Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


Assalamualaikum korang! 
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya ke bumi Perth selepas beberapa minggu merancang. Trip kali ni memang penuh emosi, penuh syukur dan sangat kami nantikan sebagai anniversary getaway yang ke-13. Dalam entri kali ni, saya nak cerita hari pertama kami di Perth, dari detik menjejak kaki di airport sampai la ke malam, siap ronda dalam hujan gerimis lagi! Hehe.



Perth Day 1 – Dari Airport Sampai Check-in, Beginilah Permulaan Winter Kami di Perth! 
 Tiba Awal Subuh di Perth Airport – 4.30 Pagi
Kami tiba di Perth Airport sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan. Cuaca sejuk gila masa tu sebab musim winter, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Urusan kastam dan imigresen smooth je, walaupun kami declare siap-siap ada bawa pes masakan, ubat-ubatan dan rokok.
Tak ada pun soal siasat panjang. Pegawai pun friendly, senyum dan terus lepas. Syukur sangat!



Bersihkan Diri Dulu – Rehat Sebentar
Lepas keluar airport, kami ambil masa sekejap untuk bersihkan diri dan segarkan badan. Sejuk + mengantuk memang combo terbaik nak tarik selimut balik haha... Tapi tak boleh, sebab itinerary dah menunggu!
Perkara kedua, sampai Perth Airport ini mestilah beli sim dulu. Jenuh nanti tak ada internet dan line. Kami memilih YES murah jugaklah beli kat Airport ni. Ada promo !
As Kawan Lama Jemput Kami
Jam 8.30 pagi, kawan baik husband (bff dari tadika masa sekolah dulu, Lizz Tayy) pick up kami di airport. Best ada kawan di perantauan, hehe ada orang yang boleh bawa kami jalan-jalan dan bantu dari awal.
Kami terus breakfast sama-sama dan mula misi explore Perth!






Destinasi 1: Caversham Wildlife Park, Whiteman Park
Tempat pertama yang kami singgah ialah Caversham Wildlife Park dalam Whiteman Park. Cuaca masa tu cantik sangat tak hujan, tak panas, just nice!
✅ Bayaran masuk dikenakan ($35 dewasa, $18 kanak-kanak)✅ Parking kereta adalah PERCUMA
Di sini, korang boleh tengok haiwan-haiwan unik Australia kangaroo, wombat, koala dan macam-macam lagi. Anak-anak mesti suka kalau datang sini nanti. Kami pun excited dapat tengok dari dekat.




Destinasi 2: Margaret River Chocolate Factory, Swan Valley
Dari Whiteman Park, kami ke Swan Valley pula. Tempat wajib singgah: Margaret River Chocolate Factory!
Yang bestnya:
🍫 Boleh rasa coklat FREE!🍫 Ada cafe untuk korang nak chill dengan teh atau kopi panas.🍫 Banyak pilihan coklat handmade sesuai sangat untuk souvenir.🚗 Parking pun FREE!
Nak beli coklat di sini pastikan yang tiada alkohol dan gelatin haiwan. Perth tak macam Malaysia, logo halal di pamerkan merata-rata. Kena pandai-pandai semak dan baca ingredient.

Paling seronok kat sini, dapat rasa sampel berulang kali. Jangan buat malu ya korang! Hehe




Destinasi 3 & Woolworths : DFO Perth – Danish Tukar Kasut!
Danish punya kasut dah comot sangat lepas main kat Caversham. So kami singgah sekejap di DFO Perth. Tempat ni macam shopping outlet, banyak pilihan dan harga lebih rendah dari mall biasa.
📌 Danish dapat kasut baru, yay!📌 Kami juga lepak lunch kat sini habiskan mee goreng yang As masak dari Malaysia.📌 Parking berbayar, kalau tak silap dalam $4 sejam.
Mee goreng tu… Ya Allah sedap sangat. Terima kasih As, memang rezeki betul makan panas-panas waktu winter begini.
Sambil makan, sambil Danish main di payground. Saya ke tempat penting untuk shopping barang dapur
Woolworth📍 Terletak sebelah DFO je, saya jalan kaki je
Beli air minuman dan makanan ringan untuk simpan di bilik. 





Destinasi 5: Belmont Halal Mini Market

Belmont Halal Mini Market📍 Kami beli beras, ayam, kambing dan barang dapur halal lain di sini.
Yang penting, semua daging HALAL, disembelih oleh pemilik sendiri. Rasa tenang dan yakin makan. Korang yang travel ke Perth memang wajib singgah sini untuk barang dapur halal.




Check-in: Comfort Inn & Suites Goodearth Perth
Petang tu kami check-in di Comfort Inn & Suites Goodearth Perth. Hotel ni terletak di Perth City, sangat strategik.
Malam tu kami:
🍛 Masak dan dinner dalam bilik. Bukan kata jimat tapi puas hati makan lauk sendiri. Sebab waktu petang bandar Perth dah tutup. ☕ Lepas dinner kononnya, nak tengok vibe malam Perth. Kami keluar jalan kaki berdua dengan husband dalam hujan gerimis. Sweet sangat moment ni walaupun sejuk menggigil!
 Malam di Perth – Sunyi, Tapi Tenang
Pukul 5.20 petang dah gelap macam malam, sebab waktu siang pendek masa winter. Bila malam menjelang, kawasan sekitar jadi sunyi. Kedai banyak dah tutup.
Nasib baik ada mini market 24 jam dekat hotel, tempat kami berdua 'cuci mata' malam-malam. Hehe 
❄️ Info Ringkas Musim Winter di Perth:Tak ada salji, tapi kerap hujanSuhu masa kami pergi antara 11°C – 16°C
Angin kuat, jadi pastikan korang pakai baju tebal atau windbreaker
Hari Pertama yang Penuh Syukur & Seronok
Alhamdulillah, hari pertama kami di Perth berjalan dengan lancar dan penuh moment indah. Walaupun tidur tak cukup dan cuaca sejuk. Tapi, dengan itinerary yang teratur, ada makanan sedap dan view Perth cantik semua penat hilang.
InsyaAllah, dalam next post saya akan sambung Hari Kedua di Perth pula. Banyak tempat menarik menanti!

Lokasi-lokasi Hari Pertama:
Perth AirportCaversham Wildlife ParkMargaret River Chocolate FactoryDFO PerthWoolworth Belmont Halal Mini MarketComfort Inn & Suites Goodearth Perth

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/07/itinerary-kami-perth-day-1-caversham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 193 hits
Hari kedua kami di bumi Perth cuaca pula memang sejuk menggigil Tapi tetap tak halang semangat kami untuk nak berjalan jalan di Perth CBD dan shopping di tengah kota Perth Nama pun city day kan Hehe Perth Day 2 Jalan Jalan Shopping Time di ...
Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 189 hits
Alhamdulillah baru baru ini saya berpeluang menginap di salah satu hotel paling selesa di Perth Australia iaitu Comfort Inn Suites Goodearth Perth Dalam banyak banyak pengalaman penginapan kali ini saya benar benar jatuh cinta dengan suasan...
Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum WBT BUAT ketiga kalinya kami menginap di Bei Boutique Hotel Muar Kali pertama kali kedua Nampaknya susun atur dan dekorasi hotel masih sama macam masa kami datang mula mula dulu Ada perpustakaan di lobi Ulat bulu buku mesti ...
Pernah Tertanya Kenapa Nasi Hotel Sentiasa Gebu Wangi

Pernah Tertanya Kenapa Nasi Hotel Sentiasa Gebu Wangi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 134 hits
Masak nasi di rumah kadang kala jadi lembik kadang berderai macam kerikil halus Tapi bila makan di hotel atau restoran nasi dia elok aje gebu wangi lemak dan sekata pula tu Apa rahsianya Sebenarnya bukanlah sebab beras mahal sahaja tapi seb...
New Clashes Outside London Hotel Housing Migrants

New Clashes Outside London Hotel Housing Migrants

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 188 hits
Tensions have been simmering after an asylum seeker was charged with allegedly sexually assaulting a 14 year old girl Anti migrant protesters rally outside a London hotel housing asylum seekers demanding the expulsion of foreign criminals L...
Hard Rock Hotel Malaysia Destinasi Percutian Paling Rockin

Hard Rock Hotel Malaysia Destinasi Percutian Paling Rockin

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 184 hits
Jika anda sedang mencari penginapan yang penuh gaya bertenaga dan luar biasa Hard Rock Hotel adalah destinasi yang wajib anda pertimbangkan Dikenali di seluruh dunia sebagai simbol kemewahan yang berinsipirasikan muzik Hard Rock Hotel bukan...
Terima Kasih Selalu Ada Adira Suhaimi Raikan Hari Jadi Pembantu Rumah Di Hotel Mewah Hadiahkan Cincin Emas

Terima Kasih Selalu Ada Adira Suhaimi Raikan Hari Jadi Pembantu Rumah Di Hotel Mewah Hadiahkan Cincin Emas

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 148 hits
Penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh bermakna bersama pembantu rumahnya Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram Adira dilihat membawa pembantu rumahnya ke sebuah hotel mewah untuk...
Pengurus Bilik Hotel Rugi Rm211 000 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

Pengurus Bilik Hotel Rugi Rm211 000 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 119 hits
Pengurus bilik hotel rugi RM211 000 akibat pelaburan tidak wujud KUANTAN Seorang pengurus bilik hotel berusia 49 tahun mengalami kerugian RM211 000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui penipuan secara dalam talian Ket...
Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 130 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahTertuduh Mohd Arid Zakaria diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini KUALA TERENGGANU Seorang penyelia pembersihan sebuah hotel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduh...
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Andi Bernadee Siapakah Namamu Chord

The Lantis Teruntuk Dirimu Chord

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

Best No Man S Land Beef Jerky Recipe Dehydrator