Itu Papan Tanda Bukan Arca


Suzilawani Mustapha      
Beberapa penggiat seni tidak bersetuju dengan penggunaan istilah 'arca' bagi merujuk mercu tanda terkini di Putrajaya yang diilhamkan Perbadanan Putrajaya (PPj).

"Maaf, itu bukan arca. Cuma papan tanda tiga dimensi.

"Tak pasti sama ada pembuat itu sendiri menamakan ia sebagai arca, atau silap wartawan guna istilah," kata Suddin Lappo, pelukis kontemporari yang bergiat aktif dalam arena seni sejak 1996.

Semalam, Bernama melaporkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hadir merasmikan "arca Putrajaya" yang terletak di Dataran Putra, Presint 1.

Majlis perasmian turut dihadiri Presiden PPj Dr Aminuddin Hassim.

Aminuddin menjelaskan, imej grafik pada perkataan itu akan ditukar setiap enam bulan sekali yang disesuaikan dengan tema semasa seperti sambutan hari kebangsaan.

"Perdana Menteri amat berpuas hati dengan rekaan arca dan mahu lebih banyak idea menceriakan Putrajaya dapat dilaksanakan di masa depan," kata Aminuddin dipetik sebagai berkata.

'Bawa maksud lebih besar'
Mengulas lanjut, Suddin memetik arca awam Syed Ahmad Jamal yang telah dirobohkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini sebagai contoh.
Jelas Suddin, istilah 'arca' membawa maksud yang "lebih besar" dalam arena seni."Tak ada masalah (jika mahu bina mercu tanda itu). Cuma tak perlulah di panggil arca.

"Dan lebih baik kalau sebuah arca awam (sebenar) yang dibina di kawasan itu. Baru gah kelihatan," katanya.

Suddin antara lain dikenali dengan lukisannya, The Subtitle yang pernah 'ghaib' dari Balai Seni Visual Negara (BSVN).

Lukisan Suddin itu dilihat sebagai kritikan terhadap budaya bodek dalam masyarakat.

'Pengarca tempatan'

Sementara itu, pandangan sama bahawa mercu tanda berkenaan tidak sesuai dipanggil arca, ialah Nur Hanim Khairuddin yang merupakan kurator seni dan penulis buku Naratif Dalam Seni Malaysia, Jilid 1.

"Pada pendapat saya ia bukanlah arca dalam konteks seni halus. Lebih kepada papan tanda yang diolah secara kreatif.

"Kalau warna-warna yang ada sekarang agak berlaga dengan tona landskap keseluruhan. Nampak begitu kitsch (tidak bercitarasa). Tapi mungkin ramai pelancong suka. Instagrammable (mesra Instagram)," katanya.

Meskipun tidak menolak pembinaan mercu tanda itu, Nur Hanim berkata, kawasan berkenaan lebih sesuai dihias dengan arca awam seniman dan pengarca negara.

“Laman Putrajaya mesti diisi dengan arca awam oleh seniman-seniman pengarca Malaysia. Baru ada kelas.

“Pemilihan kena dibimbing pakar-pakar seni ataupun Balai Seni Negara supaya hasil kerja yang diletak itu bukan replika siput babi atau rambutan, durian dan lain-lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Jangan berhenti kerana dikritik
Penulis Hasmi Hashim yang sependapat berhubung penggunaan istilah 'arca' pula berkata, PPj perlu lebih peka dan tidak menjadikan projek seumpamanya "seakan-akan membodek perdana menteri".

"Sebab kita tak boleh remehkan citarasa Dr Mahathir. Dia ada citarasa yang tinggi tapi sikap yang seakan-akan nak membodek perdana menteri ni boleh merendahkan citarasa perdana menteri.
"Saya rasa niat untuk bangunkan arca di bandar-bandar itu bagus tapi dia mestilah yang sesuai dan jangan terhenti di sini apabila dikritik.

"Apabila dikritik langsung tak nak buat. Itu pun silap juga. Harus dibuat arca ini seperti kota-kota yang bertamadun," katanya yang menegaskan bahawa arca melambangkan imej dan indentiti dan maruah sesebuah kota.

Penulis lirik Awan Nano itu juga berkata mercu tanda berkenaan "tidak sedondon" dengan binaan sekitarnya.

"Putrajaya itu dibina keseluruhan dengan imej yang berprestij, sementara arca itu lebih macam pop art sikit.

"Daripada segi imej itu, dia agak tidak sedondon atau tidak secocok dengan apa yang telah terbina di Putrajaya," katanya.

Malaysiakini masih cuba menghubungi PPj untuk mendapatkan ulasan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/itu-papan-tanda-bukan-arca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Tahu Menahu Menjadi Kesalahan Menampal Papan Tanda Berkenaan Pemilik Restoran

Saya Tak Tahu Menahu Menjadi Kesalahan Menampal Papan Tanda Berkenaan Pemilik Restoran

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 1536 hits
Minggu lalu seorang pekerja sebuah restoran mamak di Seksyen 25 Shah Alam ditampar kerana menegur tiga pelanggannya yang mengabaikan larangan merokok di dalam premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ...
Tun M Melancarkan Mercu Tanda Baharu Arca Putrajaya

Tun M Melancarkan Mercu Tanda Baharu Arca Putrajaya

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan arca PUTRAJAYA di Dataran Putra di sini yang menjadi mercu tanda baharu dan tarikan kepada pengunjung ke sini Struktur arca dengan lebar 1 5 meter dan tinggi 2 4 meter serta panj...
Tun Mahathir Merasmikan Arca Putrajaya Mercu Tanda Tarikan Terkini

Tun Mahathir Merasmikan Arca Putrajaya Mercu Tanda Tarikan Terkini

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 539 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan arca Putrajaya iaitu mercu tanda tarikan terkini di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Dengan latar belakang Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri ar...
Habis Nikah Langsung Program Hamil 6 Tanda Masa Subur Kasat Mata Ini Wajib Selalu Kamu Cermati

Habis Nikah Langsung Program Hamil 6 Tanda Masa Subur Kasat Mata Ini Wajib Selalu Kamu Cermati

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 336 hits
Demi mendapatkan buah hati beberapa gejala masa subur ini wajib banget para calon mama pantengin
12 Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda Kalau Dah Jumpa Ikat Cepat Dan Jangan Sesekali Lepaskan

12 Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda Kalau Dah Jumpa Ikat Cepat Dan Jangan Sesekali Lepaskan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 594 hits
Jodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu namun sekurang k...
Tanda Tanda Jelas Seseorang Yang Semakin Hampir Dengan Mati

Tanda Tanda Jelas Seseorang Yang Semakin Hampir Dengan Mati

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 633 hits
Tiada manusia yang boleh meramalkan kematian Namun ada gejala gejala yang boleh dikenalpasti Doktor atau orang yang biasa hampir dengan orang mati biasanya lebih berpengalaman dan tahu apakah tanda tanda seseorang yang hampir kepada kematia...
Buku Sekolah Kisah Tanda Nama Balut

Buku Sekolah Kisah Tanda Nama Balut

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 724 hits
assalamualaikum ada ruang dan peluang nak update blog sekali lagi mlm ni teringin nak bercerita perihal buku buku skola anak anak sila abaikan dinding yg carca marba tu puas la warning jgn diconteng hmmmmm rupanya Izzat pun ada menyumbang k...
Tanda Tanda Angin Dalam Badan

Tanda Tanda Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1292 hits
Ini adalah tanda tanda angin dalam badan Sakit kepalaRasa ketegangan di tengkuk dan pinggangSelalu menguap mudah mengantuk Rasa lesu letih tidak bertenaga Selalu rasa kebas lenguh sengal Mudah marah marah Perut penuh angin Hilang selera mak...
Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Tertetas Ini Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Tertetas Ini Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 796 hits
Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan apatah lagi ia boleh tertetas atau terbuka semula Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian amalkan 11 tip supaya luka sembuh dengan mudah Ngerinya mendengar kisah ibu ibu yang men...
Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Best Online And Offline Marketing

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Edysport Sesalku Chord

The Lantis Feat Musikal Keluarga Cemara Seperti Cemara Chord

2 More Bersatu Members Arrested After Anti Anwar Rally

Is It Worth The Trouble To Train Taxi Drivers

Epf Q1 2025 Investment Income Drops 13 Amid Global Market Uncertainty