Pin Di Cooking Idea Rese...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025