Tanda Tanda Jelas Seseorang Yang Semakin Hampir Dengan Mati



Tiada manusia yang boleh meramalkan kematian. Namun ada gejala-gejala yang boleh dikenalpasti. Doktor atau orang yang biasa hampir dengan orang mati biasanya lebih berpengalaman dan tahu apakah tanda-tanda seseorang yang hampir kepada kematian.
Jadi sebelum kami teruskan tentang topik ini, kami ingin bertanya pernahkah anda membaca artikel tentang tanda-tanda 100 hari sebelum kematian menurut Islam?
Ramai yang mempercayainya kerana meyakini ia datang dari Nas (al-Quran atau Hadis), tapi sebenarnya, tanda-tanda tersebut bukanlah dari Nas, jadi kita tidak perlu mempercayainya walaupun ia tidak mustahil boleh berlaku jika diizinkan Allah.
Kematian memang ada dan tanda-tanda boleh jadi berbeza untuk setiap individu, namun secara umumnya, ada beberapa tanda-tanda orang yang hendak mati berdasarkan perkongsian orang-orang yang berpengalaman yang berada hampir dengan si mati:
1. Berselera Makan Ketika Sakit
Biasanya orang sakit Allah akan tarik nikmat selera makannya. Mesti anda pernah sakit, paling tidak pun sakit demam, kan? Adakah pada ketika itu anda lalu untuk makan seperti biasa? Semestinya tidak, begitulah juga sakit lain terutamanya sakit yang berat-berat. Katakan, seseorang pesakit yang tidak ada selera makan, namun tiba-tiba suatu hari pesakit itu tiba-tiba ada selera makan, kemungkinan ajal orang itu sudah dekat.
2. Kelakuan Aneh
Syarat untuk mati bukanlah sakit atau tua, melainkan hidup. Selagi anda hidup, mati tidak boleh dijangka. Kalau anda pernah baca berita, atau berdasarkan pengalaman orang yang meninggal dunia di sekitar anda, sebelum mati mesti orang itu akan menunjukkan tanda-tanda dari segi kelainan tingkah laku perangai walaupun dia tidak ada apa-apa sakit.
3. Tua
Sebagai manusia, apabila sudah tua maka rambut hitam akan digantikan dengan uban. Uban bukanlah tanda pasti petanda ajal semakin dekat, namun lebih kepada petanda manusia sudah tua. Dan tua pula dikaitkan dengan semakin hampir dengan kematian. Jadi, uban adalah petanda manusia itu telah berada di penghujung usia, petanda terakhir yang boleh dilihat oleh semua orang bahawa seseorang itu semakin dekat dengan kematian, paling kurang dari segi adat.
Tapi adakah setiap orang mengalami tanda-tanda kematian seperti yang disebutkan di atas? Tidak juga, namun apa yang penting keadaan si mati yang meninggal dunia secara husnul khatimah atau tidak. Perbezaan tersebutlah yang akan menentukan kelak di mana manusia akan berada di akhirat.

Berikut kami kongsikan petanda mati seseorang dalam husnul khatimah seperti dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil:
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).
3. Mati Ketika Sedang Melakukan Amal Soleh
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).
Walaupun kita tidak tahu secara jelas bila kita akan mati, namun kita sebagai hamba Allah yang lemah hanya mampu bersedia dengan sebanyak mungkin amal soleh, mudah-mudahan mendapat ehsan dari Allah di akhirat kelak.
 
Sumber: www.karteldakwah.com
The post Tanda-Tanda Jelas Seseorang Yang Semakin Hampir Dengan Mati. appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/tanda-tanda-jelas-seseorang-yang-semakin-hampir-dengan-mati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir Jatuh Di Liang Lahad Beginilah Keadaan Ifan Seventeen Saat Kebumikan Isterinya

Hampir Jatuh Di Liang Lahad Beginilah Keadaan Ifan Seventeen Saat Kebumikan Isterinya

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 378 hits
Hampir Jatuh Di Liang Lahad Beginilah Keadaan Ifan Seventeen Saat Kebumikan Isterinya
Terperangkap Hampir 12 Jam Ali Budak Ajaib

Terperangkap Hampir 12 Jam Ali Budak Ajaib

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 288 hits
Terperangkap Hampir 12 Jam Ali Budak Ajaib Seorang budak lelaki berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap hampir 12 jam dalam sebuah kereta yang dihanyutkan tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu Media Indonesia m...
Kerajaan Tanggung Hampir Rm1 Bilion Jika Beku Kenaikan Tol

Kerajaan Tanggung Hampir Rm1 Bilion Jika Beku Kenaikan Tol

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 314 hits
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM994 43 juta bagi membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar bermula 1 Januari 2019 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata keputusan itu diambil setelah jemaah menteri pada 12 ...
Ph Bangga Dapat Bayar Pampasan Hampir Rm1 Billion Wang Rakyat Kepada Syarikat Kroni Untuk Kekalkan Harga Tol

Ph Bangga Dapat Bayar Pampasan Hampir Rm1 Billion Wang Rakyat Kepada Syarikat Kroni Untuk Kekalkan Harga Tol

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 482 hits
Kita ketepikan sementara janji PH untuk memansuhkan semua tol kerana manifesto bukan kitab bagai dikata Kini saya ingin beri sedikit fakta mengenai langkah kerajaan PH untuk tidak menaikkan tol jalanraya tahun depan dengan membayar pampasan...
Hampir Selesai Tempoh Pantang Datin Anne Ngasri Dah Hilang 10kg

Hampir Selesai Tempoh Pantang Datin Anne Ngasri Dah Hilang 10kg

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 496 hits
Pelakon Datin Anne Ngasri yang telah melahirkan anak kelimanya pada 28 November lalu mengakui sudah hampir sebulan dia melakukan rutin urut sauna dan bertangas dalam tempoh berpantang Hasilnya dia kini sudah pun berjaya menurunkan berat bad...
Sandiaga Telat 2 Jam Bawaslu Klaten Hampir Bubarkan Lokasi Kampanye Di Jalan

Sandiaga Telat 2 Jam Bawaslu Klaten Hampir Bubarkan Lokasi Kampanye Di Jalan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 279 hits
Calon wakil presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno telat datang ke lokasi kampanye di Klaten Jawa Tengah Sabtu malam Mundurnya jadwal hingga dua jam membuat petugas pengawas pemilu meminta warga membereskan seluruh atribut di lokasi seperti me...
Hampir Mustahil Untuk Dilakukan Tetapi Lelaki Ini Berjaya Jernihkan Semula Air Tasik Yang Keruh Dan Tercemar

Hampir Mustahil Untuk Dilakukan Tetapi Lelaki Ini Berjaya Jernihkan Semula Air Tasik Yang Keruh Dan Tercemar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 461 hits
Hampir Mustahil Untuk Dilakukan Tetapi Lelaki Ini Berjaya Jernihkan Semula Air Tasik Yang Keruh Dan Tercemar Pastinya kita semua pernah melihat kebiasaan air tasik yang warnanya agak keruh dan tercemar Tetapi jika penulis katakan terdapat s...
Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 630 hits
Astro Awani Selepas kejadian itu polis menemui sepucuk pistol Semi Auto 9MM jenis Baretta di tepi suspek serta 74 paket plastik kecil yang mengandungi dadah jenis heroin Foto Astro AWANI SUNGAI PETANI Suspek lelaki yang mati ditembak polis ...
Guardian Malaysia Merainkan Chnese New Year Own Your Year Of Togetherness

Royal Addendum Remarks Cops Complete Taking Kj S Statement Says Igp

The Minimalist Renter S Guide To Decluttering Your Space After The Holidays

Clarify Stand On Ties With Bn Umno Man Tells Sabah Ph

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam

40 Ucapan Tahun Baru Cina Popular Dalam Bahasa Mandarin Beserta Maksudnya

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

Ministry To Monitor Prices Of Essential Goods Daily After 400 Hike Claim


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Lirik Lagu Kekasihku Diambil Orang Lemon T

Role Of Leadership In Startups

Kampung Agong Di Pulau Pinang

Aktiviti Sidang Media Solidariti Kes Dr Kamarulzaman Vs Hannah Yeoh Ppim 14 01 2024

Cinta Atau Tak Cinta

Mierul Hazly Kebohonganmu Chord