Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia Kisah Ibu Kehilangan Anak Selepas Jatuh Dari Baby Bouncer


“Itu kali terakhir saya tengok dia…” luah seorang ibu yang berkongsi kisah pilu kehilangan anak kecilnya, Baeim El Hamka Bin Hafizie, selepas satu insiden tidak disangka melibatkan baby bouncer di rumah.
Kisah ini dikongsikan di laman TikTok miliknya, lima bulan selepas pemergian arwah. Katanya, perkongsian ini bukan untuk menagih simpati, tetapi sebagai peringatan tulus buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan bayi, walaupun dalam keadaan yang kita rasa sudah cukup selamat.
Insiden Bermula Dengan Detik Kecil Pada hari kejadian, Baeim yang baru belajar meniarap sedang tidur di dalam baby bouncer. Ibunya pula ke dapur sebentar untuk mengambil ubat kerana tidak sihat.
Dalam sekejap masa, si kecil itu terjaga dan cuba meniarap, lalu terjatuh mengiring dari bouncer. Walaupun bouncer tidak terbalik, kepalanya terkena kotak tisu basah plastik.
Gambar Hiasan AI “Saya angkat dia, dia menangis kuat, tapi lepas dipujuk dia okay. Tak ada benjol, tak muntah, tak nampak apa-apa luar biasa. Letak dalam walker, dia main macam biasa,” jelas si ibu.
Namun, insiden kecil itu rupa-rupanya membawa kesan besar.
Tiba-Tiba Kejang, Disahkan Kritikal Sekitar jam 6.30 petang, ketika berada di rumah rakan penjaga, si ibu menerima panggilan cemas – anaknya menangis kuat sebelum tiba-tiba kejang. Bayi itu segera dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke hospital.
“Saya dah nak sampai tempat kerja masa tu, terus pusing balik ke hospital. Jalan jem. Menggigil saya drive. Sampai-sampai, doktor tengah CPR. Nadi dia tak ada masa sampai hospital…” ceritanya sebak.
Selepas 20 minit CPR, nadi Baeim kembali, namun keadaannya sangat kritikal. Imbasan menunjukkan pendarahan di bahagian kanan kepala – tempat sama yang terhantuk ketika jatuh.
Dipindahkan ke hospital yang lebih besar, si kecil bertarung nyawa selama lima hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat, 28 Mac 2025, hanya dua hari sebelum Aidilfitri.
Post-mortem mengesahkan terdapat darah beku di otak, dipercayai kesan daripada insiden jatuh tersebut.
Peringatan Buat Semua Ibu Bapa Kisah ini menjadi peringatan besar buat ibu bapa. Walaupun baby bouncer, walker atau kerusi makan bayi kelihatan selamat, hakikatnya ia tetap mempunyai risiko. Bayi yang semakin aktif boleh terjatuh atau terhantuk walaupun dengan objek yang kelihatan tidak berbahaya.
Antara langkah keselamatan penting yang perlu diberi perhatian:
Gunakan tali keselamatan setiap kali meletakkan bayi dalam bouncer.
Pastikan bouncer diletakkan di atas lantai rata, bukan atas tilam atau sofa.
Pantau bayi setiap masa, jangan biarkan tanpa pengawasan.
Elakkan meletakkan objek keras berhampiran bayi.
Anak Adalah Anugerah Tak Ternilai Kehilangan ini terlalu berat untuk ditanggung, namun kisah arwah Baeim menjadi pengajaran buat kita semua. Anak-anak kecil adalah amanah Allah yang sangat berharga, dan perhatian kita walau sesaat boleh menyelamatkan nyawa mereka.
Semoga perkongsian ikhlas ibu ini membuka mata semua. Al-Fatihah buat arwah adik Baeim El Hamka Bin Hafizie, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan anak syurga.
Sumber: TikTok


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/itu-kali-terakhir-saya-tengok-dia-kisah-ibu-kehilangan-anak-selepas-jatuh-dari-baby-bouncer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai

Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1793 hits
Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai KOTA BHARU Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat Tanah Merah petang tadi Koma...
Ibu Buat Hubungan Badan Dengan Anak Kandung Selama 11 Tahun Beritahu Dia Akan Mengamuk Jika Enggan Melayan Permintaanya

Ibu Buat Hubungan Badan Dengan Anak Kandung Selama 11 Tahun Beritahu Dia Akan Mengamuk Jika Enggan Melayan Permintaanya

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1681 hits
nbsp Saya banyak kali menolak tapi dia tetap paksa saya berapalah sangat kudrat saya berbanding dengan dia yg masih muda
11 Jam Selepas Bayi Pergi Ibu Juga Menghadap Ilahi Detik Bahagia Bertukar Duka

11 Jam Selepas Bayi Pergi Ibu Juga Menghadap Ilahi Detik Bahagia Bertukar Duka

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2965 hits
Detik paling membahagiakan dalam hidup pasangan ini bertukar menjadi episod duka apabila ibu meninggal dunia selepas bersalin hanya 11 jam selepas bayi perempuan mereka disahkan meninggal dunia Kisah ini benar benar meruntun jiwa menjadi pe...
Kali Terakhir Malaysia Guna Sistem Juri Kita Tersilap Hukum Orang Tak Bersalah

Kali Terakhir Malaysia Guna Sistem Juri Kita Tersilap Hukum Orang Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 576 hits
Oleh Azizul FarhanKita pernah bagi kuasa kepada orang awam untuk tentukan hidup mati seseorang pesalah Tapi kita silap Silap besar Dan dari kesilapan itulah Malaysia terus buang sistem juri sampai hari ni tak guna langsung lagi Bukan sebab ...
Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2675 hits
Dalam dunia digital serba canggih dan automasi hari ini teknologi hadir dalam setiap sudut penjuru kehidupan kita Dari telefon pintar aplikasi pendidikan kenderaan hinggalah platform hiburan hampir semuanya berhubung rapat dengan teknologi ...
Keadaan Terkini Sekitar Ibu Pejabat Polis Jakarta Timur Selepas Tunjuk Perasaan

Keadaan Terkini Sekitar Ibu Pejabat Polis Jakarta Timur Selepas Tunjuk Perasaan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1555 hits
Keadaan Terkini Sekitar Ibu Pejabat Polis Jakarta Timur Selepas Tunjuk Perasaan JAKARTA Beberapa kenderaan dilaporkan hangus terbakar di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jakarta Timur Jalan Matraman Raya Jatinegara selepas menjadi sas...
Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3553 hits
Isu pengusaha taman asuhan kanak kanak yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternat...
Usahawan Ridzuan Ridzokumura Syukur Anak Sentiasa Menjaga Solat Dan Doakan Arwah Ibu

Usahawan Ridzuan Ridzokumura Syukur Anak Sentiasa Menjaga Solat Dan Doakan Arwah Ibu

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1893 hits
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang cahaya mata yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam Menerusi perkongsian di Instagram beliau memuat naik momen anak tunggalnya Sky Taizo Okumura yang s...
Wanita Maut Selepas Jatuh Tingkat 14 Apartmen Di Semenyih

Wanita Maut Selepas Jatuh Tingkat 14 Apartmen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2316 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKajang Seorang wanita maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 sebuah apartmen di Semenyih di sini semalam Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkat...
Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat

Lirik Lagu Syurga Itu Mahal Adam Music Canvas Feat Dimas Titis

Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Pekasam Puyu

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke